Popular Posts

Khamis, 20 Oktober 2011

SECANGKIR CINTA...




Bila malam sudah beranjak mendapatkan Subuh, bangunlah sejenak. Lihatlah isteri kita yang sedang terbaring letih menemani bayi kita. Tataplah wajah isteri kita yang masih dipenuhi oleh urat-urat kepenatan kerana seharian badannya tidak menemui kesempatan untuk istirehat walaupun sekejap. Jika tidak kerana air wuduk yang membasahi wajah itu setiap hari,barangkali sisa-sisa kecantikannya sudah tidak ada lagi.



Sesudahnya, bayangkanlah tentang esok hari. Di saat kita sudah mampu merasakan betapa segar udara pagi, Tubuh letih isteri kita barangkali belum benar-benar menemui kesegarannya, tetapi dia terus dihadapkan oleh tugas-tugas yang sudah menunggunya. Mengemas rumah, memikirkan makanan apa yang harus dihidangkan hari ini atau mungkin bersiap untuk berangkat ke tempat kerja, sedangkan anak-anak sebentar lagi akan meminta perhatian bondanya, membisingkan telinganya dengan tangis serta membasahi pakaiannya dengan percikan air tidak habis-habis. Baru berganti pakaian, sudah dibasahi percikan air lagi.



Di saat seperti itu, apakah yang kita fikirkan tentang dia? Masihkah kita mengimpikan tentang seseorang yang akan sentiasa berbicara lembut kepada anak-anaknya seperti kisah dari negeri dongeng, dan dalam masa yang sama kita menuntut dia untuk menjadi isteri yang penuh perhatian, santun dalam bicara, lembut dalam memilih kata serta tulus dalam menjalani tugasnya sebagai isteri, termasuk dalam menjalankan apa yang sesungguhnya bukan kewajipan isteri, tetapi dianggap sebagai kewajipannya iaitu membantu mencari nafkah.



Sekali lagi, masihkah kita sampai hati mendambakan tentang seorang perempuan yang sempurna, yang selalu berlaku halus dan lembut? Saya bukanlah mengajak kita untuk membiarkan isteri kita memarahi anak-anak dengan mata terbelalak. Tidak. Saya hanya ingin mengajak kita semua melihat bahawa tatkala tubuhnya amat letih, kita pula tidak pernah menyapa hatinya, maka amat wajar jika ia tidak sabar. Begitu juga ketika matanya yang mengantuk tidak kunjung memperolehi kesempatan untuk tidur nyenyak sejenak, maka ketegangan emosinya akan memuncak. Di saat itulah jarinya yang lentik, tiba-tiba membuat anak kita rnenjerit kerana cubitannva yanq sedikit sakit.



Apa ertinya? Benar, seorang isteri solehah memang tidak boleh bermanja-manja secara keanak- anakkan, tetapi isteri solehah tetap juga seorang manusia yang memerlukan penerimaan. Ia juga perlukan rasa dihargai dan diakui walaupun tidak pernah meminta kepada kita. Sementara gelora-gelora jiwa yang memenuhi dada, perlu pada telinga yang mahu mendengar. Jika kegelisahan hatinya tidak pernah menemui muara berupa kesediaan untuk mendengar, atau ia tidak merasai keprihatian kita, maka jangan pernah menyalahkan sesiapa, kecuali diri kita sendiri jika ia tiba-tiba meledak. Jangankan isteri kita yang suaminya tidak terlalu istimewa, isteri Rasulullah saw pun pernah mengalami situasi-situasi yang penuh ledakan, walaupun  yang membuat mereka meledak-ledak bukan kerana Baginda saw  tidak mahu mendengar melainkan semata-mata kerana dibakar api kecemburuan. Ketika itu, Rasulullah saw hanya diam menghadapi Syaidatina Aisyah ra yang sedang cemburu seraya memintanya untuk mengganti mangkuk yang dipecahkan.




Sebenarnya, ada yang harus kita selami dalam hati kita. Ketika kita menginginkan ibu kepada anak-anak kita selalu lembut dalam mengasuh, maka bukan hanya nasihat yang perlu kita berikan. Ada yang lain. Ada kehangatan yang perlu kita berikan agar hatinya tidak dingin, apalagi beku, dalam menghadapi anak-anak setiap hari. Ada juga perasaan aman dan dilindungi dalam kelangsungan hidupnya dan anak-anaknya baik secara material dan bukan material.



Ada penerimaan yang perlu kita tunjukkan, agar anak-anak itu tetap mendapat bondanya sebagai tempat untuk memperolehi kedamaian, cinta dan kasih-sayang. Ada ketulusan yang harus kita usapkan kepada perasaan dan fikiran isteri kita agar ia masih tetap memiliki tenaga untuk tersenyum kepada anak-anak kita walau sepenat apa pun ia.



Ada lagi yang lain, iaitu perakuan dan penghargaan. Walaupun ia tidak pernah menuntut, tetapi mestikah kita menunggu sampai mukanya berkerut-kerut…? Oleh itu, marilah kita kembali ke perenggan awal tulisan ini. Ketika perjalanan waktu telah melewati tengah malam, pandanglah isteri kita yang terbaring keletihan itu, lalu fikirkan sejenak, tidak adakah yang mampu kita lakukan walau sekadar untuk menqucapkan terima kasih atau menyatakan sayang? Mungkin dengan kata yang berbunga-bunga, atau tanpa kata. Dan sungguh, lihatlah betapa banyak cara untuk menyatakannya. Tubuh yang letih itu, alangkah bersemangatnya jika di saat bangun pagi nanti ada secangkir minuman panas yang di isi dengan dua sudu teh gula dan satu cangkir cinta. Sampaikan kepadanya ketika matanya telah terbuka, “Ada secangkir minuman hangat untuk isteriku. Perlukah aku hidangkan untuk mu…?”



Sukar melakukan sebegini…? Ada cara lain yang boleh kita lakukan. Mungkin sekadar membantunya menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak, mungkin juga dengan bantuan-bantuan kerja rumah lain, asal tidak salah pada niat kita. Jika kita membantu dengan pekerjaan di dapur, rnemandikan anak, atau menyuap si kecil sebelum menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak Kanak, itu bukan kerana berlaku baik pada pasangan atau gender-friendly, tetapi semata-mata kerana mencari redha Allah swt. Sebab selain niat ikhlas kerana Allah swt, tidak ada ertinya apa yang kila lakukan. Kita tidak akan mendapati manfaat dari amal-amal kita saat berjumpa dengan Allah di Hari Kiamat kelak. Apa jua yang ingin kita lakukan, terserahlah pada diri sendiri. Yang jelas, ada keprihatinan untuknya, baik melalui ucapan terima kasih atau tindakanyang menunjukkan bahawa dialah yang paling di kasihi. Semoga dengan kerelaan kita untuk menyatakan terima-kasih, tidak ada airmata duka yang menitis dari kedua kelopaknya. Semoga dengan kesediaan kita untuk membuka telinga baginya, tidak ada lagi isteri yang berlari menekup wajah di atas bantal kerana merasa tidak dipedulikan. Dan semoga pula dengan perhatian yang kita berikan kepadanya, kelak isteri kita akan berkata tentang kita sebagaimana Syaidatina Aisyah ra berkata tentang suaminya,Rasulullah saw., “Ah, semua perilakunya menakjubkan bagiku.”



Sesudah kita puas memandang isteri yang terbaring letih, sesudah kita perhatikan urat-urat penat di wajahnya, maka biarkanlah ia sejenak untuk meneruskan istirehatnya. Hembusan udara dingin yang mungkin boleh mengusik tidurnya, tahanlah dengan sehelai selimut untuknya.Hamparkanlah ke tubuh isteri kita dengan kasih-sayang dan cinta yang tidak lekang oleh perubahan, Semoga kita termasuk lelaki yang mulia,sebagaimana pesan Baginda saw, tidak memuliakan wanita kecuali lelaki yang mulia.



Setelah itu, kembalilah ke munajat dan tafakkur kita. Marilah kita ingat kembali ketika Rasulullah saw  berpesan tentang isteri kita, “Wahai manusia, sesungguhnya isteri kalian mempunyai hak atas kalian sebagaimana kalian mempunyai hak atas mereka. Ketahuilah,” kata Rasulullah saw lagi “ Kalian mengambil wanita itu sebagai amanah dari Allah, dan kalian halalkan kehormatan mereka dengan kitab Allah. Takutlah kepada Allah dalam mengurus isteri kalian. Aku wasiatkan atas kalian untuk selalu berbuat baik. “Kita telah mengambil isteri kita sebagai amanah dari Allah. Kelak kita harus menyatakan kepada Allah swt bagaimana kita menunaikan amanah dari-Nya, apakah kita mengabaikannya sehingga urat-urat keletihan dengan cepat memberi kedut di wajahnya, jauh lebih awal dari usia yang sebenarnya? Ataukah, kita sempat tercatat selalu berbuat baik untuk isteri ? Saya tidak tahu. Sebagaimana saya juga tidak tahu adakah sebagai suami saya sudah cukup baik. Jangan-jangan tidak ada sedikit pun kebaikan di mata isteri. Saya hanya berharap isteri saya benar-banar memaafkan kekurangan saya sebagai suami. Semoga isteri ada kerelaan untuk menerima apa adanya pada suami ini.



Hanya inilah ungkapan sederhana yang ku tuliskan untuknya.Semoga saudara semuslim yang lain mampu memberi ungkapan yang lebih agung untuk isteri masing-masing.



Wallahu`alam





Jagalah Hati…



Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan