Popular Posts

Selasa, 18 Oktober 2011

BELAJAR ROMANTIK DARI RASULULLAH SAW…




Buat para suami, seringkali kita berdebat dan berbincang masalah yang berkaitan dengan kebahagiaan berumah tangga.



Tidak berapa lama dahulu, ada seorang suami pernah bertanya dalam sebuah rancangan bual bicara keluarga di sebuah stesen televisyen tentang bagaimana mendapatkan kasih sayang dan khidmat bakti dari isteri. Tidak kalah ‘hebohnya’ juga lahir cadangan kepada para isteri agar member layanan kelas pertama dengan mencontohi pelacur kelas atasan. Dan tidak sedikit pertanyaan yang akhirnya memberi jalan keluar melalui poligami dengan pelbagai alasan.



Poligami, memang jelas diperbolehkan dan dicontohkan oleh Baginda saw, walaupun dalam tradisi dan budaya masyarakat kita, beristeri lebih dari satu masih merupakan hal yang dianggap tidak lazim, bahkan tabu.Namun, sebenarnya ramai para suami yang terlupa tentang sesuatu, iaitu “Sudahkah kita mencontohi Rasulullah saw dalam urusan romantisme rumahtangga? Oleh kerana nilai romantik yang luar biasa terhadap para isteri Baginda saw, tidak pernah kita mendengar ada masalah yang besar dalam rumahtangga mereka. 



Jadi, untuk sementara kita letakkan ke tepi dahulu masalah seperti ketidakbahagiaan beristeri yang usianya lebih tua, rumahtangga tidak harmoni sehingga memunculkan wacana mempromosikan poligami.




Sesungguhnya jika kita mahu merenung kembali, mungkin masalah utama dalam rumahtangga kita sebenarnya sangat kecil, iaitu kita kurang romantik!



Marilah kita susuli tauladan dari Rasulullah saw, manusia agung yang sangat romantik terhadap isteri-isteri Baginda saw sebelum kita bicarakan niat atau kemungkinan untuk berpoligami.



Rasulullah saw adalah contoh terbaik bagi seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda saw sangat romantik kepada semua isteri Baginda saw.



Dalam satu kisah diceritakan, pada suatu hari isteri-isteri Rasulullah saw berkumpul di hadapan Baginda saw dan bertanya, “Di antara isteri-isteri Rasul, siapakah yang paling disayangi?” Rasulullah saw hanya tersenyum lalu berkata, “Aku akan beritahukan kepada kalian nanti”



Setelah itu, dalam kesempatan yang lain, Rasulullah saw memberikan sebentuk cincin  kepada isteri-isterin Baginda saw seraya berpesan agar tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.



Lalu suatu hari, para isteri Rasulullah saw itu berkumpul lagi dan mengajukan pertanyaan yang sama. Lalu Rasulullah saw menjawab, “Yang paling aku sayangi adalah yang ku berikan cincin kepadanya”. Kemudian, isteri-isteri Rasulullah saw itu tersenyum puas kerana menyangka hanya dirinya sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa dirinya tidak terasing.



Masih ada amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan suasana romantik seperti yang dicontohkan Rasulullah saw. Rasulullah saw pernah bersabda, “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”.



Rasulullah saw selalu berpegangan tangan dengan Syaidatina Aisyah ra ketika di dalam rumah. Baginda saw kerapkali memotong kuku isteri Baginda saw, mandi bersama, atau mengajak salah seorang isteri bermusafir setelah sebelumnya mengundinya untuk menambah kasih dan sayang di antara mereka.



Baginda saw juga selalu memanggil isteri-isteri Baginda saw dengan panggilan yang menyenangkan dan membuat hati berbunga-bunga. “Wahai si pipi kemerah-merahan” adalah contoh panggilan yang selalu Baginda saw ucapkan tatkala memanggil Syaidatina Aisyah ra.



Itulah sedikit contoh romantisme Rasulullah saw yang dapat kita teladani dan amalkan dalam kehidupan berumahtangga. Tentu, masih banyak contoh-contoh romantik lainnya yang boleh kita sama-sama telusuri melalui sirah Rasulullah saw.



Kepada suami-suami yang budiman, mulailah bersikap lembut dan berupaya membuat si isteri selalu mengembang senyumnya. Peganglah tangan isteri kita setiap waktu dan di setiap kesempatan. Begitu pula para isteri yang solehah, peganglah juga tangan suami untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita bersama, insya Allah.



Jadi, jika kita mampu meniru romantisme ala Rasulullah saw, sehingga isteri pun membalas dengan yang tidak kalah romantiknya, masalah mana lagi yang sempat hadir dalam bahtera rumahtangga kita?



Ibarat kata, jika tidak ada makanan di rumah pun pasangan suami isteri masih boleh menyelesaikannya dengan tetap tersenyum, bukankah begitu…?



Semoga kita sama-sama dapat mengambil hikmah dalam kisah ini, insya Allah.



Wallahu`alam




Jagalah Hati…



Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan