Popular Posts

Sabtu, 1 Oktober 2011

AKU BUKAN YANG TERBAIK...


Harus bagaimana lagi?

Mahu bukti apa lagi?

Mungkin ini terakhir kali

Kerana maut itu cuma menanti hari

Mati itu PASTI!



Benarlah manusia itu

Lidah mudah katakan ini dan itu

Cuma hati yang tidak mahu

Lebih rela mengikut nafsu

Yang sesatnya sudah tentu



Peraturan itu bukan menyekat

Hukum itu bukan menghalang

Dicipta untuk melindungi

Diberitahu untuk difahami

Difahami dan dituruti!!



Kerana diri hanya HAMBA HINA,

Tersangat HINA di sisi-Nya

Jika terus diselubungi dosa

Jika terus keras hati dan keras kepala

Jika terus dengan sombong berkata

“Kau tidak faham kerana ini hidup aku dan hanya aku yang melaluinya!!”




Tetapi kau lupa wahai diri

Hidupnya dirimu kerana SIAPA?

Hidupnya dirimu daripada MANA?

Hidupnya dirimu sampai BILA?



Aku memberitahu bukan kerana aku terbaik

Aku menegur bukan kerana aku sempurna

Aku juga hamba-Nya yang hina

Kerana kita semua sama disisi-Nya

Kecuali mereka yang beriman dan bertakwa

Tingkatan Iman dan Takwa itu


Ya!

Tingkatan itu yang membezakan kita



Mungkin hatimu berkata…,

 “Jadi kau mendakwa dirimu hebat dan lebih tinggi tingkat Iman dan Takwamu berbanding diriku??”

“Kerana itu kau berani menempelak dan menghukumku kerana aku dilihat seperti tidak beragama??”


Tidak!

Aku tidak hebat

Aku bukan menghukum

Aku juga bukan menempelak

Tetapi aku hanya hamba

Hamba Tuan Punya Dunia

Yang dikurniakan kudrat

Nikmat anggota, nikmat rasa,




Aku hanya menyampaikan

Buat mereka yang mahu mendengar

Aku hanya memberitahu

Buat mereka yang mahu memahami

Aku hanya meluahkan rasa

Buat mereka yang mahu berkongsi sama

Kerana hidayah itu milik Allah

Aku juga pendamba hidayah Allah



Kerana kau dan aku hamba

Kerana kita sama!!



Tetapi anggaplah Allah yang menegurmu melaluiku

Anggaplah Allah yang ingin menempelakmu melaluiku

Anggaplah Allah yang ingin menyedarkanmu melaluiku

Kerana setiap kita dibawah pengawasan-Nya

Dan pasti,

AKU BUKAN TERBAIK

tetapi sekadar berusaha menjadi hamba-Nya yang baik



Wallahu`alam



Jagalah Hati…


Wassalam. 

1 ulasan:

  1. walau 'anda bukan yg terbaik' tp dgn izin Allah anda sentiasa mnghasilkn nukilan yg terbaik... Masyaallah.

    BalasPadam