Popular Posts

Rabu, 19 Oktober 2011

PRIHATIN...




Sebuah kisah disampaikan Abu Khubaisy kepada murid-muridnya. Suatu hari Abdullah bin Umar, khalifah yang terkenal sebagai Pembina Bait al Maqdis, di serang penyakit kronik. Para pembantunya sangat bimbang dengan keadaan kesihatan beliau. Tapi ternyata, Allah swt belum berkenan memanggil Abdullah ke hadirat-Nya. Khalifah beransur-ansur pulih.



Setelah keadaan kesihatannya semakin baik, sang khalifah berkeinginan untuk bersantap ikan panggang. Mendengar keinginan itu, para pembantunya bergegas mencari ikan dan memanggangnya. Hidangan ikan panggang yang aromanya begitu memikat meningkatkan selera makan khalifah. Beliau ingin segera menyantapnya.



Pada saat khalifah mulai ingin makan, tiba-tiba muncul seorang musafir yang kelihatan sangat lapar. Serta-merta, Khalifah Abdullah bin Umar menyuruh pembantunya segera mengangkat hidangan yang ada di hadapan Baginda dan memberikannya kepada si musafir. Perintah itu membuat para pembantunya sedikit protes, sebab merasakan susah payah mereka tidak dinikmati khalifah.



Mereka keberatan jika makanan tersebut diberikan kepada musafir tadi. "Hidangan ini dengan sengaja kami buatkan untuk tuan dan sesuai dengan pesanan tuan. Namun, mengapa diberikan kepada musafir itu?", tanya pembantu khalifah.



Lalu, khalifah menyampaikan penjelasan kepada pembantunya mengapa ia tidak menyantap hidangan itu, kata baginda, "Wahai pembantuku, tahukah kamu bila aku memakan makanan ini, maka sebenarnya aku lakukan kerana ia menjadi keinginan dan kesukaan ku. Tetapi, bila musafir itu memakannya, itu kerana ia benar-benar memerlukannya. Jadi, sesungguhnya makanan itu lebih berharga bagi dia daripada untukku."



Khalifah kemudian menyampaikan firman Allah, "Kalian sekali-kali tidaklah memperolehi kebajikan sehingga kalian menyedekahkan apa-apa yang kalian senangi."



Kisah di atas sebenarnya mengandungi hikmah yang sangat berharga, di mana seharusnya kita memiliki rasa peduli terhadap sesama muslim, apalagi dalam situasi darurat dan mendesak.



Di dalam kehidupan sehari-harian, terdapat perilaku kurang baik yang sering dilakukan oleh sebahagian besar dari kita. Perilaku itu adalah mendahulukan kepentingan peribadi daripada kepentingan orang lain atau sikap kurang cakna sesama kita. Ada masanya, kita sukar untuk berkorban demi orang lain, walau dalam keadaan darurat sekalipun.



Sukar sekali menemui orang-orang yang dipenuhi rasa simpati dan empati kepada orang lain. Yang ada malah sifat sombong dan individualistik yang merajalela dalam lubuk sanubari setiap manusia. Padahal, kepedulian terhadap sesama kita akan membawa manfaat dan maslahat besar bagi kita semua. Semoga teladan ini dapat menjadi inspirasi agar kita menjadi manusia yang lebih baik.



Wallahu`alam.



Jagalah Hati…


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan