Bagaimanakah keadaanmu wahai sahabat Rasulullah saw selepas kewafatan itu? Adakah kamu sekalian memahaminya sebagai penghujung bagi kehidupan Baginda saw…?
Demi Allah ia tidak begitu. Sangkaan begitu amat meleset sekali. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani di dalam kitab Fathul Bari pada jilid kedua dalam kitab “memohon pertolongan”. Ia juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih, bahawa Sayyidina Bilal Ibnu Al-Harith Al-Muzuni seorang sahabat Nabi saw. Beliau telah datang ke Makam Rasulullah saw dalam masa kesulitan di zaman pemerintahan Sayyidina Umar ra. Beliau berdiri di sisi makam Baginda saw dan berkata, “Wahai Rasulullah.”
Perhatikan! Beliau berkata, “Wahai Rasulullah.” “Wahai Rasulullah, ramai yang telah binasa. Mohonlah dari Allah air untuk umatmu.”
Di sisi yang lain, Marwan mendapati seorang lelaki duduk sambil meletakkan mukanya ke atas batu kuburan Rasulullah saw. Dia meletakkan mukanya di atas kubur Nabi saw sambil menangis. Marwan mengingkari perbuatan sebegini. Beliau berpaling dan menolak lelaki itu. Marwan berkata, “Apa yang kamu lakukan?” Lelaki itu mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya apabila mendapatinya ia adalah Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah saw. Di rumah sahabat inilah Nabi saw berhenti ketika hijrah pertama ke Madinah. Baginda saw meletakkan unta Baginda saw di rumah sahabat ini.
Demi Allah ia tidak begitu. Sangkaan begitu amat meleset sekali. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani di dalam kitab Fathul Bari pada jilid kedua dalam kitab “memohon pertolongan”. Ia juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih, bahawa Sayyidina Bilal Ibnu Al-Harith Al-Muzuni seorang sahabat Nabi saw. Beliau telah datang ke Makam Rasulullah saw dalam masa kesulitan di zaman pemerintahan Sayyidina Umar ra. Beliau berdiri di sisi makam Baginda saw dan berkata, “Wahai Rasulullah.”
Perhatikan! Beliau berkata, “Wahai Rasulullah.” “Wahai Rasulullah, ramai yang telah binasa. Mohonlah dari Allah air untuk umatmu.”
Di sisi yang lain, Marwan mendapati seorang lelaki duduk sambil meletakkan mukanya ke atas batu kuburan Rasulullah saw. Dia meletakkan mukanya di atas kubur Nabi saw sambil menangis. Marwan mengingkari perbuatan sebegini. Beliau berpaling dan menolak lelaki itu. Marwan berkata, “Apa yang kamu lakukan?” Lelaki itu mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya apabila mendapatinya ia adalah Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah saw. Di rumah sahabat inilah Nabi saw berhenti ketika hijrah pertama ke Madinah. Baginda saw meletakkan unta Baginda saw di rumah sahabat ini.
Marwan bertanya kepada Abu Ayyub. “Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Abu Ayyub ? “ Beliau menjawab: “Aku mendengar Nabi saw bersabda, “Janganlah kamu berduka jika agama itu dipegang oleh ahlinya. Akan tetapi berdukalah jika yang memegangnya itu bukan ahlinya .”
Kembali kepada kisah Sayyidina Bilal ra,,, Ibnu ‘Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang baik dari Sayyidina Bilal bin Rabah ra bahawa Sayyidina Bilal ra telah berpindah ke Syam kerana tidak boleh tinggal di Madinah selepas kewafatan Rasulullah saw. Ini disebabkan semua perkara di situ mengingatkannya kepada kehidupan Nabi saw di dunia ini. Mereka amat merasakan kehidupan Nabi saw di dunia dan kehidupan hakikinya yang berkekalan. Oleh itu mereka tidak dapat menerima kekurangan pada simbolik kehidupan Baginda di saw hadapan mereka walaupun sekadar kehidupan di dunia.
Sayyidina Bilal ra tidak dapat bertahan di Madinah, lalu meninggalkannya. Satu hari, beliau bangun dalam keadaan menangis. “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Bilal ?” Isterinya bertanya kepadanya. Jawabnya, “Semalam aku bermimpi berjumpa Rasulullah saw...”
Melihat Baginda saw adalah sesuatu yang benar seperti yang diceritakan dalam kitab Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan Imam Abu Daud. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis selainnya. “Sesiapa yang melihatku dalam mimpinya, nescaya dia akan melihatku secara langsung. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku.” Nas sebeginilah yang termaktub dalam kitab Imam Bukhari.
Jawab Sayyidina Bilal ra, “Semalam aku bermimpi berjumpa Rasulullah saw. Baginda berkata kepadaku, “Kenapa bersedih begini, wahai Bilal?” Sekarang tibalah masanya untuk kamu menziarahiku””
Maka Sayyidina Bilal ra pun keluar bermusafir ke makam Rasulullah saw. Ketika berdiri di hadapan makam Baginda saw, beliau pun menangis… Beliau mengenangkan kehidupan Baginda saw. Beliau menangis dan meracau-racau sehingga rebah di sisi makam Baginda saw.
Sayyidina Abu Bakar ra, Sayyidina Umar ra, Sayyidina Usman ra dan Sayyidina Ali kwh tidak berbuat demikian. Tiada seorang pun dari mereka yang berbuat sedemikian. Ini kerana mereka mempraktikkan adab. Akan tetapi, Sayyidina Bilal ra tertewas dengan kerinduan yang mendalam ketika memasuki Madinah dan berhadapan Makam Nabi saw.
Sayyidina Bilal ra terjatuh ke atas makam dan kemudiannya tenggalam dalam tangisan. Syaidina Abu Bakar ra menjumpainya dan beliau turut menangis bersamanya. Apabila Bilal melihat Syaidina Abu Bakar dia ternampak persahabatannya yang akrab dengan Rasulullah saw. Apabila Syaidina Abu Bakar pula melihat Bilal, dia melihatnya sebagai muazzin, pembantu Nabi saw dan pembawa barangan Nabi saw.
Setelah Sayyidina Bilal ra terjaga dan sedikit tenang, Sayyidina Abu Bakar telah meminta, “Adakah kamu boleh azankan untuk kami sepertimana engkau azankan untuk Rasulullah saw? “ Jawab Sayyidina Bilal ra, “Maafkanku wahai khalifah Rasulullah. Demi Allah, aku tidak mampu untuk melaungkan azan selepas kewafatan Baginda.”
Kata Sayyidina Bilal ra, “Aku telah menolak permintaan Abu Bakar.” Dulunya, setelah aku melaungkan azan, aku melalui rumah Baginda saw dan berkata, “Solat wahai Rasulullah”... “ Sekarang ini, kepada siapakah akan aku katakannya? “Sayyidina Abu Bakar ra dan Sayyidina Umar ra turut menangis.
Sayyidina Bilal ra bertemu pula dengan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin. Mereka masih kecil usianya dan besar kehebatannya. Seorang berusia 9 tahun dan seorang lagi 8 tahun. Ulama berselisihan pada perkara ini, iaitu tentang perbezaan usia kedua-duanya. Sayyidina Bilal ra bertemu mereka, lalu memeluk dan mencium mereka berdua. Sayyidina Bilal ra terhidu pada mereka berdua wangian Rasulullah saw. Bau Rasulullah saw terdapat pada keluarganya.
Kemudian, mereka berkata kepadanya dengan penuh kelembutan: “Wahai Bilal! Adakah kamu boleh azankan untuk kami sepertimana engkau azankan pada datuk kami ?. Kami amat rindukan untuk mendengar laungan azanmu…” Sayyidina Bilal ra terdiam dan menangis. “Apa akan aku katakan ? Aku telah menolak permintaan Abu Bakar dan Umar apakah akan aku katakan kepadamu wahai cucu-cucu Rasulullah…? Aku bimbang jika aku tidak tunaikannya di dunia ini untuk kamu, datuk kamu tidak menghiraukan aku pada Hari Kiamat….” ( komen peribadi- saya sebenarnya cuba mengelakkan diri untuk menulis perenggan ini, hati sangat rapuh bila menggarap kisah kerinduan sahabat ra pada Rasulullah saw. Walau 10 kali saya membaca perenggan ini, saya tetap tidak mampu menahan airmata dari jatuh berguguran. Sayyidina Bilal ra tidak takut soal syurga dan neraka, tetapi lebih takut Baginda saw berpaling darinya…..Allahu Allah…!)
Allahhhh!!
Para sahabat memang hebat kecintaan mereka terhadap keluarga Rasulullah saw dan inilah sebenarnya mazhab Ahlul Bait.
Kata Sayyidina Abu Bakar ra, “Hampirilah Nabi Muhammad saw itu dengan menghampiri keluarganya.” Sayyidina Umar pernah berkata kepada Sayyidina Husin sambil mengusap kepalanya, “Tidaklah tumbuhnya rambut kami melainkan denganmu wahai keluarga Rasulullah. “
Kata Sayyidina Bilal ra, “Aku tidak dapat menolak permohonan kamu berdua ini“. Maka Sayyidina Bilal ra pun menaiki tempat laungan azannya pada zaman Rasulullah saw. Dia pun melaungkan azan…
Allaahuakbar...Allaaahuakbar...“Allah Maha Besar. ..Allah Maha Besar.”
Bergegarlah Madinah dengan tangisan.
Allaahuakbar...Allaaahuakbar...“Allah Maha Besar. ..Allah Maha Besar.”
Para wanita meraung di dalam rumah mereka. “Adakah Rasulullah saw diutuskan lagi?” “Adakah Rasulullah saw diutuskan lagi?” Inilah azan yang pernah mereka dengarkannya pada zaman itu dan telah terhenti. Ini mengingatkan mereka pada Baginda saw. Ini juga melambangkan bahawasanya Baginda saw hidup di dalam hati mereka. Baginda saw hidup di dalam hati mereka. Baginda saw hidup dan tidak mati dalam hati mereka…
Asyhadu alla ilaaha illallah....“Aku bersaksi bahawa tiada Robb melainkan Allah.” ...
Maka perempuan-perempuan keluar dari kediaman mereka. Mereka adalah anak-anak gadis yang tidak keluar dari rumah kerana menjaga kehormatan diri dan tebalnya sifat malu. Bagaimanakah anak-anak gadis hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka? Adakah idola mereka itu masih Fatimah Az-Zahra, Khadijah Al-Kubra dan Aisyah Ar-Ridha? Ataupun idola mereka si dia ataupun si dia dari mereka yang menanggalkan rasa malu dan agama?
Maka keluar anak-anak gadis dari rumah ke jalan-jalan di Madinah berteriak, “Rasulullah diutuskan lagi..Rasulullah diutuskan lagi..Rasulullah diutuskan lagi”
Ketika mana Bilal melaungkan…
Asyhhadu anna Muhammadan..Rasulullah...”Aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah.”
Suara Sayyidina Bilal menjadi sayu. Dia berhenti dan tidak mampu untuk menyambungnya. Dia turun sebelum menyempurnakan azannya.
Perawi meriwayatkan, “Madinah tidak pernah kelihatan sayu begitu selepas kewafatan Baginda saw melainkan pada hari Sayyidina Bilal ra melaungkan azannya.”
Azan Sayyidina Bilal ra telah membasahi hati-hati mereka dengan kerinduan terhadap Rasulullah saw. Ini menggerakkan simbolik kehidupan Nabi Muhammad saw pada hati-hati mereka.
Baginda saw walaupun telah meninggalkan alam dunia, tetapi Baginda saw masih hidup…Jika kita memohon ikatan kehidupan ini bersama Allah, maka manakah ikatan dari kehidupan Baginda saw dalam diri kita?
Jikalau Nabi saw itu hidup pada hati kita dengan kecintaan dan penghormatan serta lain lagi, jikalau Nabi saw itu hidup pada diri kita pasti kita membiasakan diri dengan sunnah-sunnah dan adab Baginda saw.
Jikalau Nabi saw itu hidup pada diri kita pada merindukannya dengan berakhlak dengan akhlak Baginda saw.
Jikalau Nabi saw itu hidup pada diri kita dengan membawa kegigihan Baginda saw bersama Allah dan gigihnya Baginda saw berkhidmat terhadap umat in, nescaya Nabisaw itu akan hidup pada diri, dalam hati kita!
Wahai saudara semuslimku, kita semua yang berhajat untuk mengetahui kehidupan Rasulullah saw. Ini agar dapat kita memperbaharui kehidupan Baginda saw dalam diri kita.
Mata kita ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda saw. Janganlah kita melihat kepada perkara haram.
Mata kita ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda saw. Janganlah kita melihat kepada perkara haram.
Telinga kita, hidupkanlah ia dengan kehidupan telinga Baginda saw. Jangalah mendengar dengannya perkara haram.
Jangan kita tuturkan dengan lidah kita melainkan ia menyebabkan kita dapat bertemu dengan Rasulullah saw.
Jikalau Nabi saw itu hidup pada hati kita, nescaya kita tidak boleh memutuskan silaturahim yang Baginda saw larang. Sabda Rasulullah saw, “Orang yang memutuskan silaturrahim dilaknati walaupun dia meninggal dunia di tengah-tengah Kaabah.”
Jikalau Nabi saw itu hidup pada hati kita, nescaya kita tidak sanggup makan sesuap benda haram walaupun ianya seluruh dunia ini. Jikalau Nabi saw itu hidup pada hati kita, nescaya kita tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal. Nescaya kita tidak cemarkan hati kita yang hidup bersama Rasulullah saw dengan maki hamun ataupun sikap membenci walaupun terhadap orang yang mencaci ataupun menyakiti kita.
Jikalau Nabi saw itu hidup pada hati kita, masa itu tidak akan berlalu melainkan kita akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah swt. Pohonlah perkara sebegini dan hidupkanlah dengannya dalam rumahtangga kita bersama sunnah Rasulullah saw. Hidupkan masjid-masjid kita dengan membaca Kalam Allah (Al-Quran). Hidupkan jalan-jalan kita dengan adab-adab Rasulullah saw. Hidupkan perniagaan kita dengan adab serta hukum-hakam Rasulullah saw.
Sayyidina Ali bin Abu Talib kwh pernah berkata, “Pasar orang-orang Islam seperti tempat solat mereka yang bersolat.” Iaitu hidup dengan zikir, ibadah dan muamalah bersama Allah swt. Hidupkan pengertian sebegini, nescaya kita hidup dengan kehidupan yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya. Sehingga Allah menghimpunkan kita bersama kehidupan sebenarnya dalam alam barzakh kita. Kemudiannya di Hari Kiamat bersama Nabi Muhammad saw. Kemudiannya di syurga Firdaus yang tertinggi.
Moga-moga Allah swt menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini.
Ya Allah! Hidupkan kami dengan kehidupan kekasih Mu. Ya Allah! Hidupkan roh-roh kami dengan kehidupan roh kekasih Mu. Ya Allah! Hidupkan keperibadian kami dengan hidupnya keperibadian kekasih Mu. Ya Allah! Hidupkan akal-akal kami dengan kehidupan akal kekasih Mu. Ya Allah! Hidupkan jasad kami dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasih Mu. Ya Allah Hidupkan seluruh diri kami dengan kehidupan seluruh diri kekasih Mu. Sehinggalah kami melalui dengan kehidupannya atas kehidupan Kalam Mu. Maka kami hidup dengan kalam dan kitab Mu. Kemudiannya kami hidup dengan semua itu beserta ikatan kami dengan Mu.
Wahai yang Maha Hidup Lagi Menghidupkan, Penggerak bumi dan langit.
Ya Allah! Bantulah kami untuk mengingati, mensyukuri serta beribadah kepada Mu dengan sebaiknya. Ya Allah! Lihatkanlah bagi kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan jadikan kami pengikutnya. Lihatkanlah bagi kami kebatilan sebagai kebatilan dan kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menjauhinya.
Ya Allah! Ampunkan kami dengan taubat nasuha. Bersihkan kami dengannya pada tubuh badan, hati dan roh kami. Ya Allah! Ampunkan kami pada apa yang telah lalu. Peliharalah kami untuk apa yang masih ada ini. Ya Allah! Peliharalah kami dan layanilah kami. Ya Allah! Letakkan kami pada jalan mereka yang dicintai. Hidupkan kami dengan kehidupan mereka itu. Matikan kami dengan kematian mereka. Himpunkan kami pada Hari Kiamat bersama Penghulu orang-orang dikasihi.
Ya Allah! Hidupkan kami dengan mencintai Baginda saw. Hidupkan kecintaan Baginda saw dalam hati kami.
Ya Allah! Hidupkan cahaya Baginda saw dalam batin kami. Hidupkan hidayah Baginda saw pada zahir kami. Hidupkan perjalanan Baginda saw dalam rumahtangga dan kehidupan kami. Ya Allah! Janganlah Engkau tanggalkan dari hati kami cahaya ikatan dengan Sayyidina Muhammad saw…..
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan