Popular Posts

Selasa, 8 November 2016

MATEMATIK TAMBAHAN : PETUA UNTUK LULUS I






Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Daripada 12 orang gagal itu, 4 orang sangat kritikal. Mereka mendapat bawah 10 markah. Baki 8 orang dapat sekitar 20 – 25 markah. Insya Allah boleh diubati. Markah mereka tidaklah teruk sangat. Saya sengaja jual mahal supaya mereka tidak lulus percuma. Mereka pun rajin. Insya Allah, mereka akan berjaya dalam SPM sebenar nanti. 



Empat orang yang sangat kritikal itu mempunyai masalah yang hampir sama di antara mereka, A tidak fokus dalam pelajaran dan mudah kalah kepada masalah remeh-temeh. Pernah pelajar ini tidak hadir sekolah selama berminggu-minggu hingga sekarang pun masih begitu. Dalam Percubaan SPM baru-baru ini, dia dapat 0 markah, Boleh lulus Addmath dalam SPM ke? 



B pula tenggelam dalam dunia khayal dan tidak cakna pada pelajaran. Saat pelajar-pelajar lain menyiapkan kerja rumah dan latih-tubi, dia hanya tersenggih-senggih di mejanya seolah-olah dia bukan calon SPM. Kerjanya terbengkalai dan tidak pernah siap. Dalam Percubaan SPM, dia dapat 3 markah. Boleh lulus Addmath juga ke? 



Baki dua orang lagi lagi dapat sekitar 10 markah. Mari kita namakan mereka, C dan D. Kedua-duanya perempuan. Markah mereka boleh tahan. Tetapi masih rendah dan kurang memberansangkan. Apa yang saya perhatikan, mereka tidak serius belajar. Asyik tersenggih-senggih dan terkulat-kulat sahaja. Apa nak jadi ni? 



Bagi saya, untuk lulus Addmath mudah sahaja. Bukan payah sangat pun. Ada 3 langkah sahaja. 


[1]. Datang sekolah. 


[2]. Buat latihan dan latihtubi 


[3].Serius belajar & ikut teknik yang guru ajar. 


Habis cerita. Noktah. 



Tetapi jika ingin skor, anda mestilah usaha giler-giler sikit. Biasalah tu. Saya pun begitu juga masa SPM dahulu. Sekarang saya nak sebut teknik mudah untuk lulus Addmath. 



Bagi Kertas 1 (K1), anda mesti usahakan supaya dapat 1 markah bagi setiap soalan. Teknik ini saya sebut 1Q1M. Kalau anda Berjaya cara ini, anda dah dapat 25/80. OK dah tu. Kalau anda ada masalah tak boleh menjawab semua soalan, anda boleh pilih tajuk-tajuk yang saya beri supaya anda dapat markah maksimum melaluinya. 



Tajuk-tajuk tersebut ialah 


fungsi (daripada 3 soalan, 2 mudah ), 


persamaan kuadratik (1 soalan mudah), 


fungsi kuadratik (biasa ada 2 soalan, 1 mudah ). 


Indek dan log (ada 3 soalan, 2 mudah ), 


janjang (ada 3 soalan, 2 mudah ), 


vector (biasa 2 soalan, 1 sangat mudah) . 


Kebarangkalian (biasanya mudah, 1 soalan). 




Melihat kepada apa yang saya beri, terdapat 10 SOALAN MUDAH yang memang anda boleh jawab. Dah dapat dah sekitar 25 markah. Kalau anda nak lebih daripada itu, kenalah study lebih sikit. Terokai dan mahirkan diri anda dengan tajuk-tajuk lain. Insya Allah anda dapat. 



Berkenaan Kertas 2 (K2), anda boleh ikut teknik ini kalau mahu. Tekankan kepada 5 tajuk berikut untuk dapat markah mudah melaluinya. Saya gunakan konsep 5 soalan 5 markah (5Q5M). Maksudnya, anda kena dapat 5 markah setiap satu. 



Tajuk-tajuk berkenaan ialah 



[1] Persamaan Serentak. Kalau anda boleh selesaikannya, dah dapat 5 markah kat situ. Tetapi awas, anda mesti gunakan rumus untuk dapat nilai x dan y yang dicari. Kalau tak guna rumus, anda Cuma dapat 3 markah jew. Dah rugi tu. 



[2] Kemudian, mahirkan diri anda untuk jawab tajuk Hukum Linear. Tajuk ini memang mudah. Tetapi ramai pelajar takut nak buat. Saya paksa para pelajar saya melakukannya. Ayat ransangan saya mudah sahaja. YOU MUST DO IT OR YOU WILL FAIL YOUR PAPER. Kalau anda boleh buat soalan tu, anda dah dapat 7 markah. Paling teruk pun, anda boleh dapat 5 markah kat situ. OK dah tu. 



[3] Kemudian, tolong mahirkan diri anda dengan tajuk Graf dalam Trigonometri. Sebelum SPM, tolong jumpa cikgu masing-masing dan minta dia ajarkan sampai faham. Kalau anda Berjaya pada tajuk tersebut, anda dah dapat sekitar 5 – 7 markah. Paling teruk pun, anda boleh dapat 5 markah. 



[4] Penyelesaian Segitiga. Walau pun tajuk ini kelihatan agak payah, tetapi kalau anda sentiasa latih tubi, ia mudah aje. Saya rasa anda boleh dapat 4 atau 5 markah d sini. 



[5] Penggunaan Nombor Indeks. Tajuk ini pun anda boleh dapat markah dengan mudah. Soalan yang keluar dalam SPM hampir sama setiap tahun. Dan saya pun rasa anda mampu mendapat sehingga 5 markah di sini. 




Daripada 5 tajuk yang saya senaraikan di atas, anda dah dapat 25 markah. Tetapi kalau anda dapat menjawab sebahagian tajuk lain seperti vector, geometri kordinat dan statistik dengan kadar purata 3 markah dari setiap tajuk, bermakna anda dah dapat 25 + 9 = 34 markah. Maksudnya, anda dapat 35/100. Kalau anda jumlahkan K1 & K2, anda dapat 25 + 34 = 59/180. Jika mengikut “passing mark” , 25 markah kat sekolah, maknanya anda dah lulus. 



Sebenarnya anda mesti ada perancangan untuk lulus. Merancang untuk lulus (plan to pass) boleh membantu anda menemui jalan keluar. Tetapi selain itu, anda mesti berhati waja serta keras semangat. 



Saya sebutkan contoh seorang pelajar saya yang keras semangat. Namanya Zurafatihah bt Muhamad. Dia memang lemah Addmath. Semasa Ujian Mac 2016, dia gagal Addmath. Kemudian semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun, dia gagal lagi. Tetapi semasa Percubaan baru-baru ni, dia lulus dan mendapat 32 markah. Zura memang keras semangat. Walau pun dia gagal dan nampak wsedih, tetapi dia selalu membuat latihan Addmath saya. 



Begitu juga dengan Mohd Syafiq Nazri, Muhaimin dan Zafirullah. Mereka semua mempunyai jiwa yang kuat dan tidak pernah mengaku kalah kepada Addmath. Dan mereka semua telah lulus dengan baik dalam Percubaan baru-baru ini. Tahniah. 



Di penghujung coretan ini, saya suka menyampaikan satu pesanan berguna kepada anda. Dalam kita berusaha menegakkan dunia ini, jangan pula lupa kepada akhirat yang berada di hadapan kita. 


4 ulasan:

  1. Boleh sampaikan pada rakan2 yang mempunyai anak atau rakan lepasan SPM.
    Untuk kemasukan ke KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS ๐Ÿซ IPTS bawah Anak Syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP). Elaun sara diri bulanan diberikan .
    Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima.
    KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus di peringkat DIPLOMA.
    Kursus Yang Ditawarkan:
    ▶Diploma Sains Kejururawatan
    ▶Diploma Pembantu Perubatan
    ▶Diploma Kesihatan Persekitaran
    ▶Diploma Sains Perubatan
    ▶Diploma Farmasi
    ▶Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (OSH )
    ▶Diploma Pengurusan Hotel
    ▶Diploma Pengurusan Logistik
    ▶Diploma Pengurusan Sumber Manusia

    Kemasukkan: JULY 2019
    Tarikh Pendaftaran: 06 & 07 Julai 2019
    Tempoh Kursus : 3 tahun

    KELEBIHAN DI PIUC
    • Pendaftaran RM195๐Ÿ’ถ๐Ÿ’ฐ sahaja.
    • Kolej hak milik penuh dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ๐Ÿ•Œ.
    • Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ.
    • Duit Sara Diri bulanan RM300๐Ÿ’ต๐Ÿ’ต kepada yang layak.
    • Asrama๐Ÿฌ dan pengangkutan ๐ŸšŒ๐ŸšŒDisediakan.
    • Penerbangan pergi๐Ÿ›ซ dan balik ๐Ÿ›ฌSabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian.
    • Terbuka kepada semua bangsa ๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘ณ♂๐Ÿ‘ฒ๐Ÿป.
    • Pasaran pekerjaan 85% - 95 % selepas tamat pengajian.
    • "Highly job marketability".
    • Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Berminat Untuk Memohon?
    WhatsApp/sms ;-
    <>Nama๐Ÿ™‹๐Ÿผ♂๐Ÿ™‹๐Ÿผ♀
    <>Alamat ๐Ÿฌ
    <>NO Hp ๐Ÿ“ฑ
    <> Gambar Kad Pengenalan ๐Ÿ“‘๐Ÿ“ธ
    <> Gambar Slip SPM ๐Ÿ“‘๐Ÿ“ธ
    <>Email ๐Ÿ’ป
    Hantar Kepada
    ▶ 0102757767

    Www.picoms.edu.my / https://amellark95.blogspot.com/2019/03/picoms-pengambilan-sesi-july-2019.html ๐Ÿ’ป
    Mohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
    MOHON SHARE!!!

    Tolong sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita mungkin ada anak2 rakan kita. Jangan tutup pintu peluang mereka.Satu pintu kita buka utk org lain, In Sha Allah 7 pintu Allah buka utk kita. Aamiin

    BalasPadam
  2. Teerbaik cikgu insyaallah allah balas jasa cikgu aminnnn

    BalasPadam
  3. Pale pat pat engkau addmath mudah

    BalasPadam