Popular Posts

Isnin, 17 Oktober 2011

MAAFKAN DAKU, WAHAI SUAMI...




Ini adalah kisah nyata di kehidupanku. Seorang suami yang ku cintai telah tiada kini. Begitu besar pengorbanan seorang suami pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untuk ku dan anakku. Suamiku adalah seorang pekerja yang gigih. Dia membangunkan segala yang ada di keluarga ini dari kosong  sehinggalah menjadi seperti saat ini…, sesuatu yang kami rasa sudah lebih dari cukup.



Aku merasa sangat berdosa ketika teringat suamiku pulang bekerja dan aku menyambutnya dengan amarah. Tidak ku berikan secangkir teh hangat, tetapi ku berikan segenggam luapan amarah. Selalu ku katakan pada dia bahawa dia tidak peduli padaku, tidak mengerti diri aku, dan selalu sahaja sibuk dengan pekerjaannya.



Tapi kini aku tahu…



Semua ucapanku selama ini salah, dan hanya menjadi penyesalanku kerana dia telah tiada. Sahabatnya mengatakan padaku sepeninggalan pemergiannya bahawa dia selalu membanggakan aku dan anakku di hadapan rakan sekerjanya. Sahabat itu berkata, “ Setiap kali kami ajak dia makan tengahari, encik Rosli jarang sekali ikut serta jika tidak penting sekali. Alasannya selalu tidak jelas. Ada satu masa, aku sempat menanyakan kenapa dia jarang sekali mahu makan bersama kami. Dia menjawab, “aku belum melihat istreiku makan tengahari dan aku belum melihat anak ku minum susu dengan riang. lalu bagaimana aku layak untuk makan tengahari”. Ketika itu aku terpaku, aku tabik hormat pada suamimu. Dia seorang yang sangat sayang pada keluarganya. Suamimu bukan sahaja orang yang sangat sayang pada keluarga, tetapi suamimu adalah seorang pemimpin yang hebat. Selalu mampu memberikan jalan-jalan penyelesaian pada perniagaan kami.”



Aku menahan air mataku kerana aku tidak mahu menangis di depan rakan-rakan sekerja dan sahabat suamiku. 



Aku sedih kerana saat ini, aku sudah kehilangan seseorang yang hebat.




Teringat akan amarahku pada suamiku, aku selalu mengatakan padanya yang sentiasa menyibukkan diri pada pekerjaan, dia tidak pernah peduli pada anak kita. Namun itu semua salah. Sepeninggalan suamiku. Aku menemui dokumen-dokumen yang sering dibawa dalam beg galasnya. Dan aku tidak mampu lagi menahan esak tangis membaca di setiap lembaran pada sebuah buku catatan kecil yang tersimpan bersama dokumen-dokumen lain yang salah satunya berbunyi, “ Perniagaan ini di bina atas keringat yang tidak pernah ku rasa. Ku harap suatu masa nanti, perniagaan ini akan di teruskan oleh putera kesayanganku. Wahaia anak ku, maafkan ayah kerana tidak mampu memberikan kepada mu sebuah kasih sayang berupa belaian. Tapi cukuplah ibumu yang memberikan kelembutan kasih sayang secara langsung. Ayah ingin lakukan seperti ibumu. Tapi kamu adalah lelaki. Kamu harus kuat dan kamu harus menjadi lelaki hebat. Dan ayah rasa, kasih sayang yang lebih tepat ayah berikan adalah kasih sayang berupa ilmu dan pelajaran. Maaf ayah agak keras padamu,  wahai anak ku. Tapi kamu adalah lelaki. Seorang yang akan menjadi pemimpin, seorang yang harus kuat menahan terpaan angin dari manapun. Ayah yakin kamu dapat menjadi seperti itu.”



Membaca patah-patah perkataan itu, benar-benar baru ku sedari betapa suamiku menyayangi puteraku. Betapa dia mempersiapkan masa depan puteraku sedari kecil. Betapa dia memikirkan jalan untuk kebaikan anak kita.



Setiap kali suamiku pulang dari kerja, dia selalu mengatakan, “ Sayang letih? Berehatlah dulu”. Dengan kasar ku katakan, “Ya, kan dah jelas saya ini keletihan, semua kerja rumah saya siapkan. Urus anak, mencuci lagi, memasak lagi. Abang cuma tahu, bila balik rumah telah kemas tersusun.”



Sungguh aku tidak tahu bagaimana perasaan suamiku saat itu…Tetapi dia hanya diam sahaja sam bil tersenyum dan pergi ke dapur membuat teh atau kopinya sendiri. Padahal ku sedari, beban dia sebagai ketua rumahtangga jauh lebih berat dibanding dengan diriku. Pekerjaannya jika salah, pasti sering di maki-hamun oleh pelanggan. Tidak kenal panas atau pun hujan, dia usahakan perniagaannya dengan penuh ikhlas.




Suamiku meninggalkanku setelah terkena serangan jantung di pejabatnya. Lebih tepat… setelah aku menelefonnya dan memarahinya. Sungguh aku berdosa. Selama hidupnya tidak pernah aku tahu bahawa dia mengidap penyakit jantung. Hanya setelah sepeninggalannya, aku tahu dari pegawainya yang sering menghantarnya ke klinik pakar jantung yang agar murah berdekatan rumah kami.



Pegawai tersebut bercerita kepadaku bahawa sempat dia menanyakan pada suamiku. “Tuan, kenapa cari klinik yang termurah? Saya rasa tuan mampu mendapatkan rawatan di tempat yang lebih mahal dan memiliki suasana yang lebih selesa dengan kaedah rawatan terkini pula”



Dan suamiku menjawab, “tidak perlulah terlalu mahal. Memadai untuk aku tahu seberapa lama aku dapat bertahan. Tidak lebih. Dan aku tidak mahu memotong tabungan untuk hari depan anakku dan keluargaku. Aku tidak ingin gara-gara jantungku yang rosak ini, mereka menjadi kesusahan. Dan jangan sampai isteriku tahu aku mengidap penyakit jantung. Aku takut isteriku menyayangiku kerana simpati. Aku ingin rasa sayang yang tulus dan ikhlas.”




Ya Allah…, maafkan hamba Mu ini. Hamba tidak mampu menjadi isteri yang baik. Hamba tidak sempat memberikan rasa sayang yang selayaknya untuk suami hamba yang dengan tulus menyayangi keluarga ini…” Aku malu pada diriku. Hanya tangis dan penyesalan yang ada kini.



Saya menulis ini sebagai renungan kita bersama agar kesalahan yang berlaku ini tidak di lakukan oleh wanita-wanita yang lain. Ini kerana, penyesalan yang datang di akhir waktu tidak berguna apa-apa. Hanyalah penyesalan dan tidak mengubah apa-apa.



Banggalah pada suamimu yang sentiasa menitiskan keringatnya hingga lupa membasuh dan peluh mengering tanpa dia sedari.



Banggalah pada suamimu, kerana ucapan itu adalah pemberian yang paling mudah dan paling indah jika suamimu mendengarnya.



Sambut kepulangannya di rumah dengan senyum dan sapaan hangat. Kucup keningnya agar dia merasakan ketenangan setelah menahan beban berat di luar sana.



Sambutlah dengan penuh rasa tulus ikhlas untuk menyayangi suamimu, selagi dia kembali dalam keadaan dapat membuka mata lebar-lebar. Dan bukan kembali dalam keadaan memejamkan mata untuk selama-lamanya…..



Teristimewa untuk suamiku… Maafkan aku sayang. Terlambat sudah kata ini ku ucapkan. Aku janji pada diriku sendiri khusus buat mu, bahawa putera mu ini akan ku besarkan seperti caramu. Putera kita ini akan menjadi seorang yang sepertimu. Aku bangga padamu, aku sayang pada mu…



Wallahu`alam





Jagalah Hati…



Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan