Popular Posts

Selasa, 24 Disember 2013

HATI YANG MUSTAJAB...





Manusia mungkin tersilap penelitian. Ramai di kalangan kita tersalah sangka dalam pada ingin memohon sesuatu kepada Yang Maha Esa, kita sering mencari ustaz/ ustazah, teks-teks doa, menunggu waktu-waktu tertentu atau menziarahi tempat-tempat yang berkaitan dengan harapan hajat-hajat ditunaikan. Bukan bererti salah berbuat demikian, namun pada hemat saya, ada suatu perkara yang perlu lebih ditekankan sebelum perbuatan itu kita lakukan. Apakah ia...?


BERDOA...!



Dalam satu hadis yang direkodkan oleh Abu Abdullah Al-Hakim dalam Kitab Mustadrak Al-Hakim, ada perkara yang boleh kita ambil dari sudut perlaksanaan doa ketika kita ingin memohon diperkenankan hajat kepada-Nya. Hadis ini biasa di sebut oleh Rasulullah saw ketika mana Baginda saw ditimpa musibah. 


Baginda saw bersabda, "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba Mu, anak kepada hamba lelaki Mu, dan anak kepada hamba perempuan Mu, ubun-ubunku di tangan Mu, berlalulah penentuan Mu terhadapku, hukuman Mu ke atas ku adalah adil. Aku bermohon kepada Mu dengan keberkatan setiap nama Mu yang Engkau namakan pada diri sendiri, atau yang Engkau turunkan dalam Kitab Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada mana-mana dari penciptaan Mu, atau Engkau pendamkan dalam pengetahuan ghaib di sisi Mu, agar Engkau jadikan Al-Quran sebagai peneduh jiwaku, cahaya dalam dadaku, serta penghilang kesedihan dan dukacitaku. (Mustadrak Al-Hakim no.1869)


# hadis ini juga turut dirawayatkan dalam Musnad Imam Ahmad, tetapi dari sanad (periwayatan) yang dhaif seperti yang disebutkan oleh Dar-AlQutni kerana terdapat seorang perawi yang tidak dikenali iaitu Abu Salamah.#



HURAIAN HADIS

Berdasarkan kepada hadis tersebut, dapat kita lihat bahawa ketika mana Baginda saw bermunajat kepada Allah sewaktu ditimpa kesusahan, Baginda saw memulakan doa dengan merendahkan diri dengan merasakan diri tidak mampu berbuat apa-apa sebagai hamba melainkan dengan bantuan-Nya. Bahkan turut menggelarkan diri sebagai anak yang datang dari dua hamba iaitu ibu dan bapa yang mana kita tahu proses kejadiannya bermula dari perkara yang hina pada tanggapan manusia.


Begitu sebenarnya permulaan doa bagi setiap manusia. Paling penting dalam berdoa adalah kerendahan hati seseorang itu terhadap Dia yang diminta. Tambahan maksud doa itu sendiri adalah pengharapan dari yang rendah kepada yang lebih tinggi darjatnya di samping mempunyai tujuan yang satu iaitu merasai takut yang membawa kepatuhan pada Allah semata-mata yang tanpa ada berbelah bagi kepada sesiapa pun jua.


Jika seorang insan itu hanya mencari teks-teks doa yang diyakini berkesan, maka kadangkala proses itu memakan masa dan mungkin setelah ia dijumpai perlu pula dihafal dan diingati untuk diamal dalam kehidupan sehari-hari.


Jika seseorang itu hanya mencari waktu-waktu tertentu pula, maka mungkin agak sukar untuk dia menunggu kepada waktu yang disebutkan sebagai waktu yang mustajab. Begitu pula, jika mencari tempat-tempat yang mustajab, boleh jadi dia perlu mengorbankan tenaga, hatta kewangan juga demi untuk menziarahi tempat-tempat tersebut.


Namun, kelebihan bagi mereka yang mendapatkan hati yang mustajab dengan merendahkan diri di hadapan Yang Esa, maka tidak kiralah apa pun yang dia baca (yang mengikut syara’), pada ketika mana pun dia berdoa, atau dimana-mana sahaja dilafazkan doa, maka dia akan dapati bahawa doanya sebenarnya telah dimakbulkan oleh-Nya.


Oleh yang demikian, seperti yang saya terangkan diatas, bukan salah kita mencari apa-apa bahan bacaan bahkan jika kita mampu maka doa-doa yang ma’thur(berdasarkan hadis-hadis sahih daripada Rasulullah saw) lebih utama untuk kita baca, atau mencari waktu dan tempat mustajab, tetapi hati yang mustajab itu membuka seluasnya ruang kepada manusia dalam rangka berdoa mengharap kepada-Nya.


Ada pun suatu perkara yang perlu kita ambil perhatian, jika kita memuji manusia lazimnya dengan pujian tersebut manusia lebih cenderung untuk memberikan apa yang dia punyai. Namun, Allah tidak begitu kerana kerajaan-Nya sedia hebat. Jika tiada satu makhluk pun yang memuji-Nyam maka Allah tetap hebat dan Allah dengan sifat Pemurah dan Pengasihnya masih akan memberikan manusia nikmat-nikmat-Nya.


Demikian, kita melihat dalam hadis ini yang memuji keadilan, keagungan Allah swt dengan tujuan menampakkan kebesaran Allah kepada manusia yang lemah. Di samping itu, kita juga digalakkan untuk memohon doa menggunakan nama-nama yang telah Dia namakan diri-Nya seperti Al-Ghafur, Ar-Rahim, Al-Aziz dan sebagainya.



PENJELASAN

Suatu perkara yang perlu dijernihkan semula berkenaan mustajabnya doa ini adalah manusia seringkali beranggapan jika makbul (diterima) doa yang dia pinta, maka sesungguhnya doanya mustajab. Tetapi jika sebaliknya, ada manusia yang masih tidak putus-putus berdoa dan ia amatlah baik, namun tidak kurang juga bertindak mengatakan bahawa Allah tidak mengasihi dirinya, tidak adil kerana memberi nikmat kepada mereka yang lain dan sebagainya.


Suatu perkara kita kena ingat adalah mustajabnya doa kita adalah mengikut susunan Allah kerana Dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri kita sebagaimana firman-Nya, “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (QS 2:216)


Segala penyusunan yang manusia buat meski dia anggap yang terbaik untuk dirinya, namun pengetahuan Allah lebih luas dalam segala perkara terutama yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Oleh itu, kadangkala Allah beri apa yang kita tidak pinta dan boleh jadi tidak kita suka namun ia amatlah baik buat diri kita.


Tambahan lagi, jika Allah tangguhkan permintaan kita, sebenarnya Dia ingin kita berterusan meminta kepada-Nya kerana amat menyukai rintihan yang menggambarkan kerendahan hati pada-Nya. Mungkin juga jika Allah makbulkan permintaan kita secara serta-merta kita akan mudah lupa pada-Nya terutama selepas mendapat nikmat. Maka di sini sebenarnya terselit kasih sayang-Nya kepada kita dengan tidak mahu kita berjauhan dengan-Nya.


Selain itu, jika teliti semula, bermula daripada kita dilahirkan hingga apa yang kita ada sekarang telah banyak berlalu nikmat-Nya kepada kita. Bahkan tidak terdaya untuk kita mengekspresiasi rasa syukur atas segala nikmat tersebut. Dalam  masa yang sama, ia tidaklah menghalang kita untuk meminta dan terus meminta kerana sesungguhnya Dia Maha Kaya...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

TUJUH RAMUAN UNTUK AKU HIDUP BAHAGIA...





Ramuan Pertama...

Aku yakin kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa sahaja ketentuan Allah ke atas diriku. Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untukku. Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik...



Ramuan Kedua...

Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana dan tiada siapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya...



Ramuan Ketiga...

Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan didalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik sama ada di dunia dan akhirat. Dengan itu aku tidak di himpit kerisauan dan keluh kesah...



Ramuan Keempat...

Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih...? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedihan, kerisauan dan keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tidak lena, makan tiada selera dan ibadah tidak bahagia...



Ramuan Kelima...

Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini Bukankah pepatah ada menyebut, ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya’.



Ramuan Keenam...

Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah saw pernah berdoa, “ Wahai Robb-ku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”


Ramuan Ketujuh...

Dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.


Sekadar pesan buat saudara semuslim...

Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah, Allah akan memeliharanya. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba. Setiap apa yang ditakdirkan oleh-Nya itulah yang terbaik. Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa dan tiada permusuhan kecuali ke atas orang-orang yang zalim...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...









Ahad, 22 Disember 2013

WANITA DAN RAMA-RAMA...





Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga, tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. 


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. 


Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. 


Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. 


Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. 


Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. 


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. 


Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. 


Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. 


Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. 


Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. 


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.



Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Sabtu, 21 Disember 2013

LAMAN SABAR...





Ini bukan untuk membandingkan tingkat kesabaran diantara nabi-nabi Allah, tetapi sebuah ilustrasi yang memudahkan kita untuk memahami jenis-jenis kesabaran.



Sabar ujian kesusahan Nabi Ayub as

Sungguh Ayub as seorang yang sangat sabar melawan godaan kesusahan yang bertujuan menguji keteguhan iman Baginda as? Allah swt telah menguji Baginda as dengan pelbagai penderitaan sakit fizikal luar serta dalam yang sangat dahsyat dan menjijikkan. Ujian ini terjadi hampir sepanjang usia Baginda as.



Sabar ujian kesenangan Nabi Sulaiman as

Sanggupkah kita sesabar Sulaiman as ketika Baginda as melawan godaan kesenangan dunia yang ingin menutup hati Baginda as? Bukankah kesenangan lebih mudah membuat kita melupakan Pencipta Kesenangan ? Sungguh Sulaiman as tetap teguh dalam keimanan, walau Allah swt menguji Baginda as dengan kerajaan yang besar, pasukan yang besar, kekayaan yang melimpah, isteri yang cantik dan sebagainya.



Sabar ujian kemaksiatan Nabi Yusuf as

Hamba sahaya mana yang sanggup menolak godaan wanita yang memiliki kekuasaan dan cantik rupawan, kecuali seorang Yusuf as. Dialah yang sanggup mengatakan tidak pada Zulaika ketika Allah swt menguji kesabaran Baginda as untuk berbuat maksiat bahkan ketika Allah telah menyediakan jalan yang memudahkan Baginda as untuk berbuat maksiat.



Sabar ujian ketaatan seorang Nabi Musa as

Inilah kesabaran seorang Musa as yang mengeluarkan tenaga keberanian Baginda as namun tetap teguh ketika berkali-kali ia mengajak Firaun untuk bertaubat. Ujian ketaatan bukan sesuatu yang datang seperti ujian kesusahan atau kesenangan, tidak pula merupakan pilihan seperti pilihan berbuat maksiat atau menolak maksiat. Ujian ketaatan adalah ujian yang diciptakan sendiri oleh seorang manusia di jalan Allah swt akibat keinginan yang kuat untuk menjalankan perintah dan larangan Allah swt, atau kerana ingin amar makruf nahi munkar atau kerana ingin sekadar beribadah secara lebih baik. 



Demi Allah!!! sungguh memerlukan kesabaran yang luar biasa ketika kita sedang berjuang ingin istiqamah mendirikan solat secara khusyuk atau ketika kita ingin memperjuangkan hak-hak umat Islam... 



Sebagai catatan tambahan :

Ciri-ciri kesabaran :

1. tidak terburu-buru mengambil keputusan

2. teguh dengan tujuan yang ditetapkan

3. tuntas sesuai kemampuan

4. tidak mudah pasrah

5. hati tetap senang ketika diuji



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Jumaat, 20 Disember 2013

DIA TETAP SEORANG HAWA...





Dia tetap seorang hawa...



Dan seorang hawa masih memerlukan seorang adam untuk membimbingnya. tapi bagaimana? si lelaki berfikir sejenak...



Pada pandangannya wanita itu perlu dihormati, bukan sekadar disayangi. hormat itu daripada akal. Sayang itu daripada perasaan. Akal akan sentiasa rasional dan kembali meletakkan sesuatu pada hakikat, pada kebenaran. 
Perasan pula selalu berubah-ubah malah kadang-kala terdorong nafsu.


Dengan menghormati wanita, seorang lelaki telah meletakkan wanita pada satu tahap yang tinggi, yang disarankan oleh Islam. Menyayangi wanita itu pula lebih banyak mudarat dari kebaikan.


Lihatlah anak muda sekarang, mudah benar menghamburkan kata sayang antara lelaki dan perempuan. Lelaki berbangga dapat memiliki seorang perempuan, dan seorang perempuan pula bangga dirinya dimiliki oleh seorang lelaki...


Rendahkah martabat dan maruah wanita sehingga begitu mudah dijinakkan hanya dengan rupa, harta dan kata-kata manis?


Rendahkah nilai wanita jika hanya dimiliki untuk dijadikan lambang kemegahan...?


Tidak. wanita itu mulia. Wanita ada harganya yang tersendiri dan dengan menghormati wanita, harga wanita akan kembali mahal, baik di sisi manusia atau Ilahi...


Sesungguhnya kita adalah makhluk yang hebat dan dengan itu kita penuh sedar bahawa menjadi hebat itu perlu pikul tanggungjawab berat....



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

WARKAH BUAT PEMILIK RUSUK KIRI...





Assalamualaikum wbt...


Kehadapan pemilik rusuk kiri ku, semoga ketika ini kau sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta dan di bawah lindungan redha pemilik segala yang ada di bumi dan di langit.


Sengaja aku menuliskan surat ini semata-mata sebagai peringatan kita bersama bahawa cinta itu bukan di tangan kita, tetapi di tangan Sang Pencipta.


Mungkin kini kau merasakan jarak, masa dan urusan dunia telah memisahkan kita. Tapi ingatlah, Jarak bukan alasan untuk kita berkasih. Masa bukan alasan untuk kita merindu. Dan urusan dunia bukan alasan untuk kita bercinta.


Ketahuilah bahawa cinta tidak pernah bersalah, kerana yang bersalah ialah pengendali cinta. Malah cinta itu bertamu tanpa diundang. Kerana itu cinta perlu dikendali dengan baik. Dilawan, sengsaralah jiwa. Dilayan, matilah jiwa.


Kendalikan cinta dengan sebaiknya. Andai cinta tidak didasarkan pada cinta dan keredhaan Allah, maka sia-sia sahaja ucapan cinta yang diluah. Malah mungkin sahaja cinta itu yang akan membuatkan diri kita jatuh ke lembah hina. Malah mendekatkan kita dengan azab-Nya. Nyahkan cinta seperti itu dari hidup kita.


Junjunglah cinta Allah dan Rasul di atas setiap gerak geri agar cinta selain itu ikut serta dalam lindungan-Nya.


Mungkin kau tertanya apakah yang harus dilakukan untuk mendambakan cinta dari manusia soleh andai cinta tidak diluah dan rindu tidak disemai.


Jawapanku mudah. Sudah lupakah kau pada ayat suci Al-Quran, “Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”


Tetapkan hati dan yakin sepenuh jiwa bahawa janji Allah itu benar. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Cintailah manusia kerana Allah, bukan cintai Allah kerana manusia.


Seperkara yang penting, manusia sudah pasti tiada yang sesempurna malaikat. Jika kau mendambakan sempurna tiada cela dan cacat, sebenarnya kau telah tertipu. Malah hakikat pernikahan adalah untuk saling menampung yang kurang dari pasangan. Redhalah bahawa aku bukanlah lelaki sempurna. Begitu juga aku redha kau adalah wanita yang tidak sempurna.


Kerana apa aku mengharapkan pernikahan menjadi pengikat antara kita?


Kerana tiada jalan lain yang lebih suci dan bersih selain jalan ini untuk menghalalkan sesuatu hubungan antara dua jantina berbeza.


Mungkin kau menduga bahawa jalan ini sukar dan penuh liku. Ya, aku akuinya. Memang ia sebuah jalan yang penuh liku. Kerana tiada sebuah kebahagiaan pun yang ingin digapai tanpa dibasahi peluh dan dicalari duri. Untuk memperoleh syurga Allah pun perlu mengorbankan harta dan jiwa.


Jadi bersabarlah menghadapi kepahitan terlebih dahulu kerana aku yakin dipenghujungnya pasti kau akan temui kemanisan.


Marilah kita merealisasikan impian mahligai perkahwinan. Kerana hanya dengan perkahwinan, hati kita menjadi satu. Janji kita menjadi jitu. Dan cinta kita menjadi padu. Kemudian pasti datang menerpa kita sakinah, mawaddah dan rahmah. Aku yakin kerana janji Allah tidak pernah dimungkiri.


Pesan terakhirku buat pemilik tulang rusuk kiriku, bagaimana mungkin rumah yang cantik dan besar dibina di atas tapak yang rapuh dan goyah. Begitu juga pernikahan yang suci dan mulia mana mungkin terbina atas dasar cinta yang palsu dan menipu. Kerana itu aku takut berjanji, kerana aku bimbang tidak mampu menunaikannya. Kita hanya merancang, keputusan tetap di tangan-Nya.


Yakinlah. Insya Allah.


Yang benar,
Lelaki tidak sempurna.




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

AIRMATA SOLEHAH II...





Ku mulakan tulisan ini dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, keluarga Baginda saw juga sahabat Baginda saw..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan nikmat kesihatan dan kecerdikan untuk aku melanjutkan pena penulisanku di sidang blog yang menjadi wadah dan wasilah aku melebarkan sayap dakwah. Moga-moga Allah swt merahmati sedikit usaha ini. Amiin.. Insya Allah.


Seperti yang saudara-saudara semuslim sedia maklum, entry ‘Airmata Solehah’ terdahulu telah aku kupas dan kali ini dengan sedaya upaya, aku akan kupaskan sedikit lagi agar ia mampu ‘menjentik’ hati-hati yang terkadang terleka dengan ujian kebahagiaan. Kebahagian mahu pun kedukaan adalah ‘hadiah’ (ujian) dari Allah swt, namun sejauh manakah kita menghadapinya. Kedukaan yang sentiasa buat kita menangis, mengharap, merintih, merayu, meratap dan meminta rahmat, barakah, kasih dan cinta dari Allah swt. Airmata yang seiring doa membuatkan kita kuat menghadapinya. Namun, samakah perasaan dan tindakan kita, apabila .kita menghadapi kebahagiaan...? Renungkanlah…bertanyalah di hati (tempat tumpuan Allah, andai hati kita bersih) yang paling dalam agar kita tahu jawapannya.


‘Airmata Solehah’ sebuah tajuk yang mungkin bersifat ‘tersorok’ jauh beremosional pada para pembaca namun ia adalah hakikat kenyataan yang berlaku dalam kehidupan harian seorang wanita (mujahidah) dan perlu di ketahui oleh para mujahidin yang ingin menegakkan panji-panji Islam. Melihatkan dilema dan masalah-masalah yang dianggap ‘biasa’ yang di hadapi oleh muslimah pada hari ini, aku rasa terpanggil dan berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang bersifat ‘penulisan’ dari hati. Semoga ia mampu sampai ke hati orang yang membacanya..amiin... Dan tajuk ini, aku tujukan khusus buat saudara-saudara semuslim yang aku sayangi juga semua sahabat seangkatan yang mengalami situasi sama untuk merenung seketika perjuangan kita dan memperbaiki segala yang telah rabak. Moga-moga segalanya di rahmati Allah…amiin…


Pertamanya, aku ingin sekali mengajak kalian untuk menghayati seketika firman Allah swt yang termaktub dalam kitab al-Quranul Karim,

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Robb mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS 4:1)


Begitulah hakikatn ciptaan Allah swt yang berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, betina dan jantan. Hakikat yang saling melengkapi ibarat ‘kunci’ dan ‘mangga’ seindah Adam dan Hawa. Hawa yang bersifat lembut hati rendah budi pekerti mampu menenangkan mendamaikan hati sang suami tercinta.. Tenanglah hati seorang suami di sisi seorang wanita (isteri) yang telah diizinkan dan ditakdirkan Allah swt kepadanya.


Subahanallah…


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadir mu melengakap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yg biasa
Malah adam turut sunyi tanpa hawa

Akal mu senipis binaan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kakai untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk di junjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi..

Mana mungkin lahirnya banyangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang di bentuk
Kaulah wanita…
Engkaulah wanita istimewa….

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukanya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..
Engkaulah wanita istimewa..

Sinarilah insan istimewa
Bawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikkan…


Lagu : Wanita
Munsyid : Dehearty


Aku ingin bertanya, layakkah seorang wanita yang belum di ijab kabul menjadi penenang kepada hati (lelaki) yang belum tentu di janjikan untuknya...? Dan juga layakkah seorang lelaki yang belum mengakad nikahkan seorang wanita, mendampingi seorang wanita demi mendapatkan rasa ketenangan itu...? Adakah syariat mengizinkannya...?? Teringat akan sebuah cerpen berbahasa asing, di dalamnya terselit sebuah teguran dari seorang ibu kepada anak yang di kasihinya..:


"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah pbuh has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."


Hati ini bagai di ‘palu-palu’ dengan kata-kata yang di lontarkan dari hati seorang wanita yang bernama ibu. Benarlah katanya. Sebuah hubungan yang tidak dibenarkan di antara lelaki dan perempuan walau dalam keadaan niat yang baik sekali pun melainkan dengan ikatan ‘suami isteri’. Disitulah barakah-Nya Terimalah ini dan janganlah kita mengingkarinya. Bagaimana mahu melahirkan sebuah rumahtangga yang bahagia (bait al-Muslim), anak-anak yang soleh wa solehah, jika ‘anak tangga’ yang pertama telah dipijak dengan sepatu yang kotor...? Sudah tentu anak tangga yang lain juga terpalit kotornya.


Maafkan aku jika istilah ini aku ulangi sekali lagi, ‘Ikhtilat muslimin muslimat’, (siapa yang termakan cili terasa pedasnya). Sedarkah kita, bahawa “lelaki dikurniakan 9 akal dengan 1 nafsu’ dan wanita “di kurniakan 9 nafsu dengan 1 akal”. Akal yang bersifat ‘logik’ dan nafsu yang bersifat ‘perasaan’, maka lengkaplah kita jika telah di lengkapkan oleh Allah swt bertemu dalam halaqah cinta-Nya yang teragung lagi suci.


Saudara-saudara semuslimku...


“Akalmu senipis binaan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh”



Aku meminta, sentuh seketika sehelai rambutmu, dan tariklah ia, jika ia putus, maka itulah wanita dan lalu ambillah sekeping kaca, balinglah ia, dan jika ia pecah, maka itulah juga wanita. Bukan aku ibaratkan rambut dan kaca itu wanita, sedangkan Allah yang Maha Sempurna telah meletakkan wanita di tempat tertinggi, tetapi aku ingin khabarkan, ‘putus’ dan ‘pecah’, itulah gambaran hati seorang wanita. Wanita hiasan duniawi yang teramat lembut jiwanya. Mudah tersentuh jiwanya dengan pujukan dan kata-kata yang dianggap ‘biasa’, tetapi itulah racun paling berbisa. Andaikata, lebah itu berbisa, itulah bisa yang telah membunuh hati sekalian wanita. Bisa yang berbisa hingga mampu menyemarakkan dan membunga-bungakan hatinya sampai jatuh ke lembah ‘kemaksiatan’ yang paling durjana. Salahkah wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal? Itulah yang telah termaktub buat wanita. Dan wanita menerima seadanya. “9 nafsu dan 1 akal” yang memerlukan pedoman dan panduan dari Allah swt, perlukan sokongan dan ketulusan dari hati seorang lelaki yang bergelar suami, bukan yang bergelar ‘sahabat seperjuangan’.


Seorang muslimat yang menjaga akhlak akan menjaga pergaulannya dan bila ada muslimin yang ingin mendekati, dia akan berkata,  "Aku bukan menolakmu ‘sahabat seperjuanganku’(lelaki), jauh sekali membencimu. Aku tahu engkau ingin menjagaku kerana engkau adalah pemimpin ke atas wanita, tetapi caramu salah. Caramu tidak selayaknya buat diriku yang belum bergelar, bahkan mungkin bukan isterimu. Perbaiki dan muhasabahlah dirimu dengan lembut dan bantulah aku untuk dekat dengan-Nya. Aku damba kasih dan perhatian-Nya, bukan kasih dan perhatianmu..inilah aku (wanita). Tolonglah mengenali aku seadanya kerana aku telah sedaya upaya mengenalimu (lelaki), walaupun aku jahil tentang itu”


Inilah sebenarnya ungkapan yang terlontar dari hati seorang wanita kepada lelaki yang bukan mahramnya...


Saudara-saudara semuslimku pasti biasa mendengar ungkapan...


"Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk di junjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi.."



Wanita lemah, rapuh dan imannya terkadang goyah perlukan bimbingan menuju Ilahi, bukan galakkan kemaksiatan. Bagi wanita, jika ada lelaki (bukan suaminya) yang mengambil berat tentangnya (sms (melainkan mesej urusan kerja), bertanya khabar), dia merasakan diri di pandang lelaki dengan penuh cinta dan merasakan bahagia. Tambahan, jika perbuatan ini kerap di amalkan, mungkin seminggu sekali atau berkali-kali. Setiap wanita akan berfikir, “Kenapalah dia selalu mesej aku? Tanya khabar saja kot?(iman berbicara). Takkan tanya khabar seminggu sekali (nafsu menguasai). Ni mesti ada apa-apa ni. Aku yakin!”


Wanita, punya jiwa yang sentiasa di penuhi ‘nafsu’ dan jarang sekali menggunakan akalnya yang 1. Namun, wanita yang bermujahadah jualah yang beruntung. ‘Husnuzon’, sukar bagi seorang wanita ber’husnuzon’ dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya, melainkan mudah baginya ber’husnuzon dengan sahabat sejantina dengannya. Salahkah wanita dengan hakikat dirinya “9 nafsu dan 1 akal”? . Barangkali lelaki akan berfikir, “perempuan ini SS (syok sendiri)..” tidak! maka melesetlah tanggapan itu kerana kalian (lelaki) masih tidak mengenali hati seorang wanita. Kenalilah wanita, kerana inilah hakikat seorang wanita.


Saudara-saudara semuslimku yang aku kasihi...


Wanita mendambakan perhatian, kasih sayang, tumpuan, pujukan, kecintaan, sifat kepertanggungwajaban seorang lelaki dan bila mana ada lelaki yang mampu memberikan semua ini, maka luluhlah hati seorang wanita, terasa damailah dan dengan serta merta diri mereka merasakan dihargai. Wanita teramat lemah apabila ada lelaki yang sudi menghulurkan pertolongan ibarat ‘tangannya’ yang haram disentuh untuk membimbingnya. Ya! memang juga salah wanita, kerana memberi ruang kepada lelaki untuk di dekati hatinya. Tapi, wanita lemah selemahnya. Walaupun wanita cuba sedayanya untuk menjauhi lelaki, tetapi wanita tidak sanggup melihat lelaki yang dihormatinya terluka justeru mengizinkan jua ‘kemaksiatan hati’ terus berleluasa. Maafkanlah diri wanita yang lemah dan penuh dosa ini. Wanita jahil dalam mentafsir hidupnya jauh sekali mentafsir hati seorang lelaki yang bersifat logik yang ingin membela diri wanita yang lemah dan hina ini. Maafkanlah wanita yang tidak mampu berfikir jauh lebih baik dari seorang lelaki... kerana mereka teramat lemah. Ketahuilah wahai mujahidin, wanita (muslimah) sering menangis meratapi hati dan diri yang di penuhi dosa. Jiwa dan raga yang di penuhi noda. Hati dan jiwanya yang telah menjadi 1, lalu di wakafkan di jalan Allah swt di nodai oleh dirinya sendiri yang lemah lagi hina di sisi Allah swt.


Firman Allah swt, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman “ Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”
(QS An-Nur: 30)


Allah Maha Suci, sedangkan kita penuh terpalit dosa dan noda. “Ikhtilat muslimin muslimat” yang tidak terkawal telah membawa lelaki dan wanita jauh dari landasannya malah membawa insan jauh dari keberkatan-Nya. Jika ini berlanjutan, bagaimanakah ‘bait al-muslim’ yang didambakan akan direalisasikan? Adakah dengan tangan seorang insan yang bernama mujahiddin dan mujahidah yang benafsu serakah? Dan inilah sumber yang melahirkan penyakit yang bernama ‘masalah hati’ bagi wanita dan lelaki yang belum terijab kabul. . Istilah ‘Husnuzon’. Ku ingin ulangi, sukar dan mustahil bagi seorang wanita ber’husnuzon’ dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya, melainkan mudah baginya ber’husnuzon dengan sahabat sejantina dengannya. Masalah hati yang bukan berskopkan tamak, dengki, ujub, takbur mahu pun benci sesama muslim, tetapi ia melewati masalah hati yang telah ternoda oleh perbuatan manusia sendiri. Betapa sukarnya bagi wanita untuk menghadapi perkara yang di anggap ‘biasa’ bagi lelaki. Sikap mengambil berat yang melebih-lebih dan kadangkala perhubungan diantara muslimin muslimat yang melepasi batas sebagai seorang adik dan abang, mampu membawa keduanya ke lembah cinta manusia yang paling hina. Cinta yang bersalut noda. Adakah ini yang kita mahukan? Mampukah manusia mengawal perasaan? Ingatlah, kita (penegak agama Allah) ini sering diuji dengan hati, kerana hati adalah medan petempuran yang paling lemah. Mudah goyah dan rebah. Mudah runtuh, jika tembok yang di bina tidak kukuh.


“Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikutlah iman, maka amanlah jiwa".


Saudara-saudara semuslimku yang baik hatinya... 


akhir kata, hayatilah luahan dari hati seorang insan lemah bernama wanita ini...


Wahai Mujahid penegak agama Allah swt... 

Kami memohon, hormatilah pendirian kami sebagai wanita. Tolonglah... jangan beri kami apa-apa harapan... Tolonglah beri perhatian yang sewajarnya sahaja buat kami, bukan perhatian yang kalian anggap ‘biasa’ antara kalian kaum lelaki, tetapi teramat luar biasa bilamana hati kami mentafsirnya. Hati kami terlalu lemah untuk semua ini. Hati kami perlu di jaga kerana hati kami terlalu mudah lembut dengan pujukan, rayuan dan harapan mahu pun perhatian yang di berikan. Kami tidak perlukan semua ini dari kalian. Cukuplah cinta-Nya, bukan perhatian kalian. Perhatian kalian, hanya membuatkan kami leka, lalai dan akhirnya ada yang kecewa. Kami tidak mahu jadi kacang yang lupakan kulit. Jauh di hati kami, kami amat berterima kasih di atas perhatian yang kalian berikan, tetapi biarlah sederhana dan izinkanlah kami menjadi ‘jumud’ seketika, demi menjaga hati yang senipis rambut ini daripada terputus kerana kami tidak mahu mengkhianati bakal suami kami. Barangkali, di antara kalian ada yang bakal menjadi imam kami. Kami ingin bertanya, "Adakah kalian masih mahu hati kami yang telah di cemari oleh lelaki lain dan kalian hanya mendapat sisa-sisa dari lelaki lain...?" Sudah tentu tidak bukan...


Maka tolonglah... kami perlu bimbingan. Kami ini bengkok, iman kami pula senipis rambut dan hati kami pula serapuh kaca. Sanggupkah kalian melihat kami menangis lantaran kebodohan kami dalam mentafsir kasih dan perhatian kalian? Kami tidak mampu menjadi seperti kalian yang sentiasa kuat menghadapi ombak dan badai walaupun memang itulah kekuatan yang kami dambakan dalam diri kami. Kami sedih dan kecewa dengan keadaan hati kami. Keadaan hati yang sudah hilang cahaya. Hati yang diajak berbicara, sudah diam membisu tidak berkata. Memang salah kami memikirkan yang bukan-bukan, tetapi inilah hakikat yang perlu di fahami lelaki, apabila wanita di kurniakan 9 nafsu dan 1 akal.. fahamilah kami...


Cubalah memahami kami, kerana kami adalah pembantu sayap kiri kalian. Jangan buat kami begini, kami lemah dan hilang harapan jika kalian terus menyiksa jiwa kami. Bantulah kami untuk menjaga hati kami, kerana sesungguhnya kami sebenarnya ingin menjaga hati kalian (lelaki) dari terleka dan terlalai terhadap kami. Sesungguhnya, kami sangat perlu dan terpaksa menjadi wanita ‘jumud’ dalam perhubungan ini, demi kerana kami dambakan keredhaan-Nya.



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Isnin, 16 Disember 2013

AIRMATA SOLEHAH...





Siapa yang mengerti tentang hati wanita seperti kami. Hanya Allah swt yang Memahami...


Manusia tidak mampu mendalami kecintaan, ketaatan dan jiwa kami yang sentiasa merindu Kasih-Nya. Adakah mereka tahu, kami menangis...


Hati kami menangis kerana dosa dan noda manusia...


Hati kami kecewa... tolonglah... kami perlu bimbingan, bukan galakkan kemaksiatan...


Mereka juga tahu bertapa sucinya hati kami. Hormatilah pendirian kami...


Hati kami perlu di jaga kerana hati kami terlalu mudah lembut dengan pujukkan, rayuan dan harapan yang di berikan. Tolonglah... jangan beri kami apa-apa harapan. Kami tidak perlukannya...


Kami cuma mahu cinta-Nya, bukan perhatian mereka. Perhatian mereka, hanya membuatkan kami leka, lalai dan akhirnya ada yang kecewa...


Tolonglah... kami perlu bimbingan. Kami sedih dan kecewa dengan keadaan hati kami. Hati yang sudah hilang cahaya. Hati yang di ajak berbicara, sudah diam membisu tidak berkata...


Fahamilah kami, kerana kami adalah pembantu sayap kiri mereka. Jangan buat kami begini, kami lemah dan hilang harapan jika mereka terus menyiksa jiwa kami. Bantulah kami untuk menjaga hati kami, kerana sesungguhnya, kami sebenarnya ingin menjaga hati mereka dari terleka dan terlalai terhadap kami...

Semoga kita menjadi seorang insan yang sangat menjaga hati, kerana disitulah tempat tumpuan Kekasih hati, Allah swt...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

UJIAN DAN HALANGAN...





Aku mahu sentiasa mencintai, meratapi , menangisi sebuah kehidupan yang pasti ada kesudahan...


Hatiku yang sentiasa di lewati duka dan nestapa, rindu dan bahagia telah meragut segenap jiwaku untuk menanti-Nya...


Kadar sebuah duka yang tidak tertanggung dibayar tunai oleh kasih yang menggunung...


Kudus kasih ini pasti di meterai perpisahan yang hakiki, namun, kukuh cinta ini bertemu Kasih pasti...


Aku tidak akan tega lagi melatah dan meraung sakitnya melukakan segenap jiwa...


Aku akan terus meredah laut duka dan bahagia ini demi cinta-Nya, walau badai lautan menghentam aku karam...


aku lemas...


Namun teguh hati ini tidak meranapkan kecewa kesakitan...


Aku tetap menanti dan menadah cinta-Nya, walau setitik jiwaku hitam kelam...


Jurai air mata ini tidak dapat aku tahan, umpama hujan meratap pilu dosa yang aku lakukan...


Ya Robb...ampunkanlah dan maafkanlah diri hamba Mu yang penuh dosa ini...



Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Khamis, 12 Disember 2013

BACALAH DENGAN HATI...





“ALHAMDULILLAH… dia dah meninggal”, begitu ungkapan ahli paramedik yang datang dengan ambulan ke hotel tempat aku menginap di Madinah Al Munawwarah sebaik memeriksa denyut nadi isteri Haji Seman di bilik mereka. Aku pergi kepada Haji Seman dan berbisik di telinganya mengkhabarkan pemergian isteri beliau kerana aku kira dia tidak faham ungkapan itu yang disebut dalam Bahasa Arab.


Sebak Haji Seman tidak dapat ditahan, langsung bercucuran airmatanya ke bahuku. Hening pagi Jumaat itu begitu mendamaikan walau pun rancangan asal aku nak berqiamullail di Masjid Nabawi bersama Haji Seman pada jam tiga pagi tergendala lantaran kematian isterinya. Sempat aku memandang wajah isteri beliau di pembaringan yang seakan tersenyum tenang sewaktu jenazahnya diangkat ke ambulan untuk disahkan kematiannya di hospital.


Tiga hari sebelum itu sewaktu di KLIA aku sempat berbual dengan isteri Haji Seman yang juga rakan kepada ibuku. Memang lembut tutur katanya meminta aku tolong tengok-tengokkan dia dan suaminya sebab dia tidak begitu sihat. Aku diberitahu yang dia ada darah tinggi dan kencing manis. Hanya setibanya kami di Karachi, Pakistan sewaktu transit dalam perjalanan pergi baru aku diberitahu oleh Haji Seman perihal isterinya yang baru menjalani pembedahan mata buat kali ke-8.


Kami transit dua hari satu malam di Karachi. Pada pagi hari kedua, Haji Seman meminta aku tolong carikan klinik untuk memeriksa keadaan isterinya yang muntah setiap beberapa jam selepas makan semenjak dari KLIA. Aku beritahu doktor yang memeriksa makcik ini ada darah tinggi dan kencing manis. Hasil pemeriksaannya mengatakan keadaan makcik stabil termasuk tekanan darahnya. Rumusan doktor mengesyorkan kami mendapatkan ubat mabuk penerbangan dari farmasi kerana keadaan makcik tidak serius.


Sesampai di Jeddah, kesemua 99 jemaah Umrah bersamaku dijamu dengan makanan yang telah siap dibungkus oleh pihak katering muassasah. Makcik yang semakin lesu dalam perjalanan masih cuba menyuap nasi yang disediakan, namun selepas beberapa jam dalam perjalanan kami menuju ke Madinah, dia muntah lagi. Mujur suaminya Haji Seman sentiasa disisi melayani makcik dengan penuh kasih sayang meskipun mereka sudah berpuluh tahun hidup bersama.


Kami sampai di Madinah yang bercahaya pada awal pagi Khamis. Selesai semua jemaah aku aturkan bilik masing-masing, Haji Seman mengajak aku cari klinik untuk memeriksa isterinya sekali lagi. Mahu sahaja aku setujui permintaan Haji Seman sewaktu kami pulang dari solat subuh di Masjid Nabawi, tetapi oleh kerana kami semua kepenatan akibat perjalanan yang meletihkan, aku mencadangkan agar makcik dibiarkan istirehat dahulu sambil memakan ubat mabuk yang dibeli sewaktu di Karachi.


Selepas asar aku menuju ke klinik berhampiran bersama Haji Seman, tetapi doktor yang bertugas tidak ada. Pembantu klinik mencadangkan kami terus ke hospital sekiranya keadaan serius. Haji Seman mengalah untuk tidak ke hospital kerana keadaan isterinya tidak nampak terlalu serius. Aku teringat sebuah hadis yang diceritakan oleh Mutawwif kami tentang khasiat Kurma Nabi, lalu aku cadangkan Haji Seman membeli sedikit Kurma Ajwa untuk diberikan kepada makcik.


Sewaktu makan malam di hotel sesudah solat Isyak, aku bertanyakan khabar makcik dengan Haji Seman. Alhamdulillah dia sudah makan tiga biji dari keseluruhan tujuh biji yang aku cadangkan untuk dimakan berdasarkan Hadis Rasulullah saw berkenaan khasiat Kurma Nabi untuk menawar penyakit dalam perut. Haji Seman turut bercerita berkenaan keputusannya membawa isterinya untuk Umrah kali ini kerana nazarnya sewaktu Umrah sebelum ini yang berhasrat mahu membawa makcik seandainya pembedahan mata kali ke-8 berjaya memulihkan pandangannya yang semakin hilang.


“Anak-anak ada yang kurang setuju saya bawa mak dia kali ini sebab baru sebulan matanya dibedah. Tapi Alhamdulillah saya nekadkan juga sebab memang kali ini pandangan matanya bertambah baik”, ujar Haji Seman. “Lagipun kali ini memang saya bernazar, jadi saya fikir inilah kesempatan terbaik untuk saya Umrah berdua dengan makcik”, tambah Haji Seman yang sudah mencecah usia 60-an pada masa itu sambil tersenyum.


Dari hospital aku dan Haji Seman dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan kematian sambil menyerahkan passport makcik. Kami akhirnya solat subuh pagi Jumaat itu dibalai polis berkenaan. Sambil menunggu laporan disiapkan, Haji Seman menyatakan kebimbangan bagaimana urusan penyelenggaraan jenazah makcik harus diaturkan sebab kami orang Terengganu yang sedang bermusafir di bumi Madinah yang bertuah.


Aku bertanya kepada Sarjan yang bertugas dan jawapannya begitu mudah. “Tak mengapa, jangan risau… segala urusan jenazah ini akan ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi”. Lalu aku bertanya lagi, “apa yang kami sebagai ahli keluarga makcik ini perlu lakukan?”. Sambil tersenyum Sarjan berbangsa Arab itu menjawab, “duduk dulu, nanti saya buatkan teh. Lepas ini kami hantarkan ke tempat urusan jenazah, ok?”.


Kereta peronda polis yang membawa kami ke tempat urus jenazah meluncur sesudah selesai urusan di balai. Sesampai di situ, aku bertanya kepada lelaki pertengahan umur yang menguruskan tempat itu berkenaan sebarang bayaran urusan yang perlu. “Tidak… tidak… tidak ada sebarang bayaran. Semuanya ditanggung pihak kerajaan” ujarnya menolak sebarang pemberian wang kerana Haji Seman dilihatnya sedang mengeluarkan beberapa ratus riyal dari dompet.


“Sebelum Zuhur hari ini, jenazah akan dibawa ke masjid. Duduklah berehat sahaja di sini sebab hari ini Jumaat. Pergi sahaja ke Masjid dengan jenazah kerana pastinya Masjid Nabawi akan penuh”, begitu cadangan Tuan Pengurus Pusat Pengurusan Jenazah Madinah Al Munawwarah kepada kami. Jam di dinding baru menunjukkan lewat 9:30pagi. Kami memutuskan untuk terus sahaja berada di situ mengikut cadangan Tuan Pengurus.


Haji Seman duduk di sebelahku. Beberapa minit kemudian, Tuan Pengurus keluar dari pejabatnya sambil membawakan dua gelas teh susu panas untuk kami berdua selain dua botol air mineral sejuk. Setelah Tuan Pengurus beredar aku bertanya kepada Haji Seman bagaimana keadaan makcik sebelum meninggal. Haji Seman tenang bercerita yang dia sendiri tidak nampak sebarang kelainan pada diri makcik malam itu selain kelesuan mabuk kapal terbang dan muntah segala makanan yang dimakannya.


“Malam tadi balik dari Isyak, saya bagi kurma Ajwa kepada makcik”, tutur Haji Seman memulakan cerita. “Saya tengok dia nampak lemah, jadi saya suapkan. Sempat habis tiga biji, saya berikan air zam-zam yang saya ambil di Masjid tadi. Alhamdulillah lepas itu dia baring semula sambung berehat. Tengah malamnya saya terjaga sebab nak tengok kalau-kalau makcik muntah lagi. Nampaknya dia rehat saja. Saya ke bilik air, bila saya selesai makcik dah terjaga. Dia tanya saya, abang sejuk ke? Kalau sejuk matikan aircond bukakan tingkap. Saya matikan aircond dan bukakan tingkap sebab saya kira mungkin dia yang tak tahan aircond”, sambung Haji Seman.


“Awak nak minum air?” Haji Seman bertanya kepada makcik. “Boleh juga”, jawab makcik ringkas. “Saya ambilkan jus oren dan bagi dia lepas saya bukakan penutupnya. Dia minum separuh saja”, cerita Haji Seman kepada aku bersambung lagi. “Lepas minum, makcik panggil saya duduk di birai katil sebab dia nak baring di pangkuan saya. Kami berbual kosong perihal anak-anak dan lain-lain pengalaman berumahtangga sejak mula berkahwin sambil diiringi ketawa kecil. Berborak suami isterilah kan…” terserlah senyum Haji Seman sambil bercerita.


“Dia tak muntah lagi lepas tu?” tanyaku menyelangi cerita Haji Seman. “Alhamdulillah memang tak muntah lepas makan kurma Ajwa sama air Zam-zam” jawab Haji Seman melayan soalan aku. “Kami terus berbual hingga jam 2:30 pagi. Lepas tu saya bagitau makcik yang saya bercadang nak qiamullail sambil nak mendoakan agar dia terus sembuh sebelum saya ke bilik air semula. Saya letakkan semula kepala makcik atas bantal. Saya tengok dia macam biasa je… sempat dia senyum sebelum saya masuk bilik air”. Suara Haji Seman seakan tersekat di kerongkong apabila ceritanya sampai di sini.


“Bila saya keluar dari bilik air, saya tengok makcik tidur… saya biarkan saja sambil bersiap nak ke Masjid macam yang kita janjilah kan…” Haji Seman mengungkit janjinya untuk qiamullail di Masjid Nabawi bersama aku. “Hampir jam tiga pagi saya tengok makcik macam tidur, tetapi saya tak nampak macam dia bernafas. Saya panggil dia tapi dia diam tak jawab. Saya gerakkan dia pun tak ada jawapan…” Haji Seman berhenti sekali lagi dari bercerita.


Aku terdiam sejenak sambil berdetik di hati kecilku betapa romantiknya pasangan tua ini sehingga hujung nyawa si isteri. Beruntungnya Haji Seman beristerikan makcik ini. Tegar makcik berbual di pangkuan suami sambil bercerita dengan ceria demi mengembirakan lelaki pujaan hatinya meskipun ajalnya bakal berselang selepas beberapa ketika. “Ini benar-benar kisah Cinta bersulam CINTA Sang Pencipta” ujar hatiku berbisik sendiri.


“Macamana nak usung jenazah ke liang lahad nanti? Siapa yang gali liang? Siapa yang akan tolong kita nanti?” bertalu soalan Haji Seman kepada aku. Meskipun aku tak punya jawapan yang pasti, dengan yakin aku menjawab, “Takpe Haji… Insya Allah semuanya akan tersedia. Aku jadi begitu yakin kerana segala urusan setakat ini begitu lancar tanpa sebarang masalah malah terasa seakan kami dimuliakan sepanjang urusan dengan layanan yang ramah dan mesra. Memang terasa nak sangat bertanya kepada Haji Seman apa agaknya amalan makcik semasa hidupnya sehingga matinya begitu?


Jam 11:30 pagi, kereta buggy yang membawa jenazah sampai di pusat itu. Selesai jenazah diangkat ke atas kereta, kami berdua diajak ikut bersama menuju ke Masjid. Kami masuk melalui pintu Imam dan langsung di suruh duduk di dalam saf kedua meskipun pada masa itu Masjid sudah mula penuh. Bersungguh anggota polis menyuruh jemaah sedia ada memberikan ruang duduk untuk aku dan Haji Seman. Kami solat Jumaat berselang sebaris di belakang Imam Masjid Nabawi.


Selesai solat, bilal menyeru jemaah untuk solat jenazah. Sekali lagi kami terasa diberikan keistimewaan apabila Imam menoleh ke belakang dan bertanya, “wein sahibul janaiz?” (maksudnya - mana keluarga jenazah?). Kali ini Imam menunggu sehingga kami berdua berdiri betul-betul di belakangnya untuk menyembahyangkan jenazah makcik bersama puluhan ribu jemaah yang hadir solat Jumaat di Masjid Nabawi. Rasanya bagi sesiapa yang pernah ke sana, pasti nilai situasi ini sukar digambarkan perasaannya.


Selesai solat jenazah diangkat beramai-ramai menuju ke tanah perkuburan. Persoalan yang Haji Seman bimbangkan tentang siapa yang akan tolong usung jenazah terjawab sehingga aku dan dia sendiri terpaksa berlari sedikit mengiringi jenazah yang dipikul tangan-tangan para jemaah saudara seIslam dari seluruh dunia dengan begitu pantas sekali.


Keistimewaan urusan jenazah makcik tidak habis di situ. Aku dan Haji Seman terus mengiringi jenazah sehingga ke liang yang tersedia untuknya di dalam Perkuburan Baqi’. Ya benar… liang lahad makcik tersedia di kawasan perkuburan yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi’ yang bermaksud Syurga Baqi’ di kalangan ahli Madinah kerana di tanah perkuburan ini juga bersemadinya ramai sahabat-sahabat dan ahli keluarga seorang lelaki paling mulia pernah hidup di dunia bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH, pesuruh ALLAH yang disebut namanya di dalam kalimah syahadah.


Penggali kubur menghentikan jenazah dari terus diturunkan sambil berteriak, “wein sahibul janazah?”. Sekali lagi Haji Seman ditunggu untuk turun ke dalam liang menyambut jenazah isteri tercinta sebagai penghormatan buatnya bersama si isteri di dunia ini. Aku hanya memerhati di tepi liang lahad kali ini sambil hatiku terus meruntun mahu bertanya kepada Haji Seman apa sebenarnya amalan makcik semasa dia hidup bersamanya sehingga sampai begini mulia layanan ke atas jenazahnya.


Selesai sudah urusan jenazah makcik di bumi Madinah yang penuh barakah. Haji Seman meneruskan umrahnya dan melaksanakan umrah gantian untuk niat arwah isterinya. Aku diminta menemankan Haji Seman kerana dia rasa selesa kalau aku terus bersamanya. Di Makkah akhirnya aku tak mampu tahan keinginanku untuk mengetahui amalan atau sikap kehidupan arwah makcik bersama Haji Seman lalu aku mengajukan soalan.


“Haji, mintak maaf saya nak tanya ya… Arwah makcik dulu masa hidupnya selalu buat apa?” cetusku bertanya kepada Haji Seman pada suatu malam sewaktu kami pulang ke bilik hotel setelah selesai solat Isya di Masjidil Haram. “Hmmmm… entahlah. Tak ada yang terlalu istimewa kalau saya nak cerita. Arwah makcik tu orang biasa je”, agak kecewa aku dengar jawapannya tapi aku yakin mesti ada jawapan lain. “Cuma satu perkara yang saya rasa paling saya tak boleh lupa pasal arwah”, tambah Haji Seman. “Apa benda tu Haji?”, berbunga hati aku rasa nak tahu juga apa ceritanya.


“Masa saya mula-mula kahwin dengan arwah, hidup kami susah… Tapi Alhamdulillah saya dapat juga buka kedai runcit kecil, jual suratkhabar dengan barang-barang kecil di sebelah pejabat imigresen. Bila rezeki makin murah saya memang jadikan amalan bagi duit pada arwah selain duit belanja rumah. Bukan apa… saya ni tak berapa pandai kalau nak belikan hadiah yang cantik ikut mata orang perempuan, jadi saya bagi duit ajelah”, aku tekun mendengar cerita Haji Seman sambil terfikir di mana agaknya bahagian amalan arwah yang istimewa.


“Arwah ni jenis yang pantang kalau orang minta tolong… mesti dia cuba juga nak tolong walaupun masa itu kami sendiri tengah susah”, aku mula terasa mungkin inilah bahagian cerita yang aku nak tahu sangat. “Setiap kali bila arwah nak bagi duit pada orang yang dia nak tolong, mesti dia tanya saya dulu… boleh ke bang? Mula-mula saya jawab ikut dialah sebab duit yang saya bagi tu dah jadi milik dia. Lama-lama sampai dah tua-tua pun dia tetap tanya atau bagitahu saya setiap kali dia bagi duit tu pada orang lain, saya jadi lali dan jawab ya sepatah je”. Haji Seman membetulkan duduk silanya di atas katil hotel sedang aku terkulat mendengar kisahnya.


“Pernah satu ketika saya cakap, duit ini saya dah bagi kat awak. Kalau awak nak pakai untuk apa saja pun saya takkan tanya sebab saya percaya awak pun boleh fikir sendiri. Lepas-lepas ni kalau awak nak bagi sesiapa pun duit awak tu, awak bagi ajelah… tak payah tanya saya pun takpa”, sambung Haji Seman lagi.


“Saya cakap macam tu sebab dah berpuluh tahun kahwin pun dia masih tanya juga. Saya ingat masa tu arwah makcik jawab, saya tanya sebab duit ni awak yang bagi saya. Jadi duit ini saya anggap amanah suami dari awak untuk saya”. Terkesima aku mendengarnya. Haji Seman menyambung, “lepas pada tu, dia masih terus tanya saya macam biasa cuma saya dah malas nak halang dia dari terus bertanya perkara yang sama sebab pada dia yang penting saya redhakan dia guna duit tu”.


Aku rasa puas mendengar cerita Haji Seman seakan persoalan yang berlegar dalam kotak fikiran aku terjawab secukupnya. Tidak hairanlah jika ALLAH menjemput arwah makcik sedemikian rupa. Dengan makanan terakhir di dunia adalah air zam-zam dan kurma Nabi yang disuapkan suami, dengan perginya setenang orang yang tidur sesudah berbual dengan suami di pangkuan, dengan segala urusan pengkebumian ditanggung sepenuhnya dan dipermudahkan, dengan disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi yang mulia dan dengan tempat semadi terpilih bersama para sahabat Rasulullah saw di Jannatul Baqi’. 


SUBHANALLAH...


Aku belajar sesuatu yang sangat berharga dari pengalaman ini. Pada masa itu tahun 2005, aku bersama 99 orang jemaah berkongsi niat untuk beribadah menunaikan Umrah. Kematian arwah makcik isteri Haji Seman mengajar aku erti sebuah percintaan dalam hidup yang diulit serba kesederhanaan tetapi penuh dengan pengajaran tentang hubungan kemanusiaan yang didasarkan atas keinginan merebut Rahmat Allah. Justeru bagi aku yang bersama Haji Seman sepanjang menguruskan jenazah isterinya, aku merasakan kami diselubungi keistimewaan menerusi sebuah kematian sedang jemaah lain masing-masing terus berharap mendapat bahagian yang diinginkan.


Bila difikirkan semula, memang aku takjub dengan cara Allah memberikan kemuliaan dan pengajaran. Mungkin jauh di sudut hati, aku terselit sedikit kecemburuan atas rahmat dan kasih sayang yang dilimpahkan. Bukan atas kedengkian, tetapi atas rasa teruja sehingga aku terasa ingin menggantikan diriku di tempat arwah isteri Haji Seman lantaran segala apa yang aku saksikan.


Hanya semudah menjaga amanah suami dengan begitu bersungguh meskipun hidup tidak dilingkari emas permata, aku sendiri menyaksi dan merasai keistimewaan menguruskan jenazah makcik ini sedemikian rupa. Sesungguhnya benar sebagaimana ucapan Hadis Rasulullah saw, “Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” – Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.



Wallahu`alam



Jagalah Hati...