Popular Posts

Selasa, 28 Februari 2012

HIDUP ADALAH RODA...




Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.



Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.



Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .



Rasulullah saw bersabda, ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.



Anas Malik ra pula meriwayatkan bahawa Baginda saw ada bersabda yang bermaksud, ''Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.



Wallahu`alam




Jagalah Hati...

Wassalam

TERIMA KASIH...



Bismillahirrahmanirrahim..


Terima kasih bintang, kerana menemani di saat aku sendiri.


terima kasih bulan, kerana masih menerangi di saat aku kegelapan mecari-cari,


terima kasih awan, kerana sentiasa memayungi,


terima kasih hujan, kerana membasahi bumi dan menyejukkan ruhi,


terima kasih terima kasih terima kasih.


Alhamdulillah, bintang, bulan, awan, hujan semuanya adalah sahabat-sahabat seperjuangan dari dahulu hingga sekarang, yang baru mengenali mahupun yang sudah bertahun bersahabat,


tapi yang selayaknya perasaan cinta dan terima kasih ini disauhkan adalah kepada Yang Maha Tinggi lagi Maha Pengasih-- Allah swt.


Ya Allah, Engkau ciptakan rasa ini buat sekalian makhluk yang bertebaran di bumi,


Terima kasih ya Allah,


pada setiap doa yang diangkat ke langit tertinggi,


hamba ini berdoa, ampunilah dosa sekalian sahabat-sahabat ku ini ya Allah,


lindungilah mereka di dunia dan akhirat,


tetapkanlah mereka di jalan kebenaran dan jalan juang ini,


kurniakanlah mereka hidayah-Mu yang Maha Luas,

permudahkanlah dan berikanlah mereka husnul khotimah..

mekarkanlah cinta di hati kami ini cinta kerana Mu ya Allah,
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar...





Jagalah Hati...


Wassalam.

Isnin, 13 Februari 2012

BERHENTILAH MENUNGGU...



Jangan menunggu bahagia baru tersenyum.
tapi tersenyumlah, maka kamu semakin bahagia


Jangan menunggu kaya baru bersedekah.
tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya


Jangan menunggu termotivasi baru bergerak.
tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi


Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli,
tapi pedulilah dengan orang lain, maka kamu akan dipedulikan...


Jangan menunggu orang memahami kamu baru kita memahami dia,
tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu


Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.
tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu


Jangan menunggu dicintai baru mencintai.
tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai


Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang,
tapi hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar wang yang datang,


Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti.
tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti


Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur.
tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu


Jangan menunggu mampu baru melakukan,
tapi lakukanlah...! Kamu pasti mampu...



Seribu kata mutiara akan dikalahkan satu perbuatan baik...



Wallahu`alam


Jagalah Hati...


Wassalam

PELANGI ITU...



Seringkali hati kecil mengadu kesakitan, seringkali jiwa meratap hiba... dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.


Kadangkala kita terasa sendirian, saat terasa betapa kita dipinggirkan... dan ketika kita menyangka sudah tidak ada apa yang lagi bernilai dalam kehidupan, yang kita lihat hanya jalan suram di hadapan.


Kita marah pada Robb, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan... kita menyalahkan takdir hitam, saat sendu airmata mengaburkan kewarasan.


Kita mulai hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Yang kita nampak hanya jalan mudah untuk melepaskan, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian..


Pernahkah sekali kita fahami alam, mengapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan...?


Mengapa Allah tumbuhkan bunga selepas kemarau dan hanya dari benih hitam yang kusam.  Lalu bila Dia sirami hujan,maka tersenyumlah alam... betapa indahnya aturan Ilahi...


Mengapa tidak ada hujan berpanjangan, atau sinar mentari yang menyinari alam...?


Mengapa harus ada putaran alam, seperti hitam malam dihiasi bintang...?


Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa, mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu...?


Jawabnya SENANG... kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan, setiap kesenangan akan ada bayaran... seperti Ilahi hadirkan pelangi selepas hujan, dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian....


Biar pun hujan dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti...


Wallahu`alam



Jagalah Hati...


Wassalam

KU AKUI BAHAWA AKU MENCINTAINYA...



Ya, aku memang mencintainya. Aku mencintainya mengalahkan cinta seseorang kepada kekasihnya. Bahkan manakah cinta orang-orang yang jatuh cinta dibanding cintaku ini...?!


Ya, aku mencintainya. Bahkan demi Allah, aku merindukannya. Aku merasakan sentuhannya yang lembut, menyentuh relung hatiku. Aku tidak mendengarnya melainkan rinduku seakan-akan terbang ke langit, lalu hatiku menari-nari dan jiwaku menjadi damai.


Aku mecintaimu wahai perkataan yang baik

Aku mencintaimu wahai perkataan yang lembut

Aku mencintaimu wahai perkataan yang santun.


Alangkah indahnya ketika seorang anak mencium tangan ibunya seraya berkata, “Semoga Allah menjagamu ibu”.


Alangkah eloknya ketika seorang ayah sentiasa mendoakan anaknya, “Ya Allah redhailah mereka dan bahagiakan mereka di dunia dan akhirat”.


Alangkah bagusnya ketika seorang isteri menyambut kedatangan suaminya dengan senyuman seraya berkata, “Semoga Allah tidak menjauhkan kami darimu, rumah ini terasa gelap tanpa dirimu”.


Alangkah baiknya ketika isteri melepaskan kepergian suami bekerja di pagi hari, ia berkata, “Jangan beri kami makan dari yang haram, kami tidak sanggup memakannya”.


Kalimah dan ungkapan yang indah, bukankah begitu?


Bukankah kita berharap kalimah dan ungkapan seperti ini dikatakan kepada kita?


Bukankah setiap dari kita berangan-angan mengatakan kalimah-kalimah seperti ini kepada orang-orang yang dicintainya? Akan tetapi kenapa kita tidak atau jarang mendengarnya?


Penyebabnya adalah kebiasaan. Barangsiapa yang membiasakan lisannya mengucapkan kata-kata yang lembut, maka berat baginya untuk meninggalkannya, begitu pula sebaliknya.


Orang yang terbiasa memanggil isterinya dengan kata “kekasihku” sukar baginya untuk memanggil isteri seperti sebahagian orang memanggil isterinya, “Hei ..hai ..”. atau “Kau ..” dan sebagainya.


Barangsiapa yang terbiasa memulai ucapan kepada anaknya, “Ananda, Anakku, Puteriku” tidak seperti sebahagian lain yang mengatakan, “Bongak .. jahat ..bodoh!” maka ia berat mengucapkan selain itu.


Kenapa kita tidak mampu mengucapkan satu ungkapan cinta sahaja kepada anak-anak kita, ibu kita dan keluarga kita? Jika ada pun, kalimah tersebut keluar dengan malu-malu.


Kenapa lisan kita terkunci pada isteri kita atau dihadapan ayah dan ibu kita, sedangkan dihadapan teman-teman, kata-kata kita begitu mesra...?!


Biasakanlah – misalnya- mengucapkan kepada ibu kita, “Ibu, doakan kami. Adakah ibu ingin kirimkan sesuatu agar anakanda beli sebelum anakanda pulang petang nanti?”


Biasakanlah mengucapkan kepada anak kita dengan kata-kata, “sayangku, anakku”, dan apabila ia mengambilkan sesuatu untuk kita seperti segelas air, katakana kepadanya Jazakallah atau ungkapan terima kasih.


Jika putera atau puteri kita meminta sesuatu dari kita dan kita sanggup memberikannya serta ia baik untuknya katakanlah kepada mereka dengan tulus, “Dengan sepenuh hati, ayah akan bawakan untukmu”.


Cubalah kata-kata dan kalimah yang lembut dan senyuman yang manis, lalu lihatlah hasilnya!


Lihatlah bagaimana Nabi kita, Muhammad saw berbicara kepada anak isterinya.


Perhatikanlah kelembutan hati Baginda saw serta keindahan tutur kata Baginda saw.


Baginda saw adalah sebaik-baik suri teladan...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...


Wassalam


Jumaat, 10 Februari 2012

KITA SANGAT BERMAKNA BUAT ORANG LAIN...



Jangan pernah berfikir bahawa kamu bukan sesiapa kerana sekarang ini setiap minit...


Seseorang sangat bangga padamu

Seseorang berfikir tentangmu

Seseorang prihatin tentangmu

Seseorang merindukanmu

Seseorang ingin berbicara denganmu

Seseorang ingin selalu bersamamu

Seseorang berharap kamu tidak berada dalam masalah

Seseorang bersyukur atas sokongan yang kamu berikan

Seseorang berharap semuanya ternyata baik-baik belaka

Seseorang ingin kau bahagia

Seseorang ingin kamu menemui mereka

Seseorang merayakan kejayaanmu

Seseorang ingin memberikanmu hadiah

Seseorang berfikir bahawa kamu ADALAH anugerah

Seseorang berharap kamu tidak terlalu lemah atau terlalu keras

Seseorang mencintaimu

Seseorang ingin mencurahkan kamu dengan hadiah kecil

Seseorang yang mengagumi kekuatanmu

Seseorang yang berfikir tentang mu dan senyummu

Seseorang ingin bersandar di bahumu saat menangis

Seseorang ingin pergi bersamamu dan bersama-sama mencari kesenangan

Seseorang berfikir tentang duniamu

Seseorang ingin melindungimu

Seseorang bersedia melakukan apapun untukmu

Seseorang ingin memaafkanmu

Seseorang yang berterima kasih atas maaf darimu

Seseorang yang ketawa bersamamu sepanjang waktu

Seseorang yang mengingati dirimu dan berharap kau ada di sana

Seseorang yang berdoa pada Allah untukmu

Seseorang yang mengetahui bahawa cintamu tanpa syarat

Seseorang yang memerlukan buah pandanganmu

Seseorang ingin mengatakan betapa mereka peduli padamu

Seseorang yang ingin berkongsi impian denganmu

Seseorang mengikuti suri tauladan semangatmu

Seseorang yang berharap mereka dapat menghentikan waktu kerana mu

Seseorang yang berdoa pada Allah kerana persahabatan dan cintamu

Seseorang yang tidak sabar melihatmu

Seseorang ingin bahawa segala sesuatunya tidak harus berubah

Seseorang yang mencintaimu, siapa pun dirimu

Seseorang mencintai seperti yang kamu rasakan

Seseorang ingin bersamamu

Seseorang yang ingin dapat berkongsi usia tua bersamamu

Seseorang mendengar sebuah lagu yang mengingatkan mereka tentang kamu

Seseorang ingin kau tahu mereka ada untuk kamu

Seseorang bersyukur bahawa kamu teman mereka

Seseorang ingin menjadi temanmu

Seseorang terjaga sepanjang malam memikirkanmu

Seseorang hidup keranamu

Seseorang menyesal setelah kehilangan persahabatan dengamu

Seseorang berharap bahawa kamu akan melihat mereka

Seseorang ingin mengenal kamu lebih baik

Seseorang percaya bahawa kamu adalah pasangan jiwa mereka

Seseorang ingin berada dekat denganmu

Seseorang merindukan bimbingan dan pendapatmu

Seseorang memberikan kritikan atas bimbingan dan sarananmu

Seseorang memiliki keyakinan padamu

Seseorang percaya pada kamu

Seseorang memerlukan sokongan kamu

Seseorang yang memerlukan kamu untuk meyakini dirinya

Seseorang yang memerlukan kamu untuk membiarkan mereka menjadi teman kamu

Seseorang akan menangis ketika mereka membaca ini



Wallahu`alam



Jagalah Hati...


Wassalam

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA...



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya…


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai yang Maha Esa…


Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang Maha Kuasa…


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…


Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…


Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya…


Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…


Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…


Tolong sedarkan si dia, aku milik yang Maha Esa…


Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…


Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarga…


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…


Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…


Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi puncak kegagalannya…


Tolong pesan padanya aku membiarkan yang Esa menjaga dirinya…


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena…


Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…


Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendukung dalam kejayaanku…


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…


Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…


Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa…


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia…


Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…



Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…



Wallahu`alam



Jagalah Hati...


Wassalam