Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
itu kerana hal terindah di dunia bukan dalam penglihatan
ketika kita menemui seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita
kita bersatu dengannya dan jatuh ke dalam
suatu keanehan seiras yang dinamakan cinta
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan
tetapi melepaskan bukan akhir dari dunia
melainkan suatu awal kehidupan baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang di sakiti
mereka yang telah dan sedang mencari dan
mereka yang telah mencuba
Kerana merekalah yang mampu menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Cinta yang sebenarnya adalah
ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum
dan berkata, ”aku turut berbahagia untukmu”
Apabila cinta tidak bertemu jodoh, bebaskan dirimu
biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi
kau mungkin menyedari,
bahawa kamu menemui cinta dan kehilangannya,
tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.
Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu mendapatkan keinginannya,
melainkan mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh,
entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada,
cintamu akan tetap di hatinya sebagai penghargaan abadi
di atas pilihan hidup yang telah kau buat.
Teman sehati,
mengerti ketika kamu berkata ” aku lupa ….”
menunggu selamanya
ketika kamu berkata ”tunggu sebentar ”
tetap menanti
ketika kamu berkata ” tinggalkan aku sendiri ”
membuka pintu
walau kamu belum mengetuk dan
belum berkata ” bolehkah saya masuk ? ”
mencintai juga bukanlah bagaimana kamu
melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkannya.
Bukanlah bagaimana kamu mendengar tuturkatanya,
melainkan bagaimana kamu mengerti apa yang dikatakannya.
Bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan
melainkan bagaimana kamu bertahan.
Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang,
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu
akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Kadangkala, orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tidak pernah menyatakan cinta kepadamu,
kerana takut kau berpaling dan menjarakkan diri,
dan bila suatu saat dia pergi,
kau akan menyedari bahawa
dia adalah cinta yang tidak kau sedari…
Wallahu`alam
Jagalah Hati….
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan