(untuk isteriku)
Biarkan aku mencintaimu dalam sepi, dalam rindu dan dalam rasa malu
Bersama sinar purnama yang mengejekku kerana kelemahanku
Bersama gelita malam yang memelukku serta menutup banyak aibku
Biarkan aku mencintaimu dalam luka dan dalam duka
bersama nyanyian lara yang menggores jiwa
Bersama angin tenggara yang meniup bisikan dosa
Biarkan aku mencintaimu bersama mentari yang menguapkan khilafku
Bersama lalang yang menabur sukma aneka warna serta aneka makna
Biarkan aku mencintaimu dalam suka, dalam tawa,
dalam canda dan dalam semua pesonamu
Kerana aku tidak mungkin membenci, walau sepi merajang hati
Luka di atas luka, aku tidak mengada-ada dan aku pun tidak pura-pura
Kerana mentari masih setia, kerana pesona masih milik purnama
Abadi dalam fana dan kekal dalam jiwa dengan segunung kelemahan
Dengan apa yang dianugerahkan, rasa cinta yang mengendap dalam
Bersama angin ku bisikan pesan, “Aku cinta kamu!”
Semoga kita selalu dalam keberkatan dengan bertambah usia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan