Popular Posts

Khamis, 29 September 2016

SEJARAH KERTAS 3 : RINGKASAN EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA





Dasar luar negara Malaysia sejak 1957 memperlihatkan perkembangan yang stabil dan mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dalam sistem politik antarabangsa dan setiap tindakan yang diambil adalah berkait rapat dengan dasar domestik negara, iaitu dasar mementingkan keamanan, kebebasan dan semangat kerjasama dalam perhubungan antarabangsa.



Dalam zaman Tunku Abdul Rahman dari 1957–1969, dasar luar negara kita pada waktu itu bersifat antikomunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komanwel. Pendekatan ini juga bersumberkan pengaruh keperibadian Tunku yang begitu pro-Barat dan antikomunis, selain situasi dan kondisi politik domestik yang kurang stabil ketika itu.



Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia dari 1970–1976, dasar luar Negara mulai mengenalkan dirinya sebagai sebuah “Negara Islam”. Beliau telah merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira ideology. Malaysia dikenali sebagai negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni dan kebebasan. Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik dengan negara komunis.



Di bawah ppentadbiran Tun Hussein Onn (1976–1981), beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin sebelumnya. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak memihak kepada mana-mana negara. Hal ini bertepatan dengan lingkungan global ketika itu yang sedang bergerak ke arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-negara yang sedang berkonfl ik



Perubahan drastik pada dasar luar Malaysia bermula pada era Tun Dr. Mahathir Mohammad (1981-2003). Pendirian dasar luar Negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Beliau membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai role-model melalui Dasar Pandang Ke Timur. Malahan beliau dengan berani juga pernah mengadakan dasar ‘Buy British Last’



Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-2009 disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengkonsolidasi dasar luar sedia ada.



Oleh itu, perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti ini menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik. Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, namun kesinambungan juga jelas kelihatan.



Dasar Luar Malaysia Era Dato’ Seri Najib Tun Razak (2003 hingga kini) telah memperlihatkan kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, di mana Malaysia masih menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Dato’ Seri Najib telah menekankan tentang peri pentingnya mengadakan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dalam pendekatan dasar luar Malaysia. Diplomasi dua hala dikatakan lebih efektif dan telus kerana ianya hanya melibatkan dua negara dalam membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di antara kedua-dua negara tersebut. Di samping itu, ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara yang terlibat. 



Namun demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin dan pendekatan dalam dasar luar Malaysia tetapi objektif dan matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini, Malaysia harus mempunyai dasar luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubah corak dan oreintasinya, selaras dengan maklumbalas yang diterima oleh Kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatan ini diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

SEJARAH KERTAS 3: Q&A MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA





Soalan 1 :


a. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Negara Malaysia




F1 Faktor Sejarah


H1a Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan luar dengan negara-negara seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri kepuluan Melayu yang lain.


H1b Hubungan luar ini berbentuk hubungan perdagangan.


H1c Pada waktu itu juga terdapatnya hubungan luar dengan Melayu Serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah dengan negara-negara seperti Indonesia, Brunei dan Malaysia.


H1d Hubungan luar dengan negara-negara Komanwel juga telah dijalankan selepas negara kita mencapai kemerdekaan.


H1e Malaysia juga mengamalkan dasar Pro-Barat kerana ancaman Komunis.


H1f Ini kerana Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat dari segi ketenteraan kerana masih belum mempunyai kekuatan ketenteraan.




F2 Faktor Ekonomi


H2a Negara Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia.


H2b Ia dalam usaha untuk membangunkan ekonomi Malaysia.


H2c Malaysia adalah negara pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar sejak zaman penjajah.


H2d Pada waktu itu telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara- negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.


H2e Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.


H2f Langkah-langkah menggalakkan pelaburan asing juga memperlihatkan Malaysia
mengadakan hubungan luar dengan Jepun.


H2g Melalu Dasar Pandang ke Timur,Pelaburan asing juga telah digalakan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea.


H2h Malaysia juga menjalankan hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.




F3 Faktor Politik


H3a Malaysia mengamalkan pemerintahan Demokrasi berparlimen dan berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip keamanan sejagat.


H3b Dasar Luar Malaysia lebih menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.


H3a Contohnya dasar luar yang menyokong Palestin bagi mewujudkan kemanan di Asia Barat.


H3c Malaysia juga berpegang teguh kepada Prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memelihara keamanan dunia.


H3d Semua resolosi yang dikeluarkan oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan kemanan dunia disokong oleh Malaysia.




F4 Faktor Geografi


H4a Kedudukan Malaysia yang terletak di Asia Tenggara adalah strategik.


H4b Kedudukannya adalah bersempadan dengan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.


H4c Perairan Malaysia juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dunia.


H4d Oleh itu keselamatan serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.




F5 Faktor Demografi


H5a Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang majoritinya beragama Islam


H5b Oleh itu Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam.


H5c Malaysia juga tidak mengadakan hubungan dengan Israel disebabakan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas penduduk Palestin.


H5d Malaysia juga memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama untuk menganut agama masing-masing.


H5e Malaysia juga telah menentang keras Amalan Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan kerana negara berkenaan membezakan taraf mengikut warna kulit.


H5f Malaysia juga tidak menjalankan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.




b. Huraikan bentuk hubungan Negara kita semasa pemerintahan Tun Abdul razak dan Tun Hussein Onn


F1 Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia telah berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.


F2 Perubahan ini adalah disebabkan oleh :


H2a AMDA tidak lagi memainkan peranannya


H2b Kurangnya pengaruh Britain di Timur


H2c Pergolakkan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China.


F2 Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep zon aman, bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality ( ZOPFAN )


F3 Ia dibuat untuk mencapai matlamat dasar Luar Malaysia yang bebas, aman dan berkecuali.
F4 Malaysia juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.


F5 Malaysia juga telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.


F6 Malaysia juga telah berjaya mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan kerjasama negara-negara Jiran.




Soalan 2 :

a. Huraikan faktor-faktor yang memaksa Kuasa Paksi bertemu dengan kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua


F1 Kegagalan perjanjian Versailles untuk menyelesaikan masalah perang Dunia Pertama


H1a telah menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan Negara yang terlibat.


F2 Negara Jerman tidak puas hati dengan perjanjian Versailles


H2a kerana negaranya telah kehilangan banyak tanah jajahan.


F3 Jerman juga terpaksa membayar pampas an perang yang tinggi


H3a di samping terpaksa mengurangkan saiz angkatan tenteranya.


H3b Keadaan ini telah menyebabkan ramai rakyatnya menganggur.


F4 Kemunculan seorang pemimpin baru Jerman iaitu, Adolf Hitler yang telah berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist.


F5 Hitler telah bertindak melanggar syarat perjanjian Versailles


H5a membina sebuah angkatan tentera yang besar.


F6 Di Negara Rusia, Pihak komunis telah berjaya mengalahkan pihak lawan yang dibantu oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.


H6a Kemunculan Vladimir Putin telah mengukuhkan lagi ideologi komunis di Rusia.


F7 Pada tahun 1922, Negara Rusia telah dikenali sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau Union Of Soveit Socialists Republics ( USSR ).


H7a Pada tahun 1924, Joseph Stalin telah mengambil alih USSR setelah kematian Vladimir Lenin.


F8 Di Negara Itali pula, muncul pemimpin Benito Mussolini yang telah menjajah Habsyah ( Ethiopia ).


H8a Pada tahun 1940, Benitto telah menceroboh Perancis.


F9 Di Timur pula, telah muncul kuasa Jepun sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai Negara-negsara Di Timur.


H9a Mereka merasa bertanggungjawab untuk membebaskan Negara-negara di sebelah Timur daripada penjajahan Barat


F10 Dari Segi ekonomi perang ini telah menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi di dunia.

F11 Pada Tahun 1929, Kemelesetan ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan seterusnya telah merebak ke bahagian lain di dunia


F12 Kegagalan Amerika Syarikat memberikan pinjaman kepada Jerman telah menyebabkan Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan.


F13 Negara-negara Eropah yang lain seperti Britain, Perancis dan Itali telah mengurangkan peruntukkan dalam bidang ketenteraan disebabkan oleh masalah ekonomi.


F14 Bagi Negara Jerman pula, mereka telah melakukan pekara yang sebaliknya iaitu
degan bertindak mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan dasar perluasan kuasa.


H14a Ini untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.


F15 Pekara ini juga telah dijalankan oleh Kuasa Jepun di Timur.




b. Perang Dunia Kedua membawa kesan yang nyata dalam bidang politik, social dan ekonomi



Kesan Politik


F1 Perang Dunia Kedua ini telah memecahkan Negara-negara di Eropah.


F2 Perang Dunia Kedua ini telah menyebabkan Negara Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.


F3 Sistem Imperialisme barat juga telah runtuh


H3a Banyak tanah jajahan telah mencapai kemedekaan daripada kuasa-kuasa besar
Eropah seperti :


H3b Filipina telah mencapai kemerdekaan daripada Amerika Syarikat


H3c Belanda telah memberikan kemerdekaan kepada Indonesia


H3d Tanah Melayu dan India mendapatkan kemerdekaan daripada Britain.



Kesan Ekonomi


F4 Masalah ekonomi telah ditinggalkan oleh Penjajah di Negara-negara yang baru merdeka.


F5 Mereka perlu membangunkan ekonomi secara sendiri tanpa bantuan daripada Negara-negara penjajah.



Kesan Sosial


F6 Perang Dunia Kedua telah melibatkan jumlah korban nyawa yang besar .


F7 Kesedaran juga telah timbul tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian di dunia.


F8 Kesedaran ini telah membawa kepada tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 1945 bagi menggantikan Liga bangsa.




c. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan tercetusnya peperangan


F1 Menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara


F2 Menghormati kedaulatan Negara lain


F3 Mengelak daripada mencampuri urusan dalam Negara lain


F4 Mengelak daripada perlumbaan senjata


F5 Bersama-sama menentang pengganas


F6 Mendidik rakyat mencintai keamanan


F7 Memupuk sikap toleransi


F8 Meningkatkan kestabilan politik


F0 Menyokong Usaha memelihara keamanan sejagat




Soalan 3 :


a. Jelaskan maksud Perang Dingin


F1 Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, Berlaku Perang Dingin yang melibatkan
Amerika Syarikat dan Soveit Union.


F2 Perang Dingin ini berlaku disebabkan oleh ideologi dan fahaman politik yang berbeza.


F3 Persaingan kuasa antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis telah berlaku yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan soviet Union.


F4 Semasa Perang Dingin ini berlaku, tiada sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok tersebut.


F5 Blok-Blok tersebut ingin membuktikan kekuatan masing-masing


H5a dengan menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia.


F6 Mereka menggunakan propaganda


H6a serta bantuan ekonomi


H6b dan ketenteraan untuk tujuan tersebut.


F7 Blok Komunis dan Kapitalisme telah cuba untuk mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga


H7a dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.




b. Terangkan sebab-sebab berlakunya Perang Dingin


F1 Perang Dingin ini berlaku disebabkan oleh ideologi dan fahaman politik yang berbeza.


F2 Persaingan kuasa antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis telah berlaku yang diketua oleh Amerika Syarikat dan soviet Union.


F3 Semasa Perang Dingin ini berlaku, tiada sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok tersebut.


F4 Blok-Blok tersebut ingin membuktikan kekuatan masing-masing


H4a dengan menyebarkan pengaruh


H4b dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia.


F5 Mereka menggunakan propaganda


H5a serta bantuan ekonomi


H5b dan ketenteraan untuk tujuan tersebut.


F6 Blok Komunis dan Kapitalisme telah cuba untuk mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga


H6a dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.




c. Huraikan kesan-kesan Perang Dingin


F1 Perang Dingin telah menyebabkan wujudnya pembentukan blok dunia


H1a iaitu penubuhan NATO,


H1b Pakatan Warsaw


H1c dan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara ( SEATO ).


F2 NATO ialah pakatan tentera negara-negara Pro demokrasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat.


F3 Warsaw pula adalah tindabalas Penubuhan NATO,


H3a iaitu Negara-negara Pro-Komunis yang diketuai oleh Soveit Union.


F4 SEATO pula adalah pertubuhan yang telah disusun oleh Amerika Syarikat
H4a untuk membendung pengaruh Komunis di Asia Tenggara.


F5 Perang Dingin juga telah menyebabkan berlaku perlumbaan senjata di antara kuasa Kapitalisme dan komunis




Soalan 4 :


a. Huraikan sumbangan Malaysia setelah menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali


F1 Pada tahun 1989, Malaysia telah diberi penghormatan apabila dipilih sebagai naib presiden dalam kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia.


F2 Malaysia juga telah dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota


F3 Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003.


F4 Dalam sidang kemuncak Ketujuh di New Delhi pad tahun 1987,


H4a Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun.


F5 Membangkitkan isu palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua antartika


F6 Dalam Sidang kemuncak Kelapan di Harare ( Zambabwe ),


H6a Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar aparteid di Afrika Selatan.


F7 Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan meghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.




b. Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC


F1 Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agong OIC yang pertama.


F2 Malaysia juga telah menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan Iran- Iraq.


F3 Malaysia juga telah memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.


F4 Pada tahun 1974 dan 2003 Malaysia telah menjadi tuan rumah persidangan OIC.

F5 Pada tahun 2002, Malaysia telah menganjurkan Persidangan luar biasa bagi menentang pengganas di kalangan negara Islam.


F6 Malaysia juga telah memberikan bantuan kepada pelajar negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa ( UIAM ).


F7 Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain




Soalan 5 :


a. Apakah isu-isu antarabangsa yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam NAM


F1 Pada tahun 1989, Malaysia telah diberi penghormatan apabila dipilih sebagai naib presiden dalam kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia.


F2 Malaysia juga telah dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota


F3 Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003.


F4 Dalam sidang kemuncak Ketujuh di New Delhi pad tahun 1987,

H4a Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun.


F5 Membangkitkan isu palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua antartika


F6 Dalam Sidang kemuncak Kelapan di Harare ( Zambabwe ),


H6a Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar aparteid di Afrika Selatan.


F7 Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan meghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.




b. Jelaskan Sumbangan Malaysia dalam OIC


F1 Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agong OIC yang pertama.


F2 Malaysia juga telah menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan Iran- Iraq.


F3 Malaysia juga telah memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.


F4 Pada tahun 1974 dan 2003 Malaysia telah menjadi tuan rumah persidangan OIC.


F5 Pada tahun 2002, Malaysia telah menganjurkan Persidangan luar biasa bagi menentang pengganas di kalangan negara Islam.


F6 Malaysia juga telah memberikan bantuan kepada pelajar negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa ( UIAM ).


F7 Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi




Soalan 6 :


a. Jelaskan matlamat penubuhan ASEAN


F1 Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara


F2 Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi sosial dan kebudayaan.


F3 Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.


F4 Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.


F5 Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhah serantau dan antarabangsa.




b. Terangkan Usaha-Usaha yang dijalankan oleh ASEAN dalam mewujudkan kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.


F1 ASEAN adalah sebuah pertubuhan yang kuat sebagai asas untuk menjalinkan kerjasama serantau.


F2 Pada bulan November 1971, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN telah diadakan di Kuala Lumpur.


F3 Dalam Mesyuarat tersebut satu deklarasi bersama telah ditandatangani dan dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur.


F4 Di dalam deklarasi tersebut negara anggota ASEAN telah sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali. Ia juga dikenali sebagai Zone Of Peace, Free and Neutrality ( ZOPFAN )

Isnin, 26 September 2016

SPM : PECUTAN SAAT AKHIR II





Saat ini, sedang hangat dengan musim peperiksaan. Antara terma yang biasa kita dengar di musim-musim sebegini ialah “study last minute”. Mudah kata, studi saat-saat akhir. Apa persepsi kita tentang hal ini? Ia sangat sinonim dengan para pelajar tidak kira lelaki atau perempuan, mana-mana bangsa atau agama pun dan di mana sahaja mereka berada.



Justeru, bagi saya – kita boleh manfaatkan masa yang berbaki sebelum memasuki dewan peperiksaan walaupun kita sedang berada di saat-saat “last minute” ini.



Peluang, ruang dan kesempatan yang ada : Manfaatkan!



Last minute, di penghujung masa atau tidak punyai harapan bukanlah suatu yang berbau negatif atau pasif. Walau bagaimana pun persiapan dan persediaan kita – setiap saat yang ada adalah sangat-sangat berharga! Kerana itu, strategi yang baik perlu digerakan agar study last minute boleh kita manfaatkan walaupun kita ini kaki study dan ulat buku.



Apakah strategi tersebut? Saya kongsikan beberapa langkah yang dicedok daripada ahli-ahli studi yang pakar serta terbukti kejayaan mereka. Antaranya :




(1) Enjoy the moment!


“ Jadikan peperiksaan sebahagian daripada hidup anda!”


Rasai, hayati dan bergembiralah dengan musim peperiksaan anda! Secara logiknya, sememang sukar bagi kita untuk merasai seronok dengan peperiksaan. Tetapi, asas inilah yang harus kita letakan di minda dan jiwa.


“ Perlu rasa ghairah, gembira dan seronok untuk melaluinya!.”


Jika mindsetting sebegini menjadi asas kita dalam belajar, insyaAllah – kita akan bertindak dengan bijak dan bersistematik. Tiada lagi tension, gerun, takut dan sebagainya dalam menempuhi peperiksaan!




(2) Fokus, fokus dan fokus


Apa itu fokus?


Saya bersembang dengan seorang sahabat saya, katanya – fokus ibaratnya sebegini :


“ Kamu pegang sekeping talam yang dipenuhi air di dalamnya, perlu membawanya dari satu tempat ke satu tempat tanpa membiarkan walaupun setitis air tumpah ke bawah.”


Kita akan penuh berhati-hati menatang talam tersebut sambil langkahan kaki yang cermat, halus dan tulus. Diri amat-amat tenang dan aman. Serta tiada terburu-buru lagi kalut!


Maknanya – kita harus teliti, memberi 100 % perhatian dan tentunya ada strategi yang praktikal. Boleh kan?




(3) Study Group yang berkesan


Seterusnya, belajar dan buat ulangkaji secara berkumpulan. Mudah sahaja saya ingin sebut tentangnya. Kunci utama kepada study group ialah keberkatan!



Kenapa?



Di sini, wujudnya semangat bantu-membantu, tolong-menolong dan bekerjasama. Bayangkan – suasana gembira, harmoni dan tolak ansur yang sangat baik akan mewarnai perjalanan study group kita jika semuanya bersepakat dan satu hati. Justeru, amat malang bagi mereka yang belajar tetapi tidak pernah ada study group.



Malang dan sangat malang!




(4) Latih tubi yang berterusan


Saat-saat akhir juga, amat penting untuk membiasakan kita dengan format-format kertas peperiksaan dan teknik menjawab. Latih tubi soalan-soalan yang lepas adalah kaedah ulangkaji yang terbaik, praktikal dan menepati suasana musim peperiksaan.



Akar dan dasarnya : – Kita buat, buat dan terus buat latih tubi sehingga kita selesa, yakin dan mampu meramal bentuk-bentuk soalan yang mendatang. Itulah kesan dan hasilannya, Insya-Allah.




(5) Minta keampunan daripada Allah SWT


Musim-musim peperiksaan ini, disamping sibuk dengan studi, ulangkaji dan sebagainya – usahlah kita lupa kepada Sang Maha Kuasa yang menentukan segalanya.



Banyakan memohon keampunan kepada Allah SWT di atas segala kelalaian, kesalahan dan kesilapan kita. Walaupun, kita rasa kita tidak berbuat salah! Sememangnya, kita ini hamba Allah SWT yang banyak dosa dan bintik-bintik hitam di hati.



Solat taubat sebanyaknya dan lazimi istighfar setiap masa dan ketika. InsyaAllah.




(6) Doa, Solat Sunat dan Tawakkal kepada Allah SWT.


Tidak dapat tidak – Kita harus kembali kepada Allah SWT. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah, kecil dan kerdil kita perlu mendekati-Nya setiap masa dan ketika.



Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa memerlukan kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (QS 35 : 15)



Solat sunat kita perkasakan, doa dilabuhkan sentiasa dan hubungan sifat tawakkal kita kepada Allah SWT dengan usaha yang semaksima.




(7) Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.


Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ia akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistem cardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.




(8) Belajar menggunakan pelbagai deria.


Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.




(9) Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.


Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekiranya ia tidak didalam keadaan kepenatan. Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikit pun yang dapat anda ingat dalam memori anda.



Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Monster dan sebagainya. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.




Alangkah Untungnya Kita


Berbahagia dan beruntunglah kita jika kita telah berusaha semaksima dan bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik. Yakinlah Allah SWT, akan memandang setiap titik peluh kita serta segala usaha untuk memetik kejayaan di penghujungnya.



Jika kita memperolehi kemenangan dan kejayaan yang cemerlang, – Alhamdulillah – bersyukurlah. Jika sebaliknya, – bersabar dan redhalah – kerana tiada istilah kegagalan, kecuali Allah SWT tangguhkan kejayaan sementara waktu agar kita terus berusaha dan berusaha.


Ketahuilah, melalui usaha ini – terdapat banyak pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Itulah Rabb yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.






Wallahu`alam