Popular Posts

Jumaat, 28 Januari 2011

PENCARI ILAHI...

SOALAN SEORANG HAMBA ALLAH:  Saya seorang pencari tuhan yang baru belajar untuk faham erti ketuhanan. Namun saya telah lama meninggalkan ibadah khusus seperti solat, puasa dan zakat baik yang wajib mahupun sunat. Apakah saya perlukan seorang guru untuk menempuhi jalan ini…?

JAWAPAN DARI HAMBA ALLAH: Setelah lama meninggalkan ibadah sunat mahupun wajib, apakah masih ada kerinduan untuk mengabdi dan tunduk pada Allah swt.  Apakah ada sedikit rasa ‘ingin’ ketika melihat orang melakukan solat dengan khusyuk? Rindu ingin khusyuk begitu juga?

Kalau YA, maknanya masih ada. Biar setitik pun ada. Allah sendiri yang menjaga setitik cahaya kerinduan itu di hati hamba Nya.

Jagalah cahaya itu. Syukuri dengan kembalilah mengerjakan apa yang Dia perintahkan untuk kita jalani, sebelum Dia mengambil kembali cahaya Nya itu. Jadikan kerinduan itu bahan bakar kita untuk ibadah. Kerana pada dasarnya, ibadah tidak boleh dipaksa-paksa.

Ketika Dia berkehendak untuk menarik kita mendekat kepada Nya, ada dua cara, iaitu kita mendekati Nya dengan sukarela, atau kita terpaksa ‘diseret’ Nya ke dalam ampunan serta rahmat Nya dengan rantai ujian dan cemeti kesulitan, kebingungan atau penderitaan. Yang pasti, hendak tidak hendak, ia akan membuahkan sebuah permohonan tolong dan ampun dengan jujur, dari dasar hati kita yang terdalam. (saya cenderung memilih jalan sukarela)

Ada pelbagai cara yang tidak terhingga untuk kembali kepada Nya. Tapi suka atau tidak, kita dijadikan Nya sebagai umat Muhammad saw. Oleh kerana Muhammad Rasulullah saw adalah pemegang kunci pintu menuju Nya di zaman ini, maka cara kembalinya kita harus ada dalam ruang lingkup ajaran Baginda saw. Percayalah, cepat atau lambat kita akan melalui jalan Baginda saw walaupun kita menolak saat ini.

Berdoalah, mohonlah sepenuh hati, agar diadun oleh Nya untuk memahami, walaupun sekarang masih belum melakukan ibadah.  Dia mendengar permohonan semua orang, bukan hanya mendengar orang yang beribadah saja. Namun hanya permohonan sepenuh hatilah yang diutamakan Nya. Allah sungguh-sungguh mendengar mereka yang perlu kepada Nya dengan jujur, bukan hanya di mulut saja.

Seorang guru yang benar hanya merupakan pemegang amanah Rasulullah saw. Guru yang mursyid  diperlukan dan pada dasarnya yang ia lakukan hanya mengembalikan kita ke jalan Muhammad saw, tapi dengan penyesuaian-penyesuaian yang spesifik untuk diri kita secara individu.

Jika ditanya, “Apa tujuan semua itu? Untuk apa?” Ia pada dasarnya, untuk membersihkan hati, menundukkan sifat-sifat jasadiah, dan membuka pintu ‘komunikasi’ dengan Allah. Mungkin sekarang belum terasa, dan kata-kata ini belum terasa benarnya. Tapi setidaknya cubalah belajar membezakan masa-masa sebelum kita melakukan ibadah, dan ketika melakukannya (dengan disertai penghadapan hati)

Kalau sudah terasa ‘enaknya’ dan manfaatnya, barulah kita enggan untuk tidak ibadah. Tapi, kalau dalam melakukannya tidak dengan hati yang menghadap pada Allah, maka beribadah atau tidak, sama saja. Tidak ada bezanya….wallahu`alam


Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan