Aku cemburu darimu padamu...
Allah swt. Berfirman, "Katakanlah, 'Robb ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang lahir ataupun yang batin. " (Al A'raf: 33).
Manakala Rasulullah saw. Pula bersabda, "Tidak ada yang lebih pencemburu daripada Allah swt. Di antara cemburu Nya adalah Dia melarang perbuatan keji, baik kekejian yang lahir mahupun keji yang batin. "(Bukhari, Muslim, Ahmad dan Tirmidzi).
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. telah bersabda, "Allah itu pencemburu dan orang Mukmin juga pencemburu. Cemburu Allah adalah sifat yang muncul bilamana seorang hamba yang beriman melakukan apa yang telah dilarang Nya. (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi).
Cemburu adalah rasa tidak suka jika orang lain memiliki sesuatu. Allah digambarkan bersifat ghirah (cemburu), bererti bahawa Allah tidak redha jika ada “tuhan” lain di sisi Nya, kerana adalah Hak Allah ketika hamba Nya taat kepada Nya.
Diriwayatkan dari as-Sary as Saqathy ketika dibacakan ayat, "Dan apabila kamu membaca AI Quran, nescaya Kami adakan antara kamu dan orang orang yang tidak beriman pada kehidupan akhirat suatu hijab yang tidak dapat ditembus." ( AI Isra':45).
As Sary berkata kepada murid muridnya, "Tahukah kamu apakah yang hijab itu? Itu adalah hijab cemburu. Tidak ada yang lebih pencemburu daripada Allah swt."
Maksud kata "itu adalah hijab cemburu" ialah Allah tidak memberikan kemampuan kepada orang orang kafir untuk mengetahui kebenaran agama. Dalam masa yang sama, Allah telah mengikat beban kehinaan pada kaki orang yang malas dalam beribadat kepada Nya. Dia menempatkan mereka pada jarak yang jauh dari Nya dan menjadikan mereka terlambat dari kedudukan yang dekat kepada Nya
Seorang hamba Allah mengatakan, "Aku dianugerahkan kebaikan dalam permulaan perjalanan rohaniku. Aku mengetahui apa yang masih tersisa antara aku dan tujuanku. Pada suatu malam aku bermimpi tergelincir dari puncak gunung yang ingin ku capai. Aku sangat sedih (ketika bangun). Kemudian aku tertidur lagi, dan mendengar sebuah suara mengatakan, 'Wahai hamba Ku, Allah tidak menghendaki engkau mencapai tujuan yang engkau upayakan. Tetapi Dia telah membawakan hikmah kepada lidahmu. 'Ketika aku bangun pagi, aku benar benar telah dianugerahi ilham ucapan ucapan yang penuh hikmah."
Ini adalah kecemburuan Allah. Dia tidak menghendaki si hamba mengalami nuansa lebih dari saat yang jernih ini.
Ketika aku ditanya, "Apakah engkau ingin melihat Nya?" Lalu aku menjawab, "Tidak!" Kemudian aku ditanya lagi, "Mengapa?" Dan aku pun menjawab, "Aku ingin menyucikan Keindahan yang begitu agung dari segala pandangan seperti persepsiku."
Perlu difahami bahawa ada dua jenis cemburu, iaitu cemburu antara manusia satu sama lain dan cemburu Allah terhadap hati manusia. Cemburu Allah bersangkutan nafas manusia jika nafas itu dihembuskan untuk selain Allah.
Secara mudahnya, ia membawa maksud, Pertama, cemburu Allah kepada manusia, ertinya Dia tidak ingin ada sesuatu yang melimpahi makhluk. Dan kedua, cemburu hamba terhadap Allah, bererti penolakannya untuk mengabdikan keadaan-keadaan atau nafasnya kepada selain Allah."
Maka tidak boleh dikatakan, "Aku cemburu kepada Allah" Tapi hendaklah mengatakan, "Aku cemburu demi Allah". Cemburu kepada Allah adalah kebodohan dan mungkin dapat menggugurkan agama. Tetapi cemburu demi Allah, melahirkan pengagungan hak Nya dan penjernihan amal amal kebajikan kepada Nya.
Ketahuilah bahawa sunnatullah atas hamba Nya adalah jika mereka menemukan kepuasan pada selain Allah, mendengar kepada selain Allah, atau memperbolehkan selain Allah untuk bersemayam dalam hati mereka, maka hal itu akan menimbulkan kegelisahan dalam hati mereka. Allah begitu cemburu akan hati mereka hingga Dia mengembalikan mereka kepada Diri Nya, dalam keadaan kosong dari semua hal lain yang memberikan kepuasan kepada mereka, dari semua yang mereka pedulikan dan dari semua yang mereka perbolehkan bersemayam di hati mereka.
Sebagaimana Nabi Adam as ketika hatinya tersirat keinginan hidup abadi di syurga, sebaliknya Baginda as dikeluarkan dari syurga. Ini juga terjadi kepada Nabi Ibrahim as di saat keberadaan Ismail membuat Baginda as bangga dan kagum. Lalu Allah memerintahkan penyembelihan Nabi Ismail as hinggalah sampai saatnya, Nabi Ibrahim as berjaya mengeluarkan Ismail dari dalam hati Nabi Ibrahim as. "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim telah membaringkan anaknya atas pelipis(nya) (untuk dikorbankan)." (Ash- Shaffaat:103), dan Ibrahim telah menyucikan batinnya melalui perintah Nya, lalu Allah menggantikan dengan domba.
Oleh itu, berwaspadalah, kerana Dia pencemburu. Dia tidak mahu menemukan sesuatu selain Diri Nya dalam hati hambaNya. Salah satu tanda cemburu Nya adalah Dia tidak menjadikan jalan menuju Diri Nya selain dari Diri Nya sendiri.
Diriwayatkan bahawa as-Sary as-Saqathy mengatakan "Satu ketika aku sedang mencari salah seorang sahabatku. Aku menjelajahi beberapa gunung dan bertemu dengan segerombolan orang yang semuanya berpenyakit, buta, atau lumpuh. Ketika aku bertanya kepada mereka apa yang sedang mereka kerjakan di tempat itu, mereka menjawab, 'Kami diberitahu bahawa di sini tinggal seorang lelaki yang keluar (dari gua) sekali setahun. jika ia berdoa untuk orang ramai, mereka akan sembuh.' Aku lalu menunggu sampai orang itu keluar. Ia berdoa untuk orang orang itu, dan mereka pun sembuh. Aku mengikutinya, datang mendekatinya dan bertanya, “Apakah ubat untuk penyakit batinku?' Ia menjawab, 'Wahai Sary, pergilah dari ku agar Allah yang Pencemburu, tidak melihatmu mencari ketenangan dari selain Dia. Itu akan merendahkan darjatmu di sisi Nya'."
Sisi lain kecemburuan adalah, bila sebahagian orang cemburu ketika melihat orang lain berzikir kepada Nya dengan keadaan hati yang lalai ; sehingga tidak mungkin rasanya memandang mereka, yang membuatnya menderita.
Sisi lain kecemburuan adalah, bila sebahagian orang cemburu ketika melihat orang lain berzikir kepada Nya dengan keadaan hati yang lalai ; sehingga tidak mungkin rasanya memandang mereka, yang membuatnya menderita.
Seorang hamba. Apabila ia mengetahui kemahakuasaan dan kebesaran Allah, maka ia akan marah ketika mendengar seseorang berzikir kepada Allah dengan cara bermalas-malasan atau ketika melihat seseorang yang melakukan ketaatan ibadat tanpa benar benar disertai penghormatan kepada Nya.
Abul Hasan al-Khazafany berkata, "Laa ilaaha illallaah dari dalam hati, dan Muhammadurrasuulullaah dari telingaku, maka orang yang hanya melihat perkataan ini pada tekstualnya akan menyangka bahawa aku telah menghina syariat. Namun sesungguhnya tidaklah demikian. Sebab, bahaya bagi tipu daya adalah ketika disandarkan pada Kekuasaan Allah, tetapi menghina dalam pelaksanaannya…” Wallahu`alam.
Jagalah hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan