“Hanya kepada Allah jua kita meminta pertolongan dan petunjuk” (QS 1:5)
Rasulullah pernah berwasiat kepada Muadz bin Jabal tentang bacaan doa yang didawamkan “Ya Allah , ajarkan aku tentang ingat (zikir) kepada Engkau, dan syukur serta ajarkan kekhusyukan dalam beribadah kepada Mu”.
Wasiat di atas merupakan pintu untuk membuka jalur komunikasi kepada Allah, di mana ada hal-hal yang manusia tidak mampu berdialog dengan orang lain atau manusia tidak mampu menunjuk jalan keluar yang diinginkan.
Komunikasi adalah dialog langsung secara terus dan telus sesuai dengan keadaan hati kita, tidak perlu bergaya-gaya di hadapan Allah apalagi dilagu-lagukan. Cukup dengan diam dan rasa rendah hati (tawadhuk), serta menjaga kesopanan di hadapan Allah. Rasakanlah bahawa Allah sedang berada sangat dekat bahkan lebih dekat dari urat leher kita. Panggillah Asma Nya yang baik-baik …. Ya Allah…Ya Allah … Ya Allah berulang-ulang dengan menghadirkan hati serta kerinduan yang dalam. Usahakanlah untuk terus menerus dilakukan, terutama selepas selesai solat. Kemudian, jika ada kesempatan waktu lakukanlah dialog-dialog di mana saja kita berada, kerana Allah ada di mana saja kita ada.
Jika seandainya tiba-tiba kita menangis ketika berzikir atau malah ketika solat, hal tersebut tidak perlu dirisaukan kerana Al Quran telah menjamin dan akan membimbing perjalanan kita … mudah-mudahan kita mendapatkan kurniaan dari Allah swt. amin ( jika ada kesempatan, bukalah surah Maryam ayat 58).
Di dalam dialog kita, sebaiknya tetap berbekal dengan ilmu syariat, bahawa Allah bukan lelaki, atau wanita. Jangan sesekali dibayang atau disamakan dengan makhluk Nya.
Mulakanlah dialog dengan di dahului membaca :
BismIlahirrahmanirrahim…..
Dua kalimat syahadat
Selawat kepada Junjungan Muhammad saw…
Boleh dilakukan dalam posisi berdiri, duduk, mahupun berbaring sebagaimana diterangkan pada surah QS 4:103. Hubungkanlah hati kita, perasaan kita, dan cuba timbulkan rasa rindu dan cinta kepada Allah. Panggil Asma Nya berulang-ulang (tanpa perlu di sibukkan dengan menghitung-hitung jumlahnya) dengan suara hati yang dalam …
Lakukanlah dengan bersungguh-sungguh sehingga terasa ada sambutan yang menyelubungi dalam hati kita …
Rasakan kedamaian dan keheningan yang sejuk di dada … sebut terus Ya Allah …Ya Allah … Ya Allah … dan kuatkan hati kita tetap berpegang kepada tauhid hanya Allah tujuan kita, terus gali hingga sampai ke dalam lubuk hati yang dalam … sehingga akan ada bimbingan di dalam hati kita untuk selalu ingat Allah … hati kita akan bergerak terus seakan-akan tidak mahu diajak untuk berhenti. Adakala lafaz zikir kita berubah dengan sendirinya … ya Allah …. ya Allah berganti la ilaha illallah ….dan seterusnya …
Tubuh akan semakin ringan dan pasrah … hati menjadi lebih tenang dan terang benderang … rasanya sejuk dan nyaman yang akan mengakibatkan hati menjadi lunak dan mudah dikendali.
Keadaan tubuh adakala juga terasa semakin berat … getaran jiwa semakin kuat dan … emosi jiwa semakin tidak boleh disekat-sekat, rasanya ingin sekali berteriak sekeras-kerasnya untuk mengungkapkan rasa kerinduan yang dalam kepada Allah. Saat itulah kita pasrahkan seluruh jiwa raga kita dengan ikhlas … sehingga Allah akan berkehendak membimbing solat… membimbing rukuk dan membimbing hati kita untuk bersabar
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Allah (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata” (QS 39:22-23)
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu Al Quran yang seragam kualiti ayat-ayatnya lagi berulang-ulang, hingga gementar kulit orang-orang yang takut kepada Robb nya, kemudian menjadi tenang kulit serta hati mereka di waktu mengingat Allah, itulah petunjuk…Allah
Kali ini, dengan izin serta ilham dari Ilahi, saya menepati janji saya untuk mengungkapkan secara praktikal dalam zikrullah bagi tujuan pembersihan hati. Kerana, pada intinya hidup ini, “HATI” lah yang menjadi penyebab kerosakan manusia, dan pada hati juga, manusia menjadi tinggi darjatnya di sisi Allah. Kebersihan hati hanya mampu ditempuhi dengan jalan mengingati Allah (zikrullah) secara terus menerus, serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada Allah, kemudian barulah berupaya untuk berpaling dari kemahuan hawa nafsu. Itulah yang membersihkan dan menjernihkan hati.
Secara umum, Al Quran menggambarkan hati sebagai fokus dari apa yang membuat seorang manusia menjadi manusiawi, pusat dari keperibadian manusia. Dan kerana manusia terikat erat dengan Allah, pusat ini merupakan tempat di mana mereka bertemu Ilahi.
Hati merupakan pusat pemerintah bagi seorang manusia. Allah meletak perhatian khusus padanya dan kurang begitu memperhatikan amalan-amalan fizikal yang dilakukan hamba-hamba Nya, “…Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu…” (QS 33:5).
“Allah tidak akan menghukummu kerana sumpah yang tidak disengaja, akan tetapi Allah akan menghukummu kerana sumpah yang disengaja oleh hatimu . Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun” (QS 2:225).
Dan sebuah Hadis ada terakam bahawa, “Allah tidak melihat badanmu atau bentukmu ,melainkan ke dalam hatimu “.
Oleh kerana itu, hati adalah tempat yang dilihat Allah, ia merupakan kunci menuju kemunafikan, watak yang paling buruk dalam pandangan muslim. “Allah tahu apa yang ada dalam hatimu” (QS 33:51).
Hati adalah tempat di mana Ilahi mengungkapkan diri Nya sendiri kepada manusia. Kehadiran Nya terasa di dalam hati, dan wahyu diturunkan ke dalam hati para Nabi, “(Jibril ) menurunkan wahyu ke dalam hati nurani mu dengan izin Robb mu, membenarkan wahyu sebelumnya , ………” (QS 2:97).
Moga sama-sama mendapat manfaat.
wassalam.
Jagalah hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan