Popular Posts

Isnin, 10 Jun 2013

JALAN YANG MANAKAH....?




Neraka mahal, Syurga murah...


Laluan ke neraka penuh sesak…
Banyak manusia memasukinya…
Rebut rebutan, cakar-cakaran…
takut tidak mendapat tempat…


Tiket ke neraka mahal…
Harus meragut kantung berjuta-juta…
Untuk dapat ikut berjalan ke sana


Maksiat itu mahal…
Judi itu mahal…
Zina itu mahal…
Rasuah itu mahal…
Dusta itu mahal…
Tetap orang-orang berbondong menuju neraka…


Jalan ke syurga sunyi…
Sepiii…
Jalannya lebar, mulus dan bersih…


Tiketnya murah, tidak perlu keluar belanja banyak…
Laluannya bersih, ada penyaman udara dan pelayannya ramah…


Tetapi mengapa amat sedikit yang masuk ke laluan ini???
Puasa itu murah…
Solat itu murah…
Sedekah itu murah…
Senyum itu murah…
Jujur itu murah…


Ternyata nafsu telah memutar balik semua tatapan…
Yang buruk terlihat indah…
Yang baik terlihat sukar…


Ditempat ini aku baru sedar…
Bahawa jalan ke syurga sepi…
Jalan ke neraka ramai…



Semoga menjadi renungan kita bersama, betapa sering terlupanya kita, selalu menuruti hawa nafsu, meninggalkan air kesejukan syurga dan lebih tertarik pada panasnya neraka yang hanya membuat kita semakin haus…  naudzubillah.

Wallahu`alam


Jagalah Hati….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan