Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Selasa, 18 Jun 2013
WARKAH BUAT KEKASIH YANG TERTUNDA...
salam khusus buat yang sedang menanti, mencari dan memilih pasangan hidup...
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
pada saat Allah menulis takdir kita, selembar halaman sengaja dikosongkan, lalu kita pun tidak akan pernah bertatapan...
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
mimpi-mimpi sekadar sampul surat tidak beralamat, lalu ke mana lagi nak ku kirim rindu ini yang makin memberat...?
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
langit makin hitam dan merah senja kian muram, aku masih di jendela mengenang kau entah di mana...
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
saat kau lelap, tanganku di tubuhmu kejap dan akan ku bawa terbang membawa mimpi ke dalam mimpi...
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
embun lagikan tidak berdaya, dalam matamu di pipiku mungkin dan yang gugur kerana tidak berdayanya kita...
ke hadapan kekasihku yang tertunda, senyumlah sayang, akan ku memandangmu dari jauh, dalam sekadar mimpi-mimpi, sambil mungkin menangis sendiri.
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
takdir itulah algojo yang memancung cinta kita, darahnya kekal mewangi, tetap mengalir hingga ke syurga...
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
kita bertemu hanya sekadar untuk menjauh kembali, bak dua jarum jam yang perlahan menghambat, bahkan masa turut membenci.
ke hadapan kekasihku yang tertunda, simpan sahaja surat cintamu, baris-baris sajak itu tiada yang akan membacanya lagi, tidak waima aku sendiri.
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
apalah lagi yang mampu ku perbuat, hidup melarat dengan mengemis cintamu, yang hanya sekadar ada...yang sekadar sisa.
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
malam-malam seperti ini, aku mengingatimu bak kamar tidak berpenghuni. tanpamu, ia tidak berseri bahkan sunyi.
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
beredarlah jauh dari janji-janji yang tidak mungkin kita materai kerana ia tidak akan dapat lagi kau gapai.
ke hadapan kekasihku yang tertunda,
kita cuba mencipta kenangan, namun, bak mimpi, ia kabur dan tidak pernah bertahan...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan