Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Khamis, 20 Jun 2013
CUKUPKAH...?
Frasa kata yang paling sukar diucapkan oleh manusia barangkali adalah kata “cukup”
Bilakah kita boleh berkata cukup...?
Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja keras mereka Usahawan pula hampir selalu merasakan keuntungan perniagaannya masih dibawah sasaran...
Isteri mengeluh suaminya kurang perhatian. Suami berpendapat isterinya kurang pengertian. Anak-anak menganggap ibubapa mereka kurang murah hati. Semua merasa kurang dan kurang...!
Cukup bukanlah soal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya mampu diucapkan oleh orang yang mensyukuri...
Tidak perlu takut untuk berkata cukup. Mengucapkan kata cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berikhtiar. ”Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan statik, mundur, malas dan berpuas hati dengan pencapaian sedia ada...
Mengucapkan kata cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita payah untuk berkata cukup...
Belajarlah mencukupkan diri dengan mensyukuri apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia...
Belajarlah untuk berkata “cukup” kerana kebahagiaan bukanlah ditentukan oleh apa yang kita miliki, tetapi ia ditentukan oleh bagaimana kita menikmati apa yang kita miliki...
Kita mungkin bahagia dengan memiliki yang sedikit, dan mungkin sengsara dengan memiliki yang banyak...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan