Popular Posts

Selasa, 18 Jun 2013

SOMBONGKAH AKU...?





Di antara ramai manusia, ada yang mengaku bahawa dirinya mencintai Allah...



Maka dia pun menunjuk-nunjuk perilaku yang boleh dilihat orang bahawa dia dekat dengan Ilahi. Jika berada dalam majlis, lakonannya khusyuk dan tawadhuk, lidahnya bergetar-getar sambil tangannya menghitung-hitung biji tasbih. Saat itu dia berasa terlalu tinggi berbanding orang lain, hatinya berkata bahawa akulah yang paling alim dan abid. Sehingga Allah Taala membuka tirai hatinya itu dengan perbuatannya yang menakutkan manusia...



Dia menajamkan lidah kepada orang yang dikritik, seraya menunjuk-nunjuk bahawa aku sahaja yang sempurna dan anda sungguh ahli maksiat...



Jika bersalam mata tidak sudi memandang orang yang memberi salam, keangkuhannya begitu terserlah kerana malam tadi dia telah menghabiskan beribu-ribu wirid sedangkan dia yakin orang yang memberi salam itu sedikit beramal, tidak sedarjat iman dengan dirinya...



Padahal jika seorang hamba mencintai Allah Taala dan berada dekat di sisi-Nya, akan terbitlah di dalam hatinya rasa kerdil dan hina di hadapan Allah dan di tengah-tengah manusia...




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan