Popular Posts

Selasa, 18 Jun 2013

AIRMATA WANITA...





Salam khusus buat saudaraku yang bernama lelaki....




Airmata seorang wanita, bukan hanya dilihat alirannya, tetapi dengarkanlah bisikan yang hadir bersama airmata yang mengalir itu...


Siapa yang mengerti tentang hati wanita seperti kami... hanya Allah yang memahami...


Manusia tidak mampu mendalami kecintaan, ketaatan dan jiwa kami yang sentiasa merindui kasih-Nya...


Adakah mereka tahu, kami menangis... hati kami menangis kerana dosa dan noda manusia. Hati kami kecewa...


Tolonglah... kami perlu bimbingan bukan galakkan kemaksiatan. Mereka juga tahu betapa sucinya hati kami. Hormatilah pendirian kami...


Hati kami perlu di jaga kerana hati kami terlalu mudah lembut dengan pujukan, rayuan dan harapan yang di berikan...


Tolonglah... janganlah beri kami apa-apa harapan, kami tidak perlukannya. Kami cuma mahu cinta-Nya, bukan perhatian mereka. Perhatian mereka, hanya membuatkan kami leka, lalai dan akhirnya ada yang kecewa...


Tolonglah... kami perlu bimbingan. Kami sedih dan kecewa dengan keadaan hati kami. Hati yang sudah hilang cahaya. Hati yang di ajak berbicara, sudah diam membisu tidak berkata...


Fahamilah kami kerana kami adalah pembantu sayap kiri mereka. Jangan buat kami begini, kami lemah dan hilang harapan jika mereka terus menyiksa jiwa kami...


Bantulah kami untuk menjaga hati kami kerana sesungguhnya, kami sebenarnya ingin menjaga hati mereka dari terleka dan terlalai terhadap kami...


Saudara semuslimku yang baik hati... moga-moga kita menjadi seorang insan yang sangat menjaga hati kerana di situlah tempat tumpuan Kekasih hati, Allah swt...




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan