Popular Posts

Khamis, 13 Jun 2013

BACA TANPA FAHAM...





Ini adalah kisah seorang datuk tua yang hidup bersama cucu tunggalnya. Si datuk adalah seorang muslim yang taat dan tiada hari dalam hidupnya tanpa membaca Al-Quran.


Si cucu yang melihat betapa istiqamah datuknya membaca Al-Quran penuh dengan penghayatan, bertanya : “Tuk…!! Mendengar Atuk membaca Al-Quran, saya merasa tenang sekali. Saya ingin agar dapat memahaminya sebagaimana Atuk. Tapi saya tidak mampu, malahan ayat yang saya fahami, saya lupakan secepat saya menutup kitab


Persoalannya, adakah manfaatnya kita membaca AL-QURAN tanpa mengetahui ERTINYA?



Si datuk seakan-akan tidak menghiraukan pertanyaan cucunya yang masih muda itu. Malahan dia mengajak cucunya itu keluar rumah.


Si datuk mengambil sebuah bekas kotor (bekas mengangkut tanah liat), lalu di buat lubang pada bekas itu di bahagian bawah dan di sisinya beberapa lubang.


Si cucu kehairanan dan rasa pelik ingin mengetahui apa yang hendak dilakukan oleh datuk kesayangannya itu.


“Anakku…! Bawalah bekas ini ke sungai, kemudian bawalah kembali ke mari dengan sudah terisi penuh air.”


Si cucu tentunya sedar bahawa bekas tersebut sudah bocor, maka mahu tidak mahu dia harus berlari setelah mengisi bekas tersebut dengan air.


Si cucu pun menyanggupinya. Dan pergilah dia ke sungai untuk mengisi bekas tersebut dengan air, kemudian dia berusaha berlari sekencang-kencangnya agar setibanya di tempat datuknya air masih penuh.


Dia pun melakukannya dengan sungguh-sungguh. Tetapi setibanya di tempat datuknya, ternyata tidak sedikit pun air yang tersisa. Semua airnya habis tertumpah sebelum tiba di tempat datuknya.


Si datuk sesekali mentertawakannya, dan berkata, “Kali ini kau harus berusaha berlari lebih cepat lagi. Ayuh! Kamu pasti boleh…!


Si cucu pun berusaha lebih semangat lagi. Sampai akhirnya…!!! Dengan termengah-mengah dia berkata kepada datuknya, “Tuk…! Saya rasa ini mustahil sepantas mana pun saya berlari, air tersebut akan lebih dulu habis sebelum saya sampai disini. Jadi ini suatu hal yang sia-sia


Dengan tersenyum Si datuk berkata, “Anakku kamu fikir semua ini percuma? Sekarang cuba lihat ini……….


Si datuk menunjuk ke arah bekas yang dipegang cucunya tersebut. Dan berkata, “Bukankah bekas yang kau pegang tersebut sebelumnya tadi sangat kotor?


Lihatlah sekarang, sudah menjadi bekas yang bersih…! Luar dan dalam


Anakku hal itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran. Kamu tidak mampu memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya lagi, kamu akan berubah, luar dan dalam… Itu adalah anugerah dari Allah swt di dalam hidup kita.”




Wallahu`alam...


Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan