Popular Posts

Ahad, 23 Jun 2013

MENARI DI HATI...





Ilahi...
sesak dada ini...
terasa bagai satu pengkianatan terhadap Cinta..
sedang aku tiada menghalalkan setiap rasa yang hadir..
bahkan ku haramkannya untuk ku miliki..



Ilahi...
menghiris segenap jantungku...
hancur berkecai jika ku khianati-Nya..
sakit dan menyesakkan..
aku terus kaku dan bisu..
dalam memandang keindahan tajalli sifat Mu..



Ilahi...
terbuai aku dengan irama itu...
namun..
tiada aku biarkan irama itu terus meracuni diri ku..
walau irama itu tiada memudaratkan..
tetapi..
aku perlu memekakkan telinga membutakan mata..
agar..
irama itu terus berlalu tanpa melalaikan..



Lantas..
Ku alunkan irama Cinta yang mengasyikkan
irama Cinta yang ku bisikan pada..
Adam...
Muhammad..
dan..
Diri-Nya...


Berbahagialah dengan-Nya..
Kerana irama-Nya sahaja yang mendamaikan...



Wallahu`alam



Jagalah Hati... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan