Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Isnin, 24 Jun 2013
MENULIS DARI HATI...
menulis tidak pernah sama seperti kita menyukai seorang perempuan cantik atau lelaki kacak yang kita idam-idamkan selama ini. Terlalu manis di hari-hari pertama, dan kian hilang di hari-hari berikutnya. Juga tidak pernah sama seperti kita menikmati makanan kesukaan yang selalu menjadi pilihan utama saat duduk di meja restoran, dan kita tidak sabar menanti makanan terhidang sebelum kita jamah semuanya hingga licin pinggan. Lalu kita kenyang dan makanan itu dilupakan hingga nanti kita lapar semula...
menulis tidak pernah sama seperti kita bersuka-suka di satu pesta yang dihias lampu-lampu gemerlapan dan kerdip bintang seolah lebih terang. Kita hanyut di dalamnya sehingga esok hari tiba bila kita terjaga dan tersedar bahawa kita juga manusia yang perlu bekerja. Juga tidak pernah sama seperti menjadi seorang kaya, yang tidak pernah ragu untuk membeli apa-apa dan tidak pernah sedar ke mana pergi hartanya...
menulis ialah satu perkara yang biasa. Seperti kita membaca surat yang sama berkali-kali dan tetap tersenyum seperti kali pertama membacanya. Lantas kita memegang pen dan mencoret sesuatu yang juga biasa, namun kita lebih tahu apa maknanya...
menulis adalah sesuatu yang biasa yang setiap dari kita pasti akan dihubungkan olehnya...
saudara semuslimku yang baik hatinya...lihatlah ulama-ulama Islam terdahulu seperti Imam al-Bukhari ra, Imam Muslim ra, Ibnu Khaldun ra, Ibnu Taimiyyah ra, Imam al-Ghazali ra dan ramai lagi penulis agama yang menulis tentang ilmu yang dipelajari mereka.
mereka amat menyedari bahawa ilmu mereka bukan hak milik mereka berseorangan, namun untuk ummah seluruhnya. Saya bukan mahu kita semua menjadi seperti mereka, tidak, namun saya mahu kita mencontohi mereka... tekun, sabar, taat dan faham serta mencontohi mereka bagi menghasilkan penulisan bermutu biar pun mengambil masa untuk menyiapkannya...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
As salam. Tahniah. Blog yang sangat bermanfaat. Saya kongsikan blog saudara di sini http://kenapaberblog.blogspot.com/2013/11/tulisan-lama-tulisan-baru.html. Tqvm
BalasPadamWassalam.
notie ms