Hiduplah untuk kebahagiaan diri dengan membangunkan sebuah Cinta Agung, cinta itu hanya ada pada Allah dan Rasul-Nya...
Para sahabat ra dan ulama silam mencari cinta dengan menjadikan diri dan keluarga mereka sebagai tebusan pada Rasulullah saw...
Syeikh Abdul Qadir Jailani mencari cinta selama 20 tahun di dalam hutan yang sepi.
Syeikh Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggalkan istananya.
Syeikh Bahauddin Naqsyabandi mencari cinta dalam kesejukan salji yang mengigil.
Syeikh Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang.
Syeikh Hassan asy-Syazili mencari cinta dalam mujahadah syukur.
Rabi’ah ‘Adawiyah mencari cinta dengan berlapar dan berjaga waktu malam.
Imam Al-Ghazali mencari cinta dengan berkhadam membasuh kandang kuda, berkelana, menyepi jauh di sudut masjid dan menulis kitab.
Syeikh Junaid Al-Baghdadi mencari cinta dengan sedekah, makan bersama dengan kucing dan bertafakur sepanjang malam.
Syeikh Ahmad Al-Qusyasyi mencari cinta dengan menggerakkan dakwah di Nusantara.
Syeikh Muhammad Al-Baghdadi mencari cinta dengan mengembara membawa risalah Islam di bumi yang ada penyembah berhala.
Para pengembara cinta ini melalui pelbagai jalan. Merekalah pengembara cinta yang benar, mereka hidup untuk cinta dalam diri mereka, bukan mencari cinta sesiapa...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan