Popular Posts

Ahad, 23 Jun 2013

BELAJAR DARI DIA...





Jika seseorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar...



Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik...



Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita...



Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan, tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu...



Fahamilah hakikat ini... Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup...!




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan