Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Ahad, 30 Jun 2013
IMPIANKU...
Sebuah Impian Dari Hamba Allah...
Aku inginkan umat Islam kembali takut dan cintakan Allah kerana kekuatan kita adalah pada Allah...
Allah adalah segala-galanya buat umat Islam...
Aku rindukan perpaduan umat Islam kerana perpaduan salah satu daripada kekuatan umat Islam
Aku mengimpikan umat Islam hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama, bertolong bantu, tahu-menahu, bela-membela kerana di sinilah keselamatan, kebahagiaan dan keharmonian umat Islam...
Aku mengharapkan bilakah orang-orang kaya umat Islam menjadi bank kepada masyarakatnya kerana di sinilah rahsianya lahir kasih sayang dari orang miskin kepada orang-orang kaya supaya yang miskin dan yang kaya tidak ada jurang. Semoga hilang hasad dengki dari orang miskin kepada orang kaya dan orang kaya pula lahir timbang rasa dan jadi pembela serta orang kaya adalah menjadi tonggak masyarakatnya
Aku bercita-cita ulama menjadi obor kepada kehidupan umat Islam kerana mereka adalah penyuluh jalan di malam yang gelap gelita dengan kezaliman, kemunduran dan kesesatan
Aku mengharapkan para ulama tidak hanyut bersama dengan orangramai yang dihanyut oleh cintakan dunia kerana ulama adalah ikutan, contoh, suri teladan buat umat Islam. Jika ulama rosak dan tidak berperanan, maka rosaklah pembesar-pembesar dan rakyat jelata, dunia akan menjadi huru-hara, porak-peranda, kemungkaran akan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia
Aku mengangan-angankan bilakah pemuda-pemudi yang menjadi tiang negara, berakhlak mulia, pemalu, bersopan-santun, memberi tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Mereka adalah aset negara. Mereka juga adalah benteng pertahanan agama, bangsa dan negara. Mereka adalah pemimpin pelapis selepas pemimpin yang ada
Aku sangat mengkehendaki agar orang miskin berlaku sabar, tidak keluh-kesah, tidak meminta-minta dan tidak hasad dengki dengan orang kaya dan yang berada
Aku rindukan cerdik pandai membangun dan membuat kemajuan serta tidak mementing diri. Mereka dapat membangunkan tamadun material untuk kemakmuran seperti juga ulama dapat membangunkan tamadun rohani untuk keselamatan, kasih sayang dan keharmonian
Alangkah indahnya hidup seperti semua golongan tadi takut dan cintakan Allah dan berperanan di dalam kehidupan...
Jika terjadi yang aku impikan, maka jadilah dunia ini syurga sebelum Syurga...
Alangkah indahnya kehidupan ini...
Aku tidak tahu bilakah agaknya akan terjadi...
Allah jua yang Maha Mengetahui...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan