Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Sabtu, 15 Jun 2013
MOGA BERMANFAAT...
Dalam meniti kehidupan ini, terlalu banyak kenangan lalu yang sering singgah di fikiran ini. Apabila direnungkan kembali, terlalu banyak nikmat Allah yang telah dikecapi selama ini lantas hati bertanya kepada diri, "Sejauh dan sehebat manakah aku bersyukur...?"
Terasa begitu insaf sekali tatkala mengenangkan firman Allah... "'Dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, sudah pasti kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu terlalu zalim dan ingkar..."
Pernah pada suatu ketika pada zaman tabi'in, seorang lelaki telah pergi bertemu dengan seorang ahli sufi dalam keadaan marah. Sesampainya di rumah ahli sufi tersebut, beliau terus berkata, "Ya sheikh , aku sudah tidak tahan lagi dengan ujian ini. Aku seorang yang miskin dan susah tetapi aku tidak pernah meninggalkan solat dan selalu berdoa semoga Allah meluaskan rezekiku namun sehingga kini aku masih begini; miskin dan melarat. Aku tidak percaya bahawa Allah itu bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim! . Bagaimana pandangan tuan?", tanya lelaki tersebut.
Sambil tersenyum, ahli sufi tadi menjawab dengan penuh hikmah, "Wahai saudaraku, jika sifat-sifat Allah; Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu tidak dapat menumbuhkan keyakinanmu terhadap sifat-Nya yang pengasih dan pemurah, maka kenanglah kembali saat engkau dilahirkan ke dunia ini sehingga sekarang; adakah Dia pernah terlupa untuk memberimu makan dan minum dan adakah pernah Dia mengazabmu lantaran dosa-dosa mu yang kecil mahu pun yang besar...? Sesungguhnya terlalu besar sifat pengasih dan pemurah Allah kepada mu dan kepadaku, lantas saudaraku renungkanlah firman Allah, 'Tidakkah kamu melihat manusia yang telah Kami ciptakan mereka daripada nutfah maka tiba-tiba mereka menjadi penentang yang nyata?""
Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dari kisah ini, insya Allah....
Wallahu`alam
Jagalah Hati....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan