Popular Posts

Rabu, 26 Jun 2013

CINTAKU...





Ada gambar di dinding kalbuku

Sebuah nama yang terukir kuat di dinding kepastianku

Tiada yang lain selain hanya gambar diri Mu

Ada tenteram di sebalik dinding hatiku

Saat nama Mu ku sebut berulang-ulang

dalam gelapnya malam dan gelitanya siang...



Ya Robb... jangan biarkan cintaku berpaling dari cinta Mu,

tenggelamkanlah nyawaku dalam lautan rindu Mu

hanya kerana Engkau jua bahagiaku

meliputi segala darah yang mengalir di tubuhku...



Sudah sejuta ujian Engkau turunkan untuk ku, tetapi

dengan seribu macam pakej kurniaan dan rahmat dari Mu...



Namun bukan itu harapku, ya Robb...

Aku hanya inginkan sambutan hangat dalam rumah Mu

kerana redha Mu adalah segalanya bagiku.

Aku selalu merindukan wajah indah Mu...


Aku mencintai Mu melebihi cintaku pada diri dan hidupku

matiku kerana cinta Mu adalah kebahagiaan untuk ku...



Wallahu`alam



Jagalah Hati... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan