Dan orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana ia dapat mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri.
Ada kekuatan dalam tawa kegembiraan...
Dan orang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah larut dalam kesedihan dalam menghadapi sebuah ujian dan halangan.
Ada kekuatan di dalam kedamaian diri...
Dan orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah goyah dan tidak mudah terumbang-ambing.
Ada kekuatan di dalam kesabaran...
Dan orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu dan ia tidak pernah merasa disakiti.
Ada kekuatan di dalam kemurahan...
Dan orang yang murah hati adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya untuk melakukan yang baik bagi sesama makhluk.
Ada kekuatan di dalam kebaikan...
Dan orang yang baik adalah orang yang kuat kerana ia dapat selalu melakukan yang baik kepada semua orang.
Ada kekuatan di dalam kesetiaan...
Dan orang yang setia adalah orang yang kuat kerana ia mampu mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama manusia.

Ada kekuatan di dalam kelemah-lembutan...
Dan orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat kerana ia mampu menahan diri untuk tidak membalas dendam.
Dan orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat kerana ia mampu menahan diri untuk tidak membalas dendam.
Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendali dan menahan hawa nafsunya kerana letaknya kekuatan itu di dalam hati kita...
Ada kekuatan di dalam penguasaan diri...
Dan orang yang dapat menguasai dirinya adalah orang yang kuat kerana ia boleh mengendalikan segala nafsu keduniaan.
Ada kekuatan di dalam penguasaan diri...
Dan orang yang dapat menguasai dirinya adalah orang yang kuat kerana ia boleh mengendalikan segala nafsu keduniaan.
Disitulah letaknya kekuatan sebenar kita...
Dan sedarlah bahawa kita juga memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala masalah kita....
Di manapun juga...
Dan sedarlah bahawa kita juga memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala masalah kita....
Di manapun juga...
seberat dan serumit apa pun juga...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan