Popular Posts

Jumaat, 14 Jun 2013

INGIN KU SAMPAIKAN...




Ingin ku katakan kepada para pejuang, juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negara ku...


Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya. Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan...?


Di antara orang Islam pula, berapa ramai yang tidak bersolat lalu bersolat...?


Yang sudah bersolat berapa ramai pula yang solatnya memberi kesan...?


Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya dan di dalam pergaulannya...?


Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian, sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam...?


Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan...?


Apa yang saudara cakapkan selama ini...?


Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai...?


Kepada Allah...?


Kepada diri...?


Kepada parti...?


Atau dakwah saudara itu sebagai hobi...?


Untuk seronok-seronok dan penghibur hati...?


Aku harap nilai semula perjuangan saudara...!
Perbaiki hati tujuan apa saudara berjuang sebelum terlanjur berpanjangan...


Selama nyawa masih ada di badan dan agar selepas mati tidak menyesal, takutilah Allah swt di setiap perkataan...!


Ingatlah Allah di dalam perjuangan agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Allah swt, bukan hobi dan bukan tujuan menghentam orang...

dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda, “Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. 


Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata, ”Kerana inilah aku jadi pembunuh.


Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata, ”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.


Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata,”Kerana inilah tanganku dipotong.”


Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikit pun” ( Muslim)


Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan