Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Jumaat, 14 Jun 2013
AKU BUKAN SESIAPA...
wahai saudara semuslimku yang baik hatinya... aku bukanlah ulama...
aku hanyalah salah seorang dari saudara semuslim mu yang hafal beberapa ayat al Quran, beberapa hadis serta beberapa hukum agama melalui penelitian terhadap beberapa kitab...
dengan senang hati dan sukarela ku sampaikan hal-hal tersebut kepada orang ramai...
jika kau paksa aku untuk keluar dari koridor di atas maka engkau telah menyusahkanku...
sesiapa yang mengatakan ‘saya tidak tahu’ sungguh dia juga telah berfatwa...
jika kau menyukai tulisan tanpa suara yang aku sampaikan dan kau lihat ada kebaikan padanya, maka aku berterima kasih atas kesediaan kamu untuk membaca penulisanku...
jika engkau ingin mendapatkan pengetahuan agama yang luas, maka bertanyalah kepada selain diriku, iaitu para ulama dan orang yang memang pakar dalam bidang ilmu. Merekalah orang yang mampu memberikan fatwa kepada kamu mengenai masalah apa sahaja yang kau inginkan...
sesungguhnya aku berpegang pada pesan Rasulullah saw, “Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar menghadapi gangguan mereka lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar menghadapi gangguan mereka.” (Tirmizi dan Ibnu Majah)
dalam masa yang sama, aku juga berpesan pada diriku serta diri kalian dengan pesanan yang disampaikan oleh Baginda saw, “Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling mendengki, janganlah saling membelakangi. Jadilah kalian wahai hamba-hamba Allah, sebagai orang-orang yang bersaudara..." (Bukhari dan Muslim)
sedangkan diriku, maka sampai di sinilah kemampuan keilmuan ku dan Allah swt tidaklah membebani seseorang lebih dari kemampuannya...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan