Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Ahad, 30 Jun 2013
MUHASSABAH III...
Seringkali aku berkata ketika semua orang memuji milikku... bahawa sesungguhnya ini semua hanyalah titipan...
bahawa keretaku hanyalah titipan-Nya
bahawa rumahku hanyalah titipan-Nya
bahawa hartaku hanyalah titipan-Nya
bahawa anak-anak ku hanyalah titipan-Nya
Tetapi, mengapa aku tidak pernah bertanya,
"Mengapa Dia menitipkan padaku ?
Untuk apa Dia menitipkan ini padaku…?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus ku lakukan untuk milik-Nya itu…?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku…?”
Mengapa hatiku terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya…?
Ketika diminta kembali, ku sebut itu sebagai musibah
Ku sebut itu sebagai ujian, ku sebut itu sebagai petaka
Ku sebut itu sebagai panggilan apa sahaja untuk melukiskan kalau itu adalah derita
Ketika aku berdoa, ku minta titipan yang serasi dengan hawa nafsuku
Aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak kereta,
lebih banyak populariti dan
ku tolak sakit,
ku tolak kemiskinan,
seolah-olah semua "derita" adalah hukuman bagiku
Seolah-olah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti matematik
Aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan nikmat dunia kerap menghampiriku.
Ku perlakukan Dia seolah-olah pedagang dan bukan kekasih
Ku minta Dia membalas "perlakuan baikku",
Dan menolak keputusan-Nya yang tidak sesuai keinginanku
Ya Allah…
Padahal setiap hari ku ucapkan, hidup dan matiku hanya untuk beribadah...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan