Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Isnin, 24 Jun 2013
HIDAYAH...
Hidayah Allah swt adalah sesuatu yang misteri untuk dinilai dan diterokai. Sesiapa jua mungkin akan beroleh hidayah daripada Allah swt dan sesiapa juga mungkin tergelincir dalam kesesatan.
Sebab itu kita sering mendengar doa yang bersumber daripada hadis riwayat Muslim dan sering dibacakan di atas mimbar Jumaat, "Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampunan-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan dan keburukan amal perbuatan kita. Siapa yang ditunjuki Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang dapat menunjukinya."
Subhanallah, bagaimana mungkin seorang insan itu boleh selesa dengan apa yang ada pada dirinya sedangkan tidak ada jaminan bahawa pengakhiran seperti itu. Renunglah al-Fatihah yang sering dibaca dalam solat fardu, bukankah tidak jemu kita meminta supaya Allah swt menunjukkan jalan yang lurus.
Ramai orang sering menyangka dirinya betul. Hanya muhasabah diri sahaja dapat menembusi keegoaan ini. Sedangkan Firaun sendiri menyangka dirinya benar. Konon Nabi Musa as dan saudaranya Nabi Harun as yang membawa kepada kerosakan, "Dan berkata Firaun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Robb-nya, kerana sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi." (QS 40:26)
Kita berlindung kepada Allah swt dari iman yang sering berbolak-balik, diri yang tidak terurus, urusan yang sia-sia dan segala macam ujian yang tidak sanggup untuk dipikul.
Insan itu, disaat dirinya terasa jauh daripada cahaya hatinya akan sering menimbulkan gelojak perasaan. "Tenangkanlah daku walau sebentar, kerana jasadmu terlalu letih untuk mencari ketenangan hakiki."
Malang buat mereka yang menyangka maksiat itu menenangkan hati, tetapi sebenarnya menyenangkan nafsu dan menutup kebenaran hati.
Maha suci Allah yang telah memberikan hidayah...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan