Popular Posts

Ahad, 23 Jun 2013

KEMBARA HIDUP...





Tiada siapa yang dapat melihat masa depan...



Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita pada esok hari. Kita hari ini mungkin ulat yang hodoh. Kita hari ini mungkin awan yang gelap. Tapi mungkin esok kita adalah rama-rama yang indah. Mungkin juga esok, mentari kembali menyinari alam...



Lain orang, lain ujiannya. Lain orang, lain pula kisah perjalanan hidupnya. Watak-watak sampingan yang berlainan, skrip kehidupan yang berbeza. Tiada bumi yang tidak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tidak pernah dibasahi dengan airmata...



Hidup ini, hanyalah sebuah kembara, destinasinya hanya satu, sama ada syurga atau neraka. Tiada selain itu. Hanya syurga atau neraka...



Andai sengsara di dunia, berbahagialah kerana sengsara itu akan berakhir jua apabila nyawa meninggalkan jasad. Andai gembira di dunia, beringatlah kerana kegembiraan itu juga mungkin akan berakhir bilamana kita kembali ke alam barzakh...




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan