Popular Posts

Khamis, 20 Jun 2013

JIKA...





jika pekat malam tanpa kerdip bintang itu adalah aku,
masih mahukah kau menjadi kelip kelip yang tulus cahayanya...?



jika gersang tanah di telapak kaki mu itu adalah aku, 
masih inginkan kau menumbuhkan tunas-tunas kasih di halamannya...?



jika keruh air di muara hayat itu adalah aku,
masih sudikah kau melayarkan perahu cinta di dadanya...?



jika matiku di hujung dunia terbenamnya lahad itu,
masih tegakah kau mengharumi nisan dengan air yang basah mawarnya...?



jika aku masih aku dan masih begini,
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu...?




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan