Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Jumaat, 14 Jun 2013
SELAMAT BERJUANG...
Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (QS 3:126).
Ayat ini merupakan komentar Allah swt kepada umat Islam selepas peperangan Uhud dan merupakan penegasan semula kepada orang-orang beriman selepas Allah swt memberi komentar yang sama selepas peperangan Badar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Anfal..
"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (QS 8:10)
Daripada dua peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini; kemenangan dalam peperangan Badar dan kekalahan dalam peperangan Uhud Allah ingin memberi kefahamaman kepada seluruh umat Islam disepanjang jalan perjuangan mengenai faktor-faktor kemenangan dan pra syaratnya.
Tanpanya, Allah swt tidak akan kurniakan kemenangan untuk pejuang-pejuang Islam.
Kerana bumi ini hanya akan diwariskan kepada hamba-hambanya yang bertakwa.
Dalam peristiwa peperangan Badar, umat Islam tidak memilih untuk berperang sebaliknya hanya keluar untuk menyekat kafilah perdagangan yang dibawa oleh Abu Sufyan tetapi Allah menghendaki sebaliknya. Ketika tidak ada pilihan, ketika tidak ada persediaan sebab fizikal yang cukup umat Islam tidak ada pilihan lain selain menyerah seluruh pengharapan kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Hati umat Islam seluruhnya pasrah dengan kehendak Allah lalu dengan hati yang bulat, ikhlas, penuh pengharapan kepada Allah mereka berjuang dengan mengharapkan untuk mendapat pahala sebagai syuhada.
Pengutusan para malaikat menyertai mereka hanyalah untuk menenangkan hati orang-orang yang beriman dan kemenangan yang mereka perolehi kerana Allah ingin mengurniakan kepada mereka kemenangan tersebut. Namun kemenangan itu bukan dengan mereka berpeluk tubuh tetapi setelah mereka memberi dan berusaha dengan apa yang mereka miliki beserta penyerahan mutlak kepada Allah swt.
Peperangan Uhud pula sebaliknya, umat Islam telah mengetahuinya, sudah dilakukan mesyuarat, segala kelengkapan peperangan disiapkan, strategi peperangan disusun, jumlah tentera lebih ramai daripada dalam peperangan Badar dan umat Islam keluar ke medan jihad dengan penuh semangat tetapi Allah tidak inginkan mereka beroleh kemenangan sebagaimana kemenangan dalam peperangan Badar kerana tidak cukup syarat-syarat kemenangan.
Antara syarat-syarat kemenangan yang dipertegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfal ialah:
1. Tetap hati dan membanyakkan mengingati Allah
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung" (QS 8:45)
2. Mentaati Allah dan Rasul-Nya, tidak wujud sikap berbantah-bantah sesama orang yang beriman dan bersabar.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (QS 8:46)
3. Tidak memiliki sifat sombong, angkuh, riya’ dan menghalang manusia dari jalan Allah.
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud ria kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan" (QS 8:47)
4. Ikhlas dan tidak mengharapkan dunia sedikit pun dalam perjuangan.
“Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.” (QS3:152)
5. Tiada perasaan `ujub.
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada mu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh mu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai" (QS 9:25)
Sebagai manusia kita ditaklifkan untuk membuat perancangan dan berusaha mewujudkan sebab-sebab kemenangan dalam diri para pejuang sebagaimana yang diajarkan oleh Allah swt kepada kita seterusnya kita perlu serahkan kepada Allah swt dan mengharapkan Allah swt mengurniakan kepada kita kemenangan di dunia atau kita mendapat ganjaran keampunannya di negeri akhirat.
Tidak ada jalan pintas untuk melahirkan pra syarat kemenangan dalam anggota jamaah Islam yang berjuang melainkan melalui pentarbiyahan yang tersusun, berobjektif dan berterusan...
Selamat berjuang buat semua saudara semuslimku yang baik hatinya....
Wallahu`alam
Jagalah Hati....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan