Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Selasa, 18 Jun 2013
MASAM MANIS RUMAHTANGGA...
Dr Yusuf Al-Qaradhawi ketika menulis dalam bukunya yang bertajuk Al-Iman wal-Hayah, ada menyelitkan satu kisah pergaduhan antara suami dan isteri...
Pada suatu hari sang suami marah kepada isterinya dan berkata, “Aku akan memusnahkan kebahagiaanmu.” Lalu isterinya itupun menjawab, “Engkau tidak akan dapat merampasnya dari diriku.” Suaminya berkata lagi, “Mengapa tidak, aku akan mengambil segala-galanya sehingga engkau akan merana.” Dengan tenang isterinya menjawab, “Bagaimana mungkin kau akan merampas kebahagiaan dari diriku kerana ia tertanam dalam hatiku, bahagia yang aku rasa ialah imanku pada Robb-ku...”
Demikianlah keimanan seorang isteri kepada Allah dan Rasul-Nya sudah cukup baginya walaupun tanpa emas dan permata. Bukankah Asiah isteri Firaun telah memberi teladan? Beliau sanggup kehilangan segala-galanya demi cintanya kepada Allah...
Iman yang benar adalah iman yang dapat menyinari hatinya, menunjukkannya jalan yang baik dan menyelamatkan diri dari jalan yang sesat.
Seorang suami seharusnya dapat menyediakan persekitaran untuk memastikan keimanan yang menjadi punca kebahagiaan isterinya terwujud...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan