Popular Posts

Ahad, 16 Jun 2013

BUAT YANG PATAH HATI...





salam khusus buat yang sedang patah hati...



"dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati." (QS Al-Mulk:13)



Begitu lembut Allah swt melayan rajuk kita. kadangkala kita ditimpakan dengan pelbagai bentuk ujian yang sampai satu tahap kita sudah tidak terasa apa-apa, hanya kosong. Mulut sudah tidak mampu berkata apa kerana hati terlalu berat dihimpit. Sudah tidak mahu berkata apa-apa lagi.



Tetapi Allah swt tahu semuanya, by words or no words, Dia tahu sebetulnya apa yang kita rasa itu...



Jadi pilihlah Dia untuk mendengar, memujuk dan membantu kita...



Merasa lemah itu memang fitrah sebagai seorang insan. Tetapi, Allah swt menawarkan bekalan kekuatan untuk kita ambil dan gunakan bagi menghadapi dugaan dan ujian.


“mohonlah ampun kepada Robb mu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS Hud:52)



Caranya...mari kita perbanyakkan menyebut astaghfirullahalazim (aku memohon ampun dengan Allah yang Maha Besar), Allah berjanji akan menambahkan kekuatan kita.



Jangan pula ketika patah semangat, kita memilih jalan lain, misalnya ingin mendapatkan ketenangan dengan cara bermain permainan video, menonton wayang, berkaraoke dan sebagainya. Lebih teruk lagi, jika ada yang memilih untuk melakukan perbuatan-perbuatan maksiat untuk mendapat keseronokan bagi menghilangkan tekanan perasaan, nauzubillah.



"dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.." kata Allah. Tidak akan ada kekuatan di situ, apatah lagi penyelesaian pada kemelut hati kita...



Formulanya sudah tersedia. Allah swt itu Maha Baik sekali ... sentiasa mahu memastikan kita terjaga...



Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan