Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Isnin, 24 Jun 2013
RINDU...
rindu adalah tali yang tidak pernah putus
terentang di tiang hati, di tiang mimpi
kadangkala bergetar dirempuh angin pada malam sepi
kadangkala disinggahi burung yang mengelakkan kabus
pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari...
rindu adalah tiang yang tidak pernah tumbang
tegak di lorong kehidupan
di sepanjang lebuh usia
di situ tergantung lampu kenangan
dan ingatan masa lalu yang masih lagi menyala
dan bercahaya biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula...
rindu adalah lorong yang tidak pernah tertutup
dari musim ke musim ia menjadi laluan
pengembara yang mencari cintanya yang hilang
di situ rumput telah lama bertukar warna
bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup...
rindu adalah musim yang tidak pernah tenteram
resah datang gelisah berulang mengusik nasib
hanya zikir dan doa menjadi penawar
mereda pedih dan sakit
dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang
mengharukan dalam senyap air mata pelahan-lahan menitik....
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan