Popular Posts

Khamis, 20 Jun 2013

WAHAI API....!





"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."



Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril as berkata,"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad saw"



Kemudian Jibril as membawa semangkuk air dan Rasulullah saw mengambilnya.



Berkata Jibril as, "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."



Lalu Baginda saw mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah saw pun bertanya kepada Jibril as, "Wahai Jibril, air apakah itu?"



Maka Jibril as pun berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah swt. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu."



Maka padamlah api itu dengan izin Allah swt.



Telah bersabda Rasulullah saw, " Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada Mu, sebelum tidak ditemuinya airmata."




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan