Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Jumaat, 14 Jun 2013
TAWAKAL...
Ramai umat Islam kini tersalah faham tentang konsep tawakal... ada yang bertawakal sebelum berusaha dan ada juga yang bertawakal tanpa usaha dahulu. Mereka enggan berusaha dan bekerja, tetapi hanya menunggu. Orang seperti ini berfikiran, mereka tidak perlu belajar, jika Allah menghendaki pandai tentu mereka menjadi orang pandai. Atau tidak perlu bekerja, jika Allah menghendaki menjadi orang kaya tentulah kaya, dan seterusnya.
Ia sama sahaja dengan seorang yang sedang lapar perutnya, sekalipun ada pelbagai makanan, tetapi ia berfikir bahawa jika Allah menghendaki ia kenyang, tentulah kenyang. Jika pendapat ini dipegang teguh pasti akan mengembirakan hati mereka sendiri.
bertawakal ada peringkat-peringkat yang boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kebergantungan kita pada Allah swt...
1. Tawakal Peringkat Pertama
Pengharapan seseorang kepada Allah swt atas perlindungan dan memenuhi keinginannya, seperti seseorang yang menyerahkan segala urusannya kepada orang yang mewakilinya atau terikatnya seseorang pelanggan kepada penganjurnya. Dia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu masa ia boleh menarik kembali perjanjian dan menyerahkannya kepada pihak lain yang lebih dipercayai.
2. Tawakal Peringkat Kedua
Pengharapan seseorang kepada Allah swt seperti seorang anak yang hanya bergantung kepada ibu bapanya atau sikap terlalu bergantungnya seorang bayi terhadap ibunya. Dia tidak mengenali orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepada ibunya. Namun bayi itu dapat juga berbuat sesuatu yang diinginkannya di luar pengetahuan ibu bapanya. Kebergantungannya kepada si ibu kerana adanya keinginan dan pengharapan yang tiada pada orang lain, selain ibunya.
3. Tawakal Peringkat Ketiga
Pengharapan seseorang kepada Allah swt bagaikan kebergantungan suatu mayat yang menyerahkan sepenuh urusan dirinya kepada orang yang masih hidup. Jenazah tidak tahu apa lagi yang diperbuat oleh orang yang memandikannya. Ia menyerah segala apa saja perlakuan yang diberikan terhadapnya.
Berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Hal ini perlu kita cermin dahulu diri kita, adakah usaha kita mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya. Sebab itulah tawakal kita perlu bersama dengan sifat redha dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah...
Wallahu`alam
Jagalah Hati....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan