Popular Posts

Isnin, 17 Jun 2013

RUMAHTANGGA : REALITI DISEBALIK IMPIAN...






saudara semuslimku yang baik hatinya... ramai mencari suami yang baik supaya rumahtangga berisi kebahagiaan dan ketenangan...



Namun realitinya, kehidupan di sisi seorang suami yang baik juga datang dengan pakej konflik dan cabaran. Jika tidak berhati-hati melalui ujian ini, kita seorang isteri inilah yang akan menampakkan suami baik seolah olah macam tidak baik...



Lalu, apakah contoh cabaran melalui kehidupan dengan suami baik...?



"Saya pilih dia sebab dia seorang yang berwawasan, serius dengan kerjaya dan seorang yang bercita-cita tinggi". Ujar si gadis.



Bagusnya lelaki itu, punya wawasan dalam kerjaya. Dapat menjamin masa depan isteri, kan...?



Wahai isteri, jangan pula menangis bila nanti suami yang serius dengan kerja ini rupanya punya perhatian yang sedikit pada anda. Dia workaholic, hingga anda tertanya tanya adakah anda masih penting untuknya?



Ya, anda penting. Sebab itu dia kerja keras, kerana anda isterinyalah yang membuatkan dia ingin menyediakan kekayaan serba serbi.



Dia familiy man. Dia rapat dengan ibu dan keluarganya. Perhatiannya besar untuk keluarga.



"Saya suka awak sebab awak bertanggungjawab pada mak ayah awak dan adik adik awak..." luah si gadis.



Maka, nanti jangan bergaduh pula bila raya, setiap tahun ibu mertua minta suami balik ke rumahnya. Maklumlah anak lelaki sulung kesayangan. Adik adik ipar pula asyik ajak abangnya bercuti bersama... Bila kita nak bercuti berdua dengan suami... ?



Dia aktif terlibat dengan program amal kebajikan. Hingga hati wanita anda tersentuh dengan sifat kemanusiaan dan penglibatannya dengan masalah ummah.



Maka jangan nanti, selepas berkahwin - kita kata suami yang bermasalah - kerana perhatian dan masa suami yang sedikit dengan kita. Suami asyik dengan pemuda pemudi, anak anak dan orang tua di luar sana.



Dia suka ilmu. Kita kagum dengan kefasihan ilmu dan bahasa arabnya. Hati sejuk mendengar hadis dan quran yang dilafaz. Namun nantinya selepas bernikah, kita berjauh hati pula suami sibuk belajar dan mengajar.



Dia ustaz yang aktif. Selalu keluar di kaca TV. Fikir sebahagian wanita, Bagusnya kalau dia jadi suami kita... tapi jangan nanti tak sabar pula. Dia sibuk kerja. Dia sibuk dengan rakaman TV. Dia sibuk melayan peminat bila berjumpa di program atau di atas talian/online.



Dia aktif politik, baiknya dia, dekat dengan rakyat. Mendengar aduan dan keluhan rakyat. Jangan pula isteri tak sabar nanti - bila rumah jadi macam hotel pada suami, suami pulang untuk tukar baju saja.



Dia memilih poligami. Baiknya dia, dia memilih pernikahan yang halal - dari terlibat dengan perhubungan lawan jenis yang membawa bibit bibit perzinaan. Sanggupkah anda dengan kebaikan suami menikahi perempuan lain?



Dia matang. Baiknya dia, dia membawa kehidupan dengan serius dan penuh tanggungjawab. Maka keputusan dan tindakan yang suami buat kadangkala sukar difahami jiwa keanak-anakan anda. Hingga setelah tahun-tahun berlalu, baru anda menerima tindakan suami dua tahun dulu...



Saudara semuslimku yang baik hatinya.... dunia bukanlah tempat untuk kita meraih hubungan sempurna atau rumahtangga sempurna, namun untuk kita bersama yang tercinta mencari redha-Nya.



Jika dia baik, moga kita menjadi isteri yang makin bersyukur dan berusaha untuk lebih mentaati Allah...



Jika dia tidak baik, bukankah Allah ingin kita berusaha keras menjadi isteri dan hamba Allah yang lebih baik sehingga kita mampu menyentuh hati suami untuk kembali mendekati Allah...?



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan