Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Rabu, 26 Jun 2013
AKU INSAN BERDOSA...
Ketika ku sujudkan kepala ku di sejadah...
Ku sedari begitu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini, ya Ilahi. Kehidupan yang baik, fizikal yang sempurna, kerjaya yang baik, kesihatan yang mencukupi dan berjuta-juta kenikmatan lainnya yang tidak dapat ku tuliskan...
Tapi mengapa…hati ini selalu sahaja berpaling. Lebih banyak di isi dengan hal-hal duniawi. Hati ini penuh dengan kesibukan sehingga tidak ada ruang kosong buat Mu… yang Maha Pengasih...
Ruang hati ku terasa penuh sesak sehingga tidak sanggup lagi menghadirkan Engkau kerana terlalu terbius dengan tepuk tangan dan puji-pujian atas kurniaan yang sebenarnya berasal dari Mu ya Rahim…
Tapi… Engkau tetap menolongku dikala teman-teman sibuk dengan kegiatannya masing-masing…
dikala orang-orang yang ku cintai pergi satu persatu…
dikala kerabat dan handai taulan tenggelam dengan masalah mereka masing-masing…
.
Engkau tetap hadir… Engkau tetap menolong dengan segala Rahman Mu, Rahim Mu, Rahmat Mu…
Engkau berikan aku cinta Mu yang tiada tara. Tapi ku balas dengan meninggalkan Mu…
Air mata terus mengalir deras membasahi sejadah. Aku tahu itu tidak dapat menghilangkan kesalahan ku. Aku faham…
Engkau akan menerima ku ketika aku mulai membuka ruang buat Mu…
Ku biarkan sebahagian ruang hati kosong… agar Engkau dapat bersemayam di sana untuk terus membimbing ku...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan