Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Khamis, 20 Jun 2013
INDAHNYA SABAR...
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah dengan bersabar dan dengan mengerjakan solat kerana sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar..." ( QS 2:153)
Sabar memang berat dan sabar memanglah tidak terasa apa faedahnya jlka bahaya dan kesulitan belum datang. Apabila datang suatu ujian atau suatu musibah dengan tiba-tiba, dengan tidak disangka-sangka akan timbullah perjuangan dalam batin. Perjuangan yang amat hebat. Tarik menarik di antara kegelisahan dengan ketenangan...
Kita gelisah dan bersamanya hati kecil kita sendiri tidaklah senang akan kegelisahan itu. Maka hati kecil yang di dalam itulah yang harus ditenangkan. Sebab itu dalam saat yang demikian, sabar tadi tidak boleh dipisahkan dengan solat!
Ingat Allah! Hati kecil yang telah dikepung oleh kegelisahan dan kekacauan itu harus dibebaskan dari kepungan. Lepaskan dia menghadap Ilahi...
Allahu Akbar! Allah Maha Besar...!
Segala urusan dunia ini adalah kecil belaka. Kesulitan yang kita hadapi pun soal kecil sahaja bagi Allah, maka kita pun seharusnya memandang ia kesulitan yang kecil juga...
Jika kita memandangnya sebagai persoalan besar, mungkin kerana kita tidak insafi diri bahawa jiwa kita sebenarnya menjadi kecil...
Kita gelisah lantaran kesulitan... maka kita mesti mencari di mana sebabnya, iaitu kerana ada sesuatu selain Allah yang mengikat hati kita... Mungkin harta benda, mungkin kemegahan dunia, mungkin pangkat dan kedudukan atau mungkin yang lain, sehingga kita lupa sama sekali tujuan hidup kita yang sebenarnya, iaitu Allah dengan keredhaan-Nya...
saudara semuslimku yang baik hatinya... orang yang ditimpa oleh suatu musibah dan membuat jiwa jadi gelisah, kemudian berpegang teguh kepada ayat ini, membenteng diri dengan sabar dan solat, insya Allah dengan beransur-ansur timbullah fajar harapan dalam hidupnya...
kelihatan dari luar dia dalam kesepian, padahal dia merasa damai, sebab dia bersama Ilahi. Biarlah belenggu dipasang pada tangannya, namun jiwanya merasa bebas. Pagar besi membatasi jasmaninya dengan dunia luar, tetapi ayat-ayat al-Quran membawa jiwanya membumbung naik melintas ruang angkasa ketika dia mendirikan solat. Lantaran ini ketakutan pun hilanglah dan keberanian akan timbul...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan