Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Jumaat, 14 Jun 2013
PERJUANGAN...
Hendaklah ada 10 sifat bagi orang-orang yang berada dalam perjuangan kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yang berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu...
apabila telah di izinkan Allah swt, mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi...
SIFAT PERTAMA
sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dengan nama Allah, sama sda dalam perkara yang benar atau pun salah, dengan sengaja atau tersilap.
Apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dengan nama Allah dengan sengaja atau tersilap. maka Allah akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan menghormatinya dan barangsiapa yg melihatnya akan gentar memandangnya....
SIFAT KEDUA
si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka sahaja.
Apabila ia telah dapat membuang perbuatan yang tidak di ingini itu dan telah menjadi sebati dengan dirinya maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga beliau seolah-olah tidak tahu bohong dan apabila di dengarnya orang lain berbohong, maka ia merasa benci dan malu dalam hatinya. jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan memperkenankannya...
SIFAT KETIGA
si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji atau jangan berjanji langsung.
Dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu, dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yang seimbang untuk di ikut.. kerana mungkir janji adalah termasuk dalam golongan berbohong. jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan di beri kepadanya. orang-orang yang benar akan cinta kepadanya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan....
SIFAT KEEMPAT
si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti mereka, walaupun sedikit. kerana sifat keempat ini adalah di antara sifat-sifat yang baik dan kebajikan.
Ini adalah satu sifat yang benar. jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakan baginya pangkat kerohanian yang tinggi dan dia akan di pelihara daripada kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran dengan-Nya..
SIFAT KELIMA
yang kelima ialah si hamba itu jangan mendoakan supaya orang lain dapat bahaya walaupun ia di layan dengan cara yang tidak baik.
Janganlah membalas sama ada dengan lidah atau dengan perbuatan. bersabarlah dan serahkan kepada Allah. Janganlah menuntut bela sama ada dengan perbuatan ataupun dengan lisan. Orang yang melakukan ini akan di berikan pangkat yg tinggi di sisi Allah. orang yang terlatih dgn cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan di akhirat kelak, dan akan di cintai oleh orang-orang yang benar, yang dekat dan yang jauh. permohonannya akan di terima dan dia akan mendapat kemuliaan di hati orang-orang yang beriman...
SIFAT KEENAM
yang keenam ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorang (yang menurut kiblat yang sama, iaitu beragama Islam) itu musyrik, munafik, atau kafir.
Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan kamu mengikut sunnah Nabi Besar Muhammad saw dan menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah saja mengetahui, dan menjauhkan dari seksaan-Nya. dan menghampirkan kamu kepada rahmat dan redha-Nya.. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju Allah swt yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hamba-Nya yang beriman sebagai ganjaran kerana kasih sayangnya kepada semua orang..
SIFAT KETUJUH
yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa, zahir dan batin dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa.
Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti. kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata...
SIFAT KELAPAN
yang kelapan ialah si hamba itu jangan membebani seseorang sama ada berat atau ringan. sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang di tanggung oleh seseorang itu sama ada ia meminta atau tidak. sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang di beri Allah kepada si hamba-Nya dan ini juga memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati orang-orang lain supaya membuat yang baik dan melarang membuat yang jahat. ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba Allah.. pada peringkat ini, seluruh makhluk ini di pandang sama sahaja. Dalam peringkat ini, si hamba itu akan di jadikan Allah hatinya tidak memerlukan apa-apa dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja,. Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisi-Nya jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata.. Pada pandangan orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama.. inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orang-orang yang soleh dan inilah pintu yang sangat hampir kepada ikhlas...
SIFAT KESEMBILAN
sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap kepada manusia dan tidak juga terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka.
Ini adalah sifat yang mulia, ia tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat kepada Allah.. Inilah satu pintu daripada pintu-pintu tawakal kepada Allah, yang membolehkan seseorang itu takut kepada-Nya dan ini menunjukkan kesempurnaan amalan agamanya,, dan ini juga tanda perdampingan yang terus langsung dengan Allah swt..
SIFAT KESEPULUH
sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga dan tidak membesarkan diri.
Dengan sifat ini, makam atau peringkat seseorang hamba itu akan dipertingkatkan dan dimuliakan Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah dan pandangan manusia juga. Dia diberi kuasa mendapatkan kehendaknya dalam hal urusan dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar dan ranting, bagi pokok kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong menaikkan si hamba itu ke peringkat makam(stesen) orang-orang yang soleh yang redha dengan Allah dalam kesusahan dan kesenangan dan inilah kesempurnaan warak.
Dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan orang lain dan dia berkata, "barangkali orang itu lebih baik daripada aku pada pandangan Allah dan lebih tinggi kedudukannya."
Jika orang itu kecil, si hamba Allah berkata, "orang ini tidak bersalah kepada Allah,tetapi aku bersalah aku bersalah. oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik daripada aku."
Jika orang itu besar,dia berkata, "orang ini telah menghambakan dirinya kepada Allah sebelum aku berbuat demikian."
Jika si hamba itu melihat seorang yg alim,ia berkata, "orang ini telah diberi apa yang tidak sampai kepada ku dan ia telah mendapat apa yang tidak aku dapat, dan ia tahu apa yang tidak aku tahu, dan dia bertindak menurut pengetahuan."
Jika orang itu orang yg jahil,maka si hamba Allah itu akan berkata, "orang ini ingkar kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar padahal aku berilmu, aku tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia."
Jika dilihatnya orang yg kafir, maka dia berkata, "aku tidak tahu,mungkin dia menjadi seorang muslim dan akhir hayatnya dalam kebaikan; tetapi mungkin aku menjadi kafir dan berakhir dalam kejahatan."
Wallahu`alam
Jagalah Hati....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan