Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Ahad, 23 Jun 2013
HIDUPLAH SELAYAKNYA...
Hiduplah seperti orang dewasa yang arif, jangan seperti seorang anak kecil.
Anak kecil bila ingin dirinya bahagia, setiap kali dia melihat sesuatu yang menarik, dia selalu berangan – angan ingin memilikinya. Dia meminta, merengek-rengek, hingga mengamuk dan memaksa untuk mendapatkannya.
Sungguh sayang, bila anak kecil tertarik dengan bunga-bunga yang indah di taman, akhirnya dia pun memetik bunga-bunga cantik tersebut, dan dia akan main bunga-bunga yang dipetiknya hingga hancur! Namun setelah dia puas dan setelah dia bosan, maka ditinggalkanlah bunga-bunga yang tidak lagi indah itu... dan taman pun akan kehilangan keindahannya.
Kagumilah keindahan itu tanpa harus memilikinya sebagaimana saat kita mengagumi keindahan Allah yang Maha Indah yang tidak mungkin untuk kita memilikinya.
Seperti orang dewasa yang mengagumi keindahan bunga-bunga di taman dengan membiarkan bunga-bunga itu hidup dengan keindahannya tanpa memetiknya sehingga orang lain pun boleh menikmati keindahan bunga-bunga itu. Dia sedar, bila dia memetiknya, maka yang dia petik bukanlah keindahannya melainkan merosakkan keindahan itu.
Yang kita ikhtiarkan untuk dimiliki secara suci hanyalah isteri kita, mempertahankanlah keindahannya yang pernah kita kagumi, dan jangan menjatuhkan taraf diri kita setaraf seperti anak kecil tadi.
Dalam hati kita ada dua keindahan, iaitu keindahan ibu kita dan keindahan isteri kita, kerana kedua – keduanya memancarkan keindahan Allah swt yang Hakiki...
Tetaplah mengindahkan mereka selalu...!
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan