Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Isnin, 24 Jun 2013
AIRMATA...
Airmata...
Entah sejak bila lelaki diminta untuk tidak mudah menitiskanmu...
Entah sejak bila perempuan sangat mudah mengeluarkanmu...
Entah sejak bila airmata adalah tanda kelemahan...
Entah sejak bila airmata adalah tanda ketidakberdayaan...
Entah sejak bila airmata adalah tanda kerapuhan...
Adakah kerana anak kecil yang sering menangis disebut manja, maka orang yang sering menangis pun di katakan demikian...?
Yang ku tahu, engkau adalah luapan sebuah emosi...
Tidak hanya sedih kau datang, namun kau sentiasa hadir dalam kekecewaan, kebanggaan, kebahagiaan dan harapan...
Aku tahu, kau tidak ingin dilihat rapuh, tetapi kau hanya ingin dilihat simbol kekuatan...
Layaknya rumput liar yang diinjak orang, namun tetap tegar...
Layaknya ilalang yang diterbangkan angin, namun tetap kuat.
Aku hanya ingin katakan, wahai saudara semuslimku...,
Menangislah, keluarkan airmatamu. Tidak perlu ragu-ragu dan tidak perlu takut...
Bukankah Allah menciptakan airmata kerana ia bermanfaat untuk kita...
Ia bukan hanya luapan rasa dan emosi....
tapi lebih dari itu....
Nikmati dan syukuri sahaja keberadaannya...
Kerana menurutku, kuat dan tabahnya kita juga kerana bersama dengan titisan airmata...
Ia bukan dan tidak pernah menjadi tanda kelemahan...!!!
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan