Popular Posts

Jumaat, 20 April 2012

YA ALLAH...!




Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah… 

Aku merintih pada Mu… 

Ya Allah…
Aku ingin menjadi orang yang bertakwa pada Mu..
Kerana dengan takwa..
Engkau memberi jalan keluar untukku…

Ya Allah…
Aku sering lupa akan nikmat Mu..
Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku…

Ya Allah…
Setiap kali aku ingin melangkah pada Mu..
Syaitan pasti berhasad dengki
Kerana untuk menjadi orang yang soleh lagi mukhlis
bukan mudah..
Perlu menghadapi pelbagai ujian Mu..
Untuk diangkat darjat keimanan..
Dan, aku yakin..
Hati ini ada kerdip kilauan cinta Mu…

Ya Allah…
Bantulah aku ketika semua orang menjauhkan diri dari ku..
Dekatlah pada ku tika semua orang hilang dari ku..
Jangan tinggalkan aku Ya Allah…
Aku perlukan Mu…

Ya Allah…
Engkau bantulah aku pada jalan ini..
Jalan yang ku harap orang-orang soleh pernah melaluinya..
Jalan yang penuh ujian..
Dan sekiranya inilah jalannya..
Maka Engkau selamatkanlah aku dari api neraka Mu..
Jadikanlah aku orang yang soleh..
Yang membantu orang fasik kembali mengingati Mu.. 


amiin ya Robb…

Wallahu`alam

Jagalah Hati…

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan