Saudara semuslimku yang baik hati…
Coretan ini aku
tujukan buat dirimu, walau aku tidak pasti, sama ada engkau membacanya atau
tidak. Tahukah
dirimu, bahawa aku benar-benar sayang kepadamu. Sayang yang tidak lain hanyalah
bertunjangkan cinta dan rindu kepada Ilahi.
Sayang yang menyeruku untuk merindui peranan dakwah seorang khalifah di muka
bumi.
Saudara semuslimku yang baik hati…
Kita pernah melalui suka dan duka, melalui rintangan demi rintangan. Tapi
entah mengapa, pada ketika 'ini' hatiku merasa sayu. Sayu yang keterlaluan. Ku
pujuk hati dengan zikrullah, ku belai jiwa dengan memuji Allah, tapi kenapa… airmata
ini seolah-olah tidak berhenti untuk mengalir.
Aku mencintaimu sungguh-sungguh. Cinta yang
benar-benar bukan berasaskan duniawi, jujurnya aku ingin ke syurga bersamamu.
Berpimpinan tangan dan tersenyum gembira tatkala Allah menunjukkan wajah-Nya.
Seronok bukan, andai kita mampu bergembira bergelak tawa di satu negeri yang
kekal abadi!
Sungguh aku tidak
menyangkal, terkadang kaki ini tersalah langkah. Terkadang hati merasa penat
dan marah lantaran teguran demi teguran secara berhikmah engkau abaikan,
terkadang egomu menggunung tinggi, mengenepikan perasaanku yang terus-terusan
ingin mengajakmu menuju redha-Nya. Lantas, tulisanku terkadang keras tanpa ku
sedari. Saudara semuslimku yang baik hati… ketahuilah hakikatnya hatiku
terbakar melihat kemaksiatan itu!
Aku cuba bersabar dan bersabar, ku cuba mencicip sedikit sabar dan tauladan yang
Rasululullah saw tunjukkan, ku cuba
membelai jiwamu dan cuba
mengenepikan segalanya namun sayang aku tewas lagi. Aku sedar, terkadang jiwaku
kalut maka aku tidak memahamimu. Aku sungguh-sungguh tidak mampu membiarkan
engkau dengan kemaksiatan kerana aku sayang padamu!
Saudara semuslimku yang baik hati…
aku benar-benar
gerun pada amaran Allah akan dosa-dosa yang manusia lakukan. Aku gentar membaca
perihal hukuman-hukuman buat mereka yang berdosa. Justeru, aku ingin
menyelamatkanmu. Aku ingin sekali engkau bersamaku dalam mencari cinta-Nya. Aku
bukanlah sesiapa untuk menilaimu. Aku bukanlah seorang wali Allah yang serba
bersih, tetapi hatiku terbakar melihat kemaksiatan yang engkau lakukan di
hadapan mataku.
Maafkan aku saudara
semuslimky yang baik hati… atas segala kekurangan diri. Aku juga insan biasa
yang masih banyak dosa, bahkan mungkin aku lebih hina darimu di sisi Allah.
Maafkan aku atas kekuranganku. Maafkan teguranku yang engkau tidak dapat
terima. Maafkan aku kerana terlalu menyayangimu.
Dan maafkan aku jika aku masih menangis…
Dan maafkan aku jika aku masih menangis…
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan