Kita bercinta…
dalam rona kehidupan
Tidak ada wujud terlintas berdiri di
depan mata
Hanya jiwa tergoyah
Maka kita berkhayal tentang-Nya
hadir dalam fikir tentang sifat-Nya
Sedikit sahaja keindahan yang
terungkap
tetapi rasanya telah mengelabui iman
dan takwa
Itulah khayal yang berdaya
mengajak diri melihat langit
hingga mampu bicara melebihi hatinya
Bayangan hanyalah kejanggalan sahaja
Kerana bayangan itu sifatnya sebatas
kebiasaan
Itulah perumpamaan kita tentang Ilahi
Cinta kepada-Nya hanya sebatas
bayangan fikir
tanpa melihat zahir yang Maha Kuasa
hanya sebatas apa yang didengar dan
dibaca
Itulah ilmu tanpa makna…
yang sering beradu dalam kegelapan
tanpa satu pun
yang menerangi dan menunjuk jalan
semua gementar jadinya…
Hingga akhirnya
mereka bertarung satu sama lainya
merasa diri
yang paling bercahaya…!
Wahai para
pemahat…
cintamu terlahir
dalam batu dan kayu
tetapi mereka diam, kerana tanpa roh
di dalamnya
Wahai pemahat…
Hadirkan ilmu di hati …
biar engkau dipahat oleh yang
Maha Kuasa
tentu hidup, kerana roh yang
mengawal
pasti indah
bila orang memandang
kerana dirimu telah dilukis oleh pena
kikmah-Nya
Maka warna watakmu pasti putih
bersih
Itulah yang Maha Kuasa bila
memberikan warna akhlak hamba-Nya
iaitu mereka yang mengerti
tentang kesempurnaan Pemahat alam
tanpa cacat dan
cela…
Gemilang di
tengah dunia
Berjaya di Hari Akhir
Kerana yang Maha Kuasa telah
menerima kudratnya
sebagai umat-Nya yang daif
tetapi mulia di alam satu lagi
Itulah mereka yang telah bersemayam
dalam hati.
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan